About Me

80 Hari di Korea : Hari 75 (Rombongan Malaysia di Hyeosung Girls High School)

Hari nih kami akan pegi menyambut sekumpulan pelajar sekolah dari Malaysia yang datang berkunjung ke Daegu. Tak banyaksangat maklumat yang kami terima berkenaan dengan hal ini. Malah ketika saya tanyakan balik lebih lanjut maklumat mengenai kumpulan pelajar ini pun, pihak Korea tersebut tidak mampu memberi jawapan dengan tepat.




Masa mula-mula dengar ada pelajar Malaysia nak datang ke Daegu, memang rasa teruja sangat. Maklumlah, Daegu nih bukan destinasi popular sangat dalam kalangan rakyat Malaysia seperti Seoul dan Busan. Terus mintak dengan tuan Pengetua nak pegi sambut budak-budak tu. Mujurlah pengetua juga free pada ketika itu dan sudi membawakan kami ke Hyeosung Girls High School.

Tanpa sebarang maklumat lengkap, kami main terjah saja ke sekolah terbabit. Sampai di sekolah tersebut, semasa mencari parking kereta, kami sudah pun terserempak dengan beberapa orang pelajar perempuan bertudung yang sedang mengangkat beg. 

Terus saya sapa dan tanyakan dari mana mereka berasal. Mudah-mudahan bukan dari Indonesia. Ternyata memang pelajar dari Malaysia! Yeay.. Hati gumbira sebab jumpa juga orang Malaysia di Daegu nih. 




Kami kemudiannya bergerak bersama-sama pelajar tersebut ke dewan berhimpun. Sambil-sambil berjalan tu sempat juga bertanyakan perkara sebenar daripada mereka. Rupanya mereka nih adalah terdiri daripada beberapa buah sekolah di Malaysia. Antara yang saya ingat adalah daripada MRSM Langkawi. 

Dikumpulkan untuk program ini dan kalau tak salah saya disponsor oleh suatu yayasan yang saya pun dah tak ingat namanya. Semuanya adalah pelajar perempuan dan mereka diiringi oleh 2 orang pegawai yang bukan guru, iaitu orang dari yayasan tersebut. 




Kesemua mereka termasuk kami dihimpunkan di dewan tertutup. Ini adalah bagi acara perasmian serta majlis suaikenal antara pelajar Malaysia dan juga pelajar Korea. Tanpa saya duga, rupanya seorang pelajar yang pernah kami temui semasa di Daegu Art Center for Students merupakan salah seorang tenaga penggerak kepada program ini. 

Pelajar Malaysia yang seramai hampir 40 orang ini akan diberikan seorang rakan Korea untuk bermalam pada malam tersebut. Maka sebelum bermula sesi, semua pelajar diberikan tempat bersebelahan dengan rakan Korea mereka masing-masing. 




Saya juga rasa berbangga apabila saya dan Hanne dijemput untuk memberi sepatah dua kata kepada pelajar-pelajar Malaysia dan pelajar Korea. Terasa pula seperti diri ini menjadi jambatan penghubung antara kedua-dua kelompok pelajar ini. Majlis diserikan lagi dengan persembahan kebudayaan daripada Malaysia dan juga daripada Korea sendiri. 




Walaubagaimanapun kami tak dapat nak berada di situ untuk tempoh yang lama kerana pengetua ada hal yang penting perlu diuruskan. Maka kami ucapkan selamat tinggal kepada pelajar Malaysia dan pelajar Korea tersebut. Semoga mereka dapat mengeratkan lagi hubungan antara Malaysia dan Korea.


Sesi sebelah malam pula bersambung dengan jamuan penghargaan daripada saya dan Hanne kepada guru-guru yang telah banyak membantu kami sepanjang 3 bulan berada di Korea. Memang sedih sangat bila nak berpisah dengan mereka nih. APatah lagi sepanjang 3 bulan nih telah banyak pengalaman yang kami lalui bersama mereka.











 


Kami tak mampu untuk  mengadakan parti kepada semua guru dan staf. Tetapi kami jemput sebahagian guru dan juga staf yang rapat dan banyak membantu. Ada lebih kurang 20 orang mereka yang terlibat dengan jamuan perpisahan kami pada malam ini. 

Seperti biasa, masa lepak adalah lebih panjang daripada masa makan. Kami berbual dan bercerita mengimbau kenangan sejak hari pertama datang ke Korea. Bergelak ketawa. Jujur saya katakan, saya rasa sangat diterima dan seperti sudah menjadi sebahagian daripada warga mereka pada ketika itu. Hubungan persahabatan yang inshaAllah saya harapkan berlanjutan sehingga bila-bila. 




Pasti sedih saat mengucapkan selamat tinggal kepada mereka ini nanti!






Catat Ulasan

0 Ulasan