About Me

Budaya Kerja Sampai Malam Dalam Kalangan Orang Korea

Orang Korea memang terkenal dengan budaya rajin kerja serta disiplin diri yang tinggi. Bila sebut pasal diorang punya workaholic bila masa bekerja, memang sampai tak tercapai akalku. 

Cuba bayangkan, waktu 8 9 malam nih masih penuh lagi dengan cikgu-cikgu dan pelajar-pelajar di sekolah. Macam-macam aktiviti. Ada yang belajar kelas tambahan dengan guru. ada yang buat kerja dengan rakan. Ada juga yang ada sesi istimewa dengan guru. Pendek kata, ada saja benda yang nak dibuat oleh mereka.


Budaya Kerja Sampai Malam Dalam Kalangan Orang Korea
Jam 10 malam masih penuh pekerja di Jabatan Pelajaran mereka

Pada hari yang sama juga, bila kami bergerak ke Jabatan Pelajaran mereka juga boleh nampak benda yang sama. Masih tak balik rumah walaupun jam dah menunjukkan sampai jam pukul 10 malam. Dahsyat!

Memang kerja tak kenal waktu.

Sikap mereka terhadap kerja dan tanggungjawab adalah sangat mengkagumkan. Sikap pada hak orang lain dan juga sikap pada diri sendiri. Memang hebat. Patut lah negara Korea boleh maju dalam tempoh yang sangat singkat!


Budaya Kerja Sampai Malam Dalam Kalangan Orang Korea
Sekolah masih dipenuhi pelajar dan guru sekalipun dah malam

Bagi saya, orang Korea bukannya hardwork, sebaliknya overwork. Saya akui juga, sebab tu banyak kes bunuh diri yang disebabkan oleh tuntutan kerja yang sehingga melampaui batas. Itu harga yang mereka terpaksa bayar atas tindakan mereka.

Tetapi saya rasa daripada pemerhatian ini, ada juga perkara baik yang kita boleh tiru dan seimbangkan dengan adab dan budaya negara kita. Terutamanya yang berkaitan dengan sikap mereka yang sangat bertanggungjawab terhadap tugas dan menunaikan hak kepada orang lain. Sangat wajar ditiru!


Jom! Ayuh ubah sikap kita.

Supaya jadi lebih baik untuk diri sendiri, dan juga lebih baik demi generasi depan nanti!





Catat Ulasan

0 Ulasan