Bertemakan 'Teaching Across Borders' , konferens yang bertempat di Renaissance Hotel Seoul ini menjadi platform bagi perkongsian hasil dapatan yang diperolehi daripada program pertukaran guru yang sudah 4 tahun dianjurkan oleh pihak APCEIU - UNESCO.
Bermula pada tahun 2012 dengan hanya melibatkan 2 buah negara, iaitu Korea dan Mongolia, program pertukaran guru anjuran APCEIU ini telah berkembang menjadi antara program pertukaran guru yang paling berjaya di Asia Pasifik dengan penyertaan lebih banyak negara, seperti Filipina, Indonesia, Vietnam dan juga Malaysia.
Tetamu yang dijemput terdiri daripada wakil semua kementerian pendidikan negara yang terlibat termasuk Korea, wakil sekolah Korea yang terlibat, guru-guru Korea dan luar negara yang terlibat dalam program ini serta beberapa tokoh-tokoh pendidikan di Korea.
Malaysia diwakili oleh Penolong Pengarah Sektor Dasar Keguruan BPG, Puan Rosnarizah, dan juga pegawai meja bagi program KOMTEP 2015, Cik Siti Mariam.
Saya gembira kerana sekolah saya di Korea, Daegu Girls Commercial High School diwakili oleh tuan Pengetua Mr Bae, guru mentor Mr Kim dan juga guru mentor untuk tahun sebelumnya, Mrs Park. Saya yakin mereka juga pasti tak sabar untuk membentangkan hasil dapatan mereka setelah menyertai program ini untuk tahun kedua.
Wakil KPM, Puan Rosnarizah bergambar kenangan dengan Mr Bae, Mr Kim dan Mrs Park dari Daegu Girls Commercial High School |
Tahun pertama adalah dengan guru dari Indonesia, dan tahun 2015 adalah dengan guru dari Malaysia.
Ternyata, hasil pembentangan mereka sangatlah menyentuh hati saya. Antara perkara yang mereka highlightkan dalam pembentangan tersebut adalah peluang mereka untuk mengenali Islam dari orang Islam sendiri. Pengalaman yang membuka minda mereka dan pelajar serta memahami lebih mendalam budaya dan amalan Islam.
Saya cukup setuju. Kehadiran saya di Daegu Girls Commercial High School membuatkan lebih ramai rakan guru dan juga warga sekolah termasuk pelajar Korea yang mula ambil tahu mengenai Islam. Mereka lebih cakna mengenai makanan Halal, amalan sembahyang dan juga do's and don'ts dalam Islam. Bila dah faham, ini merubah cara mereka berfikir dan melihat Islam sebelum ini.
Islam adalah agama asing di bumi Korea |
Banyak juga hal-hal kontroversi dan sensitif mengenai Islam ditanyakan kepada saya. Saya gembira kerana berpeluang untuk memberi penjelasan sebenar dan lebih baik mengenai Islam kerana saya yakin gambaran Islam di media sosial luar sangatlah tidak membayangkan Islam yang sebenar.
Dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia pula, hasil dapatan dibentangkan dengan persembahan slaid yang cukup mantap dari pegawai bertanggungjawab, iaitu Cik Siti Maryam.
80 Hari di Korea |
Alhamdulillah. Usaha saya berkongsikan pengalaman berharga ini melalui penulisan di blog melalui siri '80 Hari di Korea' dan juga siri video log '80 Days in Korea' di youtube mendapat perhatian daripada pihak kementerian Malaysia dan juga daripada pihak pendidikan lain. Terasa penat lelah bertungkus lumus menulis dan menghasilkan video pada setiap hari berbalas dan semoga mendatangkan impak kepada lebih ramai pendidik.
Wakil KPM, Puan Ros dan Cik Siti Mariam bersama guru-guru Korea yang mengikuti program di Malaysia |
Diharapkan perkongsian daripada seminar ini mampu memberi impak besar kepada pendidikan Malaysia yang sedang melakukan transformasi besar-besaran. Saya yakin lebih ramai warga pendidik yang sanggup bekerja keras menyokong usaha kementerian pendidikan Malaysia ke arah memakmurkan lagi pendidikan kita. Jom!
2 Ulasan
video kat youtube?
BalasPadammana beb? nak tengok gak weh.
ada weh. silakan search saja.. ;)
Padam