About Me

6 Ciri-Ciri Guru Abad ke 21

Pembelajaran abad ke 21 banyak mengubah corak pengajaran dan pembelajaran kita selama ini. Perubahan positif ini adalah bagi memastikan apa yang kita lakukan adalah seiring dengan perkembangan teknologi dan kemajuan dunia zaman sekarang. Dengan kewujudan pelbagai teknologi terkini, maka sudah pasti adalah tidak relevan lagi amalan pengajaran pada abad terdahulu terus diamalkan pada masa sekarang.



6 Ciri-Ciri Guru Abad ke 21


Saya kongsikan beberapa ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang guru pada abad 21. Selamat beramal!


1. Menguasai Subjek
Guru haruslah menguasai kandungan kurikulum bagi subjek yang diajar. Tentu agak canggung jadinya jika guru sendiri masih terkial-kial untuk menerangkan sesuatu kandungan dalam subjek yang diajarnya.


2. Mahir dan Berketrampilan dalam Pedagogi
Guru haruslah mahir dalam menggunakan pelbagai kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang betul semasa menjalankan p&p di dalam kelas. Pembelajaran yang pelbagai ini tentu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan mesra pelajar.


3.  Memahami Perkembangan dan Menyayangi Murid
Psikologi pendidikan juga menerapkan kepentingan bagi seseorang guru untuk faham akan perkembangan muridnya, serta mampu menyayangi mereka seadanya. Guru abad 21 seharusnya mampu untuk menilai perkembangan murid sesuai dengan kebolehan mereka. 


4. Memahami Psikologi Pembelajaran
Guru abad 21 juga berupaya untuk memahami psikologi pembelajaran bagi para pelajarnya. Hanya dengan memahami bagaimana minat dan respon pelajar ketika belajar, maka akan membantu seseorang guru itu berfungsi dengan lebih baik sebagai seorang pendidik.


5. Kemahiran Kaunseling
Guru juga perlu mempunyai kemahiran kaunseling ketika berurusan dengan pelajar. Kemahiran untuk membantu pelajar menangani emosi, sosial dan juga pelbagai lagi perkara yang menjadi masalah kepada golongan remaja. Adalah satu kelebihan untuk guru-guru yang memiliki kemahiran kaunseling dalam menangani isu-isu yang berkaitan dalam dan luar bilik darjah.


6. Penggunaan Teknologi Terkini
Memang tidak dapat dinafikan penggunaan teknologi terkini merupakan salah satu ciri penting bagi guru abad ke 21. Selain daripada murid yang memang mahir dengan penggunaan gajet dan pelbagai alatan elektronik lain, maka guru juga perlu seiring dalam menggunakan kelebihan ini untuk menarik minat pelajar untuk belajar. Pembelajaran yang menggunakan lcd, game, aplikasi mobile sudah tentu membawa kelainan kepada suasana pembelajaran di dalam kelas.





Catat Ulasan

29 Ulasan

  1. more work to be done...

    BalasPadam
  2. Ciri2 yg disebut nie...
    Dah lama dah cikgu2 kita ada dan sedia...
    Cumanya masuk zaman abad ke 21 nie... they just categorizing and rebranding those teachers work...
    Nothing new much...

    BalasPadam
  3. Terima kasih. Beberapa ciri lain termasuklah:
    1. Boleh menerima dan menghormati pandangan orang lain

    2. Mempunyai jaringan maklumat yang luas termasuklah bersama pendidik lain dan sumber internet atau hasil penulisan/kajian sendiri.

    3. mempunyai 'team spirit' dan boleh memimpin murid sebagai satu pasukan supaya mereka boleh belajar untuk belajar

    4.menyelesai masalah kerana pembelajaran masa kini adalah lebih kepada menyelesaikan masalah yang sedang dan bakal kita hadapi pada masa akan datang sama ada kita tahu atau tidak tahu.

    Sekadar pandangan. All the best to us!

    BalasPadam
  4. Nothing new.. Mcm mcm nak buat, tp peruntukan kena potong. Contohnya : Cgu pegi kursus spnjg hari tp cuma dpt mkn tgh.. Org atas buat kertas kerja bg nk rak, srh buat itu ini..inilah Malaysia negarakuku.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hat ni saya sokong. .. Peruntukan pun x smpai skolah.. Hat gred tinggi x pa la gaji besax... Hat mengais ni.. Jenuh ... #malaysiabaru

      Padam
  5. Dalam islam dah mention lama dahpun..

    BalasPadam
  6. Mediocre teachers complains.... Great Teacher inspires... :D

    BalasPadam
  7. Terima kasih atas pelbagai perkongsian yang bermanfaat.

    BalasPadam
  8. Kita sendiri nampak Ciri No 1: Menguasai Subjek. Kesian guru-guru di Sabah, guru mengajar sampai 3 4 subjek, waktu mengajar sehingga 40 waktu seminggu. Subjek diajar bukan yang guru belajar selama 5 tahun di maktab. terpaksa guna pengalaman belajar sekolah menengah utk mengajar. Nak PdP abad ke 21, pengurusan guru juga perlu ke arah yang lebih baik. Just sharing what is happening in Borneo part of Malaysia.

    BalasPadam
  9. Pada saya yang dah mengajar 25 tahun...kita perlu menerima cabaran ciri yang keenam...secara positif...kerana berdasarkan pengalaman...kalau kita tak buat pembaharuan dalam pengajaran kita...semangat mengajar akan menurun...murid zaman sekarang tak sama dengan murid 20 tahun dulu...

    BalasPadam
  10. Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat :)

    BalasPadam
  11. boleh saya tau tak rujukan ni daripada web KPM atau macam mana sebab klu dari web KPM saya nak masukkan dalam kajian saya?

    BalasPadam
  12. Yang penting semua guru-guru perlu mempunyai hati kasih terhadap semua murid mereka supaya semua murid akan suka untuk belajar subjek tu.

    BalasPadam
  13. Assalamuallaikum...sekian lama laman blog cikgu merupakan sumber rujukan utama saya dalam memahami setiap perubahan dalam sistem pendidikan negara. Terima kasih di atas perkongsian informasi yang sangat bermanfaat . Semoga cikgu terus sukses dalam memartabatkan profesionalisme keguruan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Terima kasih kembali atas kata-kata positif di atas. InshaAllah selagi mampu, selagi itu saya akan usaha berikan sumbangan yang terbaik untuk pendidikan negara kita.

      Padam
  14. assalamualaikum. boleh saya tahu sumber maklumat ni cikgu

    BalasPadam
  15. Tahniah cikgu Halim kerana menghasilkan blog ini. Sangat berguna untuk pendidik yang dahagakan ilmu untuk meningkatkan diri bagi membantu anak anak didik di luar sana. Moga mejadi amal jariah buat cikgu kelak.

    BalasPadam
  16. mohon izin untuk jadi refernsi cikgu

    BalasPadam
  17. Terima kasih cikgu atas perkongsian. Mohon halal ilmunya :)

    BalasPadam
  18. Nice content, keep sharing with us.

    BalasPadam
  19. Very best plus Cheapest Jabodetabek Exclusive Classes, our personnel along with tutors are available to your dwelling, arranged your individual analyze plan which enables it to opt for virtually any area of analysis ... visit https://privat-jabodetabek.netlify.app/les-privat-cilincing.html for further

    BalasPadam
  20. Executive-Education.id is probably the tutoring / tutoring services in Jabodetabek and its surroundings. Our Bimbel provides learning programs for elementary, middle, school and also other exam preparation ... go to https://kursus-mandarin.vercel.app/kursus-bahasa-mandarin-sawah-besar.html for more details

    BalasPadam
  21. You can expect private lessons for PAUD, TK, SD, SMP, SMA, and Alumni. With an internal and accelerated method, it really is hoped that it can foster a generation of those that have good morals... for detail https://fisika-exed.blogspot.com/2022/04/les-privat-fisika-di-kelapa-gading.html

    BalasPadam
  22. Ignite your passion for languages and join our immersive language program at Executive-Education.id. Having a focus on practical communication skills, authentic materials, and real-world scenarios, you'll build fluency and confidence in the preferred language. Step into a whole lot of linguistic excellence and set about an outing of personal and professional growth. Tap https://kursus-korea.github.io/kursus-bahasa-korea-duren-sawit.html for latest information.

    BalasPadam
  23. The presentation is stunning! Almost too pretty to eat!

    BalasPadam