About Me

Idea P&P Sains : Tour de Jantung

Semalam saya berkesempatan mengadakan satu aktiviti yang menarik bersama pelajar saya. Tajuk pembelajaran adalah mengenai Sistem Peredaran Darah, bagi Sains Tingkatan 3. Aktiviti yang saya namakan sebagai 'Tour de Jantung' ini memang sangat menyeronokkan. Paling penting, di akhir aktiviti, pelajar dapat menyatakan semula aliran peredaran darah lengkap dengan salur darah, jenis darah dan dari mana ke mana.



Idea P&P Sains : Tour de Jantung
Idea P&P Sains : Tour de Jantung

Segalanya bermula daripada pengalaman saya sebelum ini. Saya mendapati pelajar mengalami beberapa masalah dalam topik ini, seperti mengingat salur darah, ruang dan juga aliran darah dari mana ke mana. 

Maka dari sini saya terfikir untuk adakan satu aktiviti yang membolehkan pelajar melihat dan mengalami sendiri ruangan tersebut, sekaligus menggalakkan mereka untuk mengeksplorasi ilmu demi survival mereka dalam aktiviti tersebut. Sila tonton video aktiviti 'Tour de Jantung' di bawah untuk dapatkan gambaran, sebelum anda baca mengenai penerangan lanjut.








Fasa Persediaan

Untuk persediaan bahan, saya mulakan dengan peta konsep aktiviti ini terlebih dahulu. Tujuannya bagi nak merangka aktiviti dan bahan yang betul untuk pelajar. Semoga perjalanan aktiviti menjadi lebih terancang.



Peta Konsep "Tour de Jantung"
Peta Konsep "Tour de Jantung"

Kemudian saya mula sediakan bahan yang saya perlukan. Antaranya adalah :

1) Polistyrene besar (tebal 1 inci) untuk menghasilkan model peparu dan badan manusia [kos = RM11)


2) Cat pelaka untuk mewarnakan peparu dengan warna merah dan tubuh badan manusia dengan warna ungu [kos = RM24)


3) Kertas A4 putih berlabel salur darah dan bahagian jantung. Silalah laminate jugak untuk digunakan dalam tempoh yang lebih lama. DOWNLOAD 


Aktiviti Sains Tour de Jantung



4) 17 buah meja peperiksaan sebagai penghadang ruang. Kalau sekolah cikgu ada notice board yang boleh bergerak-gerak, lagi bagus. 




Susunan meja Tour de Jantung dari hadapan
Susunan meja Tour de Jantung dari hadapan

Susunan meja Tour de Jantung dari belakang
Susunan meja Tour de Jantung dari belakang

5) Kad berwarna merah dan biru disediakan sebagai wakil kepada Darah Beroksigen dan Darah Terdeoksigen.

6) Lembaran kerja untuk pelajar gunakan semasa menjalankan aktiviti. DOWNLOAD



7) Peta Peredaran Darah yang digunakan sebagai peta awal untuk membantu pelajar memikirkan aliran darah yang betul.





Fasa Pelaksanaan

Bagi pelaksanaan ini saya gunakan masa 2 waktu (80 minit) dengan kelas 3B. Bilangan pelajar adalah 25 orang. Gelanggang disiapkan sebelum pelajar melakukan aktiviti.

1. Pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan. Satu kumpulan terdiri daripada lebih kurang 4 hingga 5 orang.


2. Setiap kumpulan diberikan satu peta peredaran darah yang diorang tak pernah belajar pun sebelum nih. Maka perbincangan secara kumpulan perlu berlaku. Sebab nak bincang laluan mana pelajar nak masuk dan keluar, serta bergerak dari mana ke mana. Kena study time tu jugak weh..


3. Cikgu akan beredar-edar pantau dan bimbing pelajar. Tapi, jangan sesekali bagi jawapan laluan mana yang diorang perlu ikut. Biar diorang bincang, kaji dan 'belajar' sendiri..


4. Selesai 5 minit, setiap kumpulan memilih seorang Peserta Pertama. Peserta pertama nih akan jadi ala-ala ketua kumpulan dan memulakan eksplorasi Tour de Jantung ini.




Aktiviti Sains Tour de Jantung



5. Peserta Pertama diberikan lembaran kerja dan juga sekeping kad merah tertulis "Darah Beroksigen" sebagai pemula eksplorasi di Peparu.


6. Mula.


7. Peserta Pertama akan mencari laluan masuk jantung, melabel dan menulis pada lembaran kerja yang diberikan. Pelajar juga perlu menggunakan warna pen yang sesuai bagi menunjukkan jenis darah yang sedang diangkut. Pen Merah untuk Darah Beroksigen dan Pen Biru untuk Darah Terdeoksigen.




Aktiviti Sains Tour de Jantung


8. Selesai semua Tour de Jantung, peserta akan menyerahkan Kad Biru 'Darah Terdeoksigen' kepada peserta kedua dalam kumpulan masing-masing. Peserta kedua akan menerima lembaran kerja dan meneruskan misi eksplorasi seterusnya. 


9. Aktiviti berterusan sehingga selesai semua pelajar. Tapi kalau kelas yang ramai, mungkin boleh limitkan kepada 3 atau 4 peserta sahaja bagi setiap kumpulan. Kreativiti masing-masing yer.




Fasa Akhir

Selesai semua pelajar dah buat aktiviti, maka saya biarkan mereka berbincang sekali lagi aliran darah yang betul dalam kumpulan masing-masing. Sekali lagi cikgu hanya bertindak sebagai pembimbing. Biar mereka pelajar yang belajar. 





Selesai perbincangan kumpulan saya buat refleksi dengan bertanya soalan kepada pelajar. Alhamdulillah, berjaya buat refleksi one on one dengan setiap pelajar. Kalau tak sempat, untuk kelas yang ramai, saya cadangkan cikgu buat refleksi dengan 2 orang pelajar, 1 cerita pasal darah beroksigen dan 1 lagi cerita pasal darah terdeoksigen.


Saya minta pelajar ceritakan semula aliran darah bermula daripada peparu. Jawapan pelajar mestilah mengandungi maklumat berikut:


Darah jenis apa yang diangkut? (beroksigen / terdeoksigen )

Bergerak ke mana?
Masuk ikut salur darah mana?
Berada di ruang mana?
Kemudian pergi mana?
Keluar ikut salur mana?
Bergerak ke mana? (seluruh badan)
Apa yang berlaku di sini? (pertukaran gas secara resapan)

Darah jenis apa pula yang diangkut?

Bergerak ke mana?
Masuk ikut salur darah mana?
Berada di ruang mana?
Kemudian pergi mana?
Keluar ikut salur mana?
Bergerak ke mana? (peparu)
Kenapa perlu datang ke peparu? (pertukaran gas)



Alhamdulillah. Melalui dapatan saya, selesai aktiviti, pelajar dapat menjawab kesemua soalan dan pertanyaan saya dengan baik. Kelemahan untuk mengingat dulu dah dapat diatasi. Pelajar dapat mengingat dengan baik aliran peredaran darah bermula dari A hinggalah ke Z.




Peta 'Tour de Jantung'


Peta 'Tour de Jantung' ini hanya untuk rujukan guru. Sebaiknya jangan tunjukkan dulu video ini kepada pelajar. Sebab kita nak diorang berbincang, mengkaji dan belajar dulu. Lepas aktiviti selesai, baru tayangkan video ini untuk diorang buat refleksi sendiri.



Aktiviti 'Tour de Jantung' ini juga sangat sesuai dijalankan semasa Minggu Sains dan Matematik. Biar pelajar mengeksplorasi jantung tersebut dan mengalami sendiri aliran darah dalam badan manusia.





Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Kreatif Cikgu..seronok pelajar kalau tiap2 hari ada aktiviti mcm ni..

    BalasPadam
  2. Tq cgu hailmi... Share idea kreatif...saya olah utk pnp saya ye..

    BalasPadam
  3. Fabulous post, you have denoted out some fantastic points, I likewise think this s a very wonderful website.
    I will visit again for more quality contents and also, recommend this site to all. Thanks.

    Try to check my blog: 풀싸롱
    (jk)


    BalasPadam