Bezanya kali ini, persembahan diadakan dengan sedikit kelainan. Berupa interactive notes. Main selak-selak. Bahagian atas ada tertulis label, dan bila dibuka helaian nya ada mengandungi fungsi struktur berkenaan.
Saya mengambil masa lebih kurang 2 waktu untuk pelajar menyiapkan semua aktiviti ini. Agak membanggakan jugak dengan hasil kerja pelajar daripada kelas belakang ini. Semakin kemas dan semakin berkualiti setelah beberapa kali buat aktiviti yang bercorak melukis dan mewarna.
Semoga hasil mereka akan jadi lebih kemas sekaligus menarik minat mereka untuk terlibat dengan lebih aktif dalam pembelajaran dan juga kepada subjek Sains itu sendiri. Oh ya. Hasil kerja mereka juga saya pamerkan di suatu sudut dalam makmal sains sebagai menghargai hasil kerja mereka!
0 Ulasan