About Me

80 Hari di Korea : Hari 78 (Salji Hari Terakhir di Daegu)

Hari ini merupakan hari terakhir di Daegu. Memang sedih sangat bila rasa dah tiba masa nak kena tinggalkan sekolah nih. Warga sekolah daripada yang pentadbiran sehinggalah para pelajarnya melayan kami dengan sangat baik. Apatah lagi dengan majlis perpisahan semalam yang sangat syahdu, membuatkan lagi rasa sedih nak tinggalkan Daegu.



80 Hari di Korea : Hari 78 (Salji Hari Terakhir di Daegu)
Gambar kenangan bersama warga staf sekolah Daegu Yeosang yang sangat berdedikasi


Segala perkara yang berkaitan dengan rumah seperti gas, internet dan elektrik sudah saya selesaikan dengan bantuan guru mentor. Bila dah tutup gas yang juga merangkap bahan api utama untuk memanaskan bilik, maka sejuk ler bilik kediaman saya tu. Tak tahan dengan kesejukan, maka saya bergerak ke sekolah untuk mendapatkan sedikit haba panas dari heater di sana.



80 Hari di Korea : Hari 78 (Salji Hari Terakhir di Daegu)
Daegu Yeosang di hari terakhir sebelum saya pulang

Memang syahdu sungguh bila melangkah nak ke sekolah. Mana taknya. Itulah laluan setiap hari yang saya gunakan untuk pergi ke sekolah sejak 3 bulan yang lalu. Dah kenal semua makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang setiap hari akan guna jalan yang sama.

Nak dijadikan lagi syahdu, dalam cuaca sejuk yang teramat ini, seperti yang diharapkan oleh saya, iaitu nak merasa salji sebelum balik ke Malaysia, rupanya termakbul!

First time dapat merasa salji yang turun. 

Mulanya ingatkan debu-debu putih. Pelik juga sebab time sejuk-sejuk camnih, ditambah dengan Korea yang sangat bersih dan takdak pembakaran terbuka nih camna boleh ada debu plak. Bila diperhatikan betul-betul... Wahhhhh.. salji!!!!



80 Hari di Korea : Hari 78 (Salji Hari Terakhir di Daegu)
Pengarah kesayangan, Mrs Sung yang datang dengan hadiah kenangan

80 Hari di Korea : Hari 78 (Salji Hari Terakhir di Daegu)
Bersama orang kuat staf sekolah

80 Hari di Korea : Hari 78 (Salji Hari Terakhir di Daegu)


Impian tercapai juga nak merasa salji sebelum balik!


Saat paling menyedihkan bila nak ucapkan selamat tinggal untuk warga guru di sini. Tak sampai hati nak menatap wajah mereka dan ucapkan selamat tinggal. Apatah lagi beberapa orang antaranya memang sangat rapat dengan saya. Tak lupa juga warga staf sekolah yang sangat berdedikasi dan sangat baik hati melayani segala keperluan kami sepanjang 3 bulan berada di sini.


80 Hari di Korea : Hari 78 (Salji Hari Terakhir di Daegu)
Staf sekolah paling hensem katanya, Lee Min Ho Daegu Yeosang

80 Hari di Korea : Hari 78 (Salji Hari Terakhir di Daegu)
Kyo gam sonsaengnim yang juga Vice Principal di sini, Mr Song

80 Hari di Korea : Hari 78 (Salji Hari Terakhir di Daegu)


80 Hari di Korea : Hari 78 (Salji Hari Terakhir di Daegu)


Tepat jam 11 pagi, maka saya berangkat ke Seoul untuk majlis penutupan pada hari esok. Saya dan Hanne ditemani oleh guru mentor, Mr Kim dan juga seorang lagi guru yang sentiasa membahasakan dirinya kepada saya sebagai "Noona" yang bermaksud kakak. Mrs Park memang sangat baik dan sentiasa melayan saya seperti seorang adik. Dapat kakak angkat ok.




Menaiki KTX dari Daegu ke Seoul memang cukup syahdu. Apatah lagi melalui beberapa kawasan yang penuh bersalji. Memang cantik sangat! Putih suci. Indah sungguh ciptaan Allah SWT.


80 Hari di Korea : Hari 78 (Salji Hari Terakhir di Daegu)


80 Hari di Korea : Hari 78 (Salji Hari Terakhir di Daegu)


Kami tiba di Hotel Sheraton, Seoul lebih kurang pada jam 6 petang. Di Seoul pada ketika itu, cuaca jauh lebih sejuk berbanding Daegu. Ini kerana kedudukan Seoul di bahagian atas yang lebih dekat dengan kutub Utara. 

Berehat dan menanti untuk esok yang lebih mensyahdukan!



Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. salji bestnya..xpernah rasa sentuh salji betul lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. first rasa sentuh salji.. macam nak keluar air mata

      Padam