About Me

Idea Menarik Orientasi Untuk Perkenal Subjek Kimia Kepada Pelajar Tingkatan 4

Nak kongsikan idea CiKGUHAiLMi untuk aktiviti orientasi bagi subjek Kimia untuk pelajar Tingkatan 4. Idea menarik untuk memperkenalkan subjek Kimia kepada murid-murid Tingkatan 4 yang baru mula nak belajar. Subjek Sains lain pun boleh tumpang jugak kot.. 😃



Idea Menarik Orientasi Untuk Perkenal Subjek Kimia Kepada Pelajar Tingkatan 4


1. Tunjukkan satu demo eksperimen kimia yang kebaboom. Biar budak2 tu kagum sket. Oh.. best rupanya Kimia nih
eg: Kumpulan I + air


2. Ceritakan perkara2 sekeliling anda yang ada kaitan dengan Kimia. Biar diorang tahu, oh.. banyak giler kot benda Kimia kat sekeliling kita.
eg: Pengkaratan, batu permata berwarna


3. Minta pelajar senaraikan kerjaya yang berkaitan dengan Kimia. Biar diorang tahu, oh... banyaknya pekerjaan yang gunakan Kimia.
eg: Saintis, Jurutera kimia


4. Ceritakan kepentingan subjek Kimia kalau diorang nak sambung belajar dan masuk Matrik kelak. Biar diorang tahu, result diorang bagus pun, kalau subjek Kimia tak bagus, maka suramlah masa depan mereka..


5. Tunjukkan juga rekod markah / statistik / tokoh pelajar T5 yang pandai Kimia. Biar diorang rasa teruja sket nak belajar dan dapatkan keputusan baik untuk tahun ini pulak.


6. Last sekali baru ceritakan apa yang diorang akan belajar dalam Kimia T4 dan T5 nanti. Biar diorang dapat gambaran awal dan bersedia dengan apa yang bakal diorang tempuhi sepanjang tahun ini dan tahun depan.


7. Mintak pelajar sebut kuat-kuat, "I Love Chemistry!". Pastu bagi buku Kimia, suruh diorang baca.. hahahha..
* langkah 7 nih optional


Semoga membantu untuk yang tercari idea nak kendalikan orientasi untuk pelajar Tingkatan 4. 😘


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Elok Cikgu beri gambaran juga profession no 3 yg bersangkutan kimia. Semua kursus kejuruteraan x kira apa bidang, tahun pertama dan kedua, banyak subjek2 kimia dipelajari di peringkat lebih tinggi.

    Jika sambung bidang kedoktoran, subjek kimia adalah terlalu penting selain fizik, matematik, biologi dan tentunya english perlu berada di tahap super-gaban.

    Kalo belajar main2 dgn subjek Sains ni..walaupun fardhu kifayah, alamatnya gelaplah masa depan di alam pekerjaan nanti.

    Beri gambaran gaji bilamana kerja yg berasal dari kemahiran kimia ni. Jika masuk oil n gas, jadi Well Engineer (kursus ambil di Australia), gaji cecah 180k-200k sebulan. Sebulan dok oil rig, sebulan balik kampung. Begitu juga kerja2 jurutera biasa di oil rig.. boleh dpt 20k-50k sebulan.. ini blom gi keje Dubai dan Timur Tengah lagi ni..

    Doktor bedah hospital swasta utk penyakit kritikal spt jantung, kanser dan otak.. 200k-400k sebulan (sehari boleh cecah 3-4 pesakit, jika seorang charge doktor saja 10k-15k, ini blom charge hospital lagi).. doktor2 pakar sakit biasa pun.. x kurang 30k-60k sebulan.. kalo doktor kerajaan, payah la nak dpt gaji gini..

    BalasPadam
  2. Sesi perkongsian sesama rakan juga sebenarnya lebih banyak membantu pelajar kerana banyak gap antara mereka berjaya diatasi. Berbanding ketika perkongsian dengan guru 9apps.

    BalasPadam
  3. Thank you, Thank You, Thank you, I needed this article for a while and I am happy to stumbled upon it.

    BalasPadam