Sarang Art Hub ini adalah sebuah galeri seni yang digunakan sebagai platform untuk mempamerkan hasil karya. Asalnya daripada sebuah rumah hinggap lama, yang kemudiannya ditransform menjadi galeri seni dengan imej yang tersendiri. Warna putih dan hitam bangunan nya cukup sesuai dengan latar belakang dan persekitarannya.
Galeri yang masih belum beroperasi sepenuhnya itu terdiri daripada kawasan pameran, cafe, dan juga stage. Cafe sedang diubahsuai dan masih diusahakan. Bilik pameran sudah beroperasi dengan pameran hasil-hasil karya anak seni tempatan.
Namun yang menarik perhatian saya adalah stage di luar yang dibina tinggi menggunakan kontena. Serius nak tengok kalau ada concert ke performance apa ke. Lagi-lagi kalau waktu malam. Mesti lawa!
Di Sarang Art Hub ini juga saya bertemu dengan salah seorang pengasas dan pemiliknya iaitu Mamat Khalid. Tentu ramai yang dah kenal dengan pengarah tersohor nih kan? Sempoi saja orangnya. Sangat bersahaja. Sempat juga kami berbual-bual mengenai beberapa perkara yang bakal dirancang untuk memperkembangkan lagi aktiviti seni di Sarang Art Hub ini.
Bila dah berbual lama di sini, baru lah saya tahu rupanya Mamat Khalid juga selain daripada terlibat dengan bidang seni filem, beliau juga aktif dengan bidang seni lain seperti lukisan, dan juga muzik. Berbakat sungguh!
Saya harapkan semoga Sarang Art Hub ini dapat berfungsi untuk menaikkan lagi imej seni tokoh-tokoh seni Malaysia. Biarkan Sarang Art Hub ini menjadi satu lagi platform alternatif untuk mereka mengekplorasi jiwa seni mereka. Yang berminat nak merasai sebahagian dunia seni mereka, jom kita pergi Sarang Art HUb!
0 Ulasan