Ideanya mudah sahaja. Saya susunkan 19 radas yang ada dalam jadual di buku teks di 2 buah meja. Aturan nya adalah secara rawak, tidak seperti yang ada dalam buku teks.
Kemudian pelajar dikehendaki mencatatkan nama radas, melukis simbol dan juga menyalin semula kegunaan radas tersebut dalam jadual di buku nota mereka. Semuanya adalah mengikut susunan seperti yang ada di atas meja.
Maka pelajar perlulah mengenalpasti dengan baik setiap radas yang ada, supaya tidak tersalah pilih dan menyalin.
Seronok melihat pelajar aktif ketika pembelajaran. Mereka bukan sahaja dapat melihat, memegang sendiri radas, tetapi juga dapat berbincang dengan rakan mereka mengenai sesuatu radas. Sesuatu yang positif dan dapat menggalakkan pemikiran yang lebih kritis.
1 Ulasan
That's nice. It was a fine article.
BalasPadamแทงบอล