Awalnya saya sangkakan, hanya beliau sahaja yang akan datang untuk melihat saya mengajar. Rupanya, beliau hadir bersama 2 orang lagi pegawai SISC+ Kubang Pasu dan bersama guru-guru dari SMA Nurul Islam dan SMA al Hidayah. Huhu. Nervous sungguh masa nampak diorang datang beramai-ramai memenuhi makmal Sains.
Turut menemani mereka adalah Pengetua SMK Jerlun, Puan Rogayah Talib dan juga Ketua Panitia Bahasa Inggeris SMK Jerlun, Kak Noorlaila Md Akil. Keduanya cukup supportive sepanjang berlangsungnya sesi pdp. Terima kasih banyak!! :D
1. Saya mulakan kelas dengan meletakkan pasu bunga di depan kelas bagi mengaitkan mekanisma pengangkutan air dalam tumbuhan. Seterusnya dikaitkan proses ini dengan perkumuhan dalam tumbuhan.
2. 8 orang ketua dipilih secara sukarela. Setiap ketua menerima cebisan puzzle yang berbeza. Mereka juga diberi sekeping kertas kosong sebagai papan utama puzzle.
3. Pelajar lain diberi cebisan puzzle lain yang bakinya. Kemudian mereka bergerak ke sekitar makmal secara rawak.
4. Ketua perlu melengkapkan puzzle tadi dengan mencari daripada rakan-rakan mereka.
5. Bagi menambahkan kemeriahan dan 'kesukaran', mereka perlu menjawab soalan yang dikemukan rakan terlebih dahulu. Soalan adalah bebas dan digalakkan berkait dengan pelajaran yang lalu.
6. Selesai semua cebisan dikumpulkan, mereka lekatkan pada kertas A4 kosong. Seterusnya tampalkan di papan putih mengikut Bahan Kumuh Bermanfaat atau Bahan Kumuh Memudarat.
7. Semua pelajar diberi jadual untuk memilih bahan kumuh bermanfaat atau memudarat dan berbincang dengan rakan secara berpasangan pula.
8. Pelajar bentangkan hasil perbincangan mereka.
Lega rasanya setelah selesai sesi pdp kali ini. Kami adakan refleksi bersama semua pihak yang ada pada hari tersebut. Beberapa penambahbaikan disuarakan bagi pdp pada masa akan datang.
Walaupun perlu bersedia lebih awal dan juga gementar akibat bilangan pengunjung yang tak disangka, namun saya melihat sesi ini sebagai satu peluang untuk saya menilai dan membuat refleksi kepada pdp saya dan juga pada masa yang sama membuat penambahbaikan yang boleh bermanfaat untuk pelajar saya.
Terima kasih saya ucapkan buat pasukan pelawat, terutamanya Puan Rozina Romli untuk peluang saya menjalankan pdp yang lebih baik. Semoga perkongsian sebegini juga mampu meningkatkan lagi profesionalisma saya sebagai seorang guru.
Jutaan terima kasih juga buat Pengetua saya, Puan Rogayah dan Ketua Panitia Bahasa Inggeris, Kak Laila yang tak jemu-jemu memberikan kata-kata semangat dan motivasi sepanjang pdp berlangsung. TQ untuk sokongan anda!! :D
0 Ulasan