Apa itu Flipped Classroom? |
Apa Itu Flipped Classroom?
Flipped Classroom merupakan model pendekatan pengajaran yang mengalihkan masa kuliah di dalam kelas kepada kuliah melalui video di luar kelas. Maka waktu kelas digunakan sepenuhnya untuk aktiviti kolaborasi dan pengukuhan kepada pelajar secara individu.
Erti kata mudahnya, pelajar diberi video untuk ditonton sebelum masuk kelas. Di dalam kelas, hanya berlangsung sesi pembelajaran dengan aktiviti. Mudah kan?
Dalam kontek Malaysia pula, boleh lah kita katakan bahawa,
"Flipped Classroom merupakan salah satu strategi pembelajaran abad ke-21 (PAK21) yang efektif bagi membantu guru2 membina kemahiran 4K1V murid untuk menghadapi cabaran masa hadapan. Ia juga memberi lebih masa kepada guru untuk membimbing murid-murid dalam aktiviti inkuiri dan penyelesaian masalah (inquiry-based & project-based learning) yang dapat mengukuhkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid serta membolehkan guru melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dengan lebih efektif."
Model Flipped Classroom |
Tidak ada struktur khas yang tertentu bagaimana Flipped Classroom ini dijalankan. Tetapi selagi pembelajaran menggunakan strategi kuliah yang sudah direkodkan dan aktiviti seterusnya berlangsung dalam bilik darjah, itu dikira sebagai Flipped Classroom. Sumber
Dalam sesetengah keadaan, ianya juga melibatkan perbincangan secara online dan menjalankan kajian di rumah. Itu pun masih dikira sebagai Flipped Classroom.
Kelebihan Flipped Classroom
Antara kelebihan menggunakan Flipped Classroom sebagai pendekatan pembelajaran adalah :
1. Menggalakkan murid untuk berinteraksi dan berkolaborasi sesama rakan
2. Menggalakkan penglibatan murid yang lebih aktif
3. Pembelajaran lebih berpusat, tidak hanya mengajar
4. Menggalakkan 'independent learning'
5. Meningkatkan keupayaan murid untuk bekerja secara individu
Berikut adalah contoh perbezaan sesi pembelajaran yang melibatkan kelas tradisional dan juga kelas yang sudah diflipped.
Perbezaan kelas tradisional dan Flipped Classroom |
Anda boleh lihat dengan jelas, dengan menggunakan model Flipped Classroom, masa dalam kelas lebih banyak diperuntukkan untuk melakukan aktiviti, perbincangan dan pengukuhan. Tugas 'lecture' telah diambil alih oleh pelajar dengan menonton video guru sebelum kelas bermula. Pembelajaran jadi lebih bermakna.
Pengalaman Flipped Classroom
Secara praktikalnya, mungkin sebahagian daripada kita sudah lama mengamalkan konsep pembelajaran sebegini. Iaitu dengan menyuruh pelajar menonton video dan kemudiannya melakukan sesi perbincangan di dalam kelas. Itu lah Flipped Classroom!
Saya kongsikan sedikit pengalaman saya melakukan Flipped Classroom bersama pelajar saya di SMK Jerlun.
Sehari sebelum
Bagi tugasan membina model Sistem Pernafasan Manusia, saya telah memberikan pelajar sekeping kertas tertulis link kepada video dan juga link kepada website bagi rujukan pelajar.
Semasa di Rumah
Di rumah, pelajar menonton video dan melakukan bacaan dan sedikit kajian mengenai tugasan. Mereka juga menyediakan semua bahan dan peralatan yang diperlukan bagi aktiviti pada hari esok nya. Semuanya dilakukan oleh pelajar, secara individu atau berkumpulan. Tetapi, yang paling penting adalah proses pembelajaran yang berlangsung di rumah.
Semasa Waktu P&P
Keesokan harinya sewaktu kelas Sains, mereka hanya perlu memasang semua peralatan. Perbincangan dan kolaborasi antara pelajar berlangsung semasa penyediaan model. Guru hanya tidak lagi perlu menceritakan semuanya dari A ke Z. Sebaliknya hanya menjadi pemudahcara sepanjang kelas berlangsung.
Pelajar melakukan aktiviti di dalam kelas berpandukan video yang ditonton semalam |
Masa saya kini tidak dibazirkan lagi dengan sesi lecture yang menggunakan banyak masa. Pelajar sendiri telah mengambil alih sesi tersebut dengan menonton video pada hari sebelumnya. Masa dalam kelas hanya tertumpu kepada proses pembelajaran sebenar.
Pelajar membentangkan hasil kerja dengan dibantu oleh pembacaan artikel sehari sebelumnya |
Akhir kelas, pelajar membentang hasil kerja mereka masing-masing. Projek yang mereka buat dalam kelas, tetapi dengan menggunakan bahan dan kajian yang mereka buat di rumah melalui tontonan video dan bacaan di Internet. Mudah kan?
Kesimpulannya, pada saya dengan menggunakan pendekatan Flipped Classroom ini, tugas-tugas mengajar menjadi lebih mudah dan lebih bermakna. Part yang saya suka adalah melalui ini juga akan menggalakkan pelajar untuk menjadi lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. Tidak mengharap usaha guru semata-mata. Maka waktu p&p dalam kelas akan dapat dilangsungkan dengan lebih berkesan dan lebih bermakna.
Saya akui pasti akan ada beberapa kekangan untuk model ini. Liputan internet yang terhad, latar belakang murid, sikap murid dan beberapa faktor lain lagi. Tetapi, saya menyeru kita warga pendidik mencuba sebaik mungkin apa yang terdaya jika berpeluang, memberi peluang kepada pelajar kita untuk merasa pengalaman pembelajaran yang berbeza. Belum cuba, belum tahu kan.. :)
Demikian lah perkongsian saya mengenai model pembelajaran Flipped Classroom. Artikel ini saya tulis berdasarkan pembacaan dan juga perkongsian pengalaman saya sendiri menjalankan Flipped Classroom kepada pelajar-pelajar saya. Anda ada kisah menarik untuk dikongsikan? Jom tulis komen di bawah untuk kita dapat manfaat bersama-sama.
46 Ulasan
Tahniah Tuan..
BalasPadamHebat...pendedahan yg efektif
BalasPadamAssalamualaikum. Tahniah perkongsian yang baik. Saya ada juga menyediakan video PdP Matematik dan pelajar boleh belajar berulang kali konsep tersebut. Semasa di dalam kelas pelajar ada peluang untuk bertanya konsep dan soalan yang mereka tidak faham. Saya juga menggunakan video PdP saya sekiranya saya bertugas di luar sekolah. Dengan ini sukatan pelajaran saya dapat diselesaikan seperti yang dirancang.
BalasPadamwahhhh... bagusnya usaha cikgu. tq atas perkongsian
Padamidea yg bagus utk pdp math stkt ni saya belum cuba video dlm pdp math..tahniah cikgu
PadamAmalan terbaik dlm pdp sains yg serba kekangan waktu
BalasPadamya betul tu cg. Ada byk apps dlm apps store yg boleh create video yg menarik dan sgt mudah utk pelajar2
PadamTerbaik.. tahniah.. boleh dicubani.. selalunya sediakan soalan n nota je dalam frog vle untuk diberikan kepada murid..
BalasPadamTuan,utk sklh rendh sesuai x?
BalasPadamTerima kasih cikgu. Sangat membantu. Moga Allah membalas jasa cikgu dengan setimpalnya. Inysa Allah =)
BalasPadamTerima Kasih.. sangat bermakna
BalasPadamTerima kasih cikgu.....sangat membantu.
BalasPadamSesuai utk sek rendah tahap satu x?
BalasPadamTq atas perkongsian.. ada cadangan utk dilaksanakan di peringkat prasekolah?
BalasPadamTrmksh, sgt ptaktikal Dan efesien, baik untuk diamalkan oleh smua cikgu
BalasPadambagus cg hailmi.Di sekolah saya,kami menjalankan idea flipped classroom dgn iTunes U yg terdapat di dalam iPad. Cikgu create iTunes U course. Pelajar sekolah kami diberikan iPad dan pelajar dpt berkolaborasi tanpa batasan masa dan tempat. Perancangan sgt penting
BalasPadamTahniah dan terima kasih atas info yang sangat bermakna ke arah mempelbagaikan teknik PdP berkesan. Guru yang hebat ialah guru yang sentiasa menambah baik teknik PdP untuk menarik minat pelajar belajar dengan berkesan.
BalasPadamTq atas perkongsian.. ada cadangan utk dilaksanakan di peringkat prasekolah?
BalasPadamSibuk benar cg hailmi ni....skalo gak dia balas....
BalasPadamAssalamualaikum buat semua pembaca & cikgu2. Ade tak guru yang berkesudian membantu dan berkongsi nota atau soalan atau video pembelajaran efektif pelajaran SPM terutama untuk subjek Matematik, Sains, Sejarah, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Pendidikan Islam dan Pendidikan moral bagi membantu pelajar yang menjalani pemulihan di Klinik Cure & Care Karangan? Sekiranya ada boleh hubungi saya melalui email erwaniza_aadk@yahoo.com .Pelajar yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah juga perlu mendapat pendidikan demi masa depan. Terima Kasih pada yang membantu..
BalasPadamMemang konsep yang bagus utk flip classroom ini. Pelajar x akan rasa tertarik dengan konsep baru ini tanpa bosan seperti pengajaran tradisi.
BalasPadamSangat sesuai untuk dijadikan rujukan... Terima Kasih...
BalasPadamSaya suka model ni. Tapi nak diaplikasikan kepada student dewasa agak sukar. Saya mengajar orang2 yang sedang bekerja, so tiada masa mereka nak bukak video dan cari bahan sebelum kelas. Mungkin akan dipraktikkan dengan sedikit pengubahsuaian nanti.
BalasPadamThank you so much admin, while giving us the opportunity to take their link on this forum
BalasPadamMenarik..terima kasih
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian.
BalasPadamSyabas cgu hailmi...1 perkongsian & penerangan yg jelas terang lg brsuluh tntg flipped clssrm ....cgu2 pasti bijak mggunakan idea ni ������
BalasPadamPerkongsian yang baik, ringkas dan bermakna; diperkukuhkan dengan contoh. Terima kasih
BalasPadamadakah bahan untuk flipped classroom cuma berfokuskan kepada video dan segala bahan online? bagaimana dengan bahan yang diberikan secara hardcopy/printed papers yang diberikan lebih awal kepada murid untuk ulangkaji di rumah sebelum sesi pembelajaran pada PdPc akan datang, adakah ini tidak termasuk dalam flipped classroom? kerana sistem pembelajaran sediri di rumah telah lama diterapkan di dalam sekolah2 MRSM.
BalasPadamPenggunaan video lebih up to date. Merangkumi perkara pemantapan ict dlm pdpc
PadamTERIMA KASIH CIKGU...TAHNIAH...AKAN SAYA GUNAKANNYA DGN CARA PRASEKOLAH. IN SHAA ALLAH.
BalasPadamSaya akan cuba buat pertama kali minggu ini.
BalasPadamJika ada yang sudah mengaplikasikan cara ini utk pelajar tahap 1, tahun 1 dan tahun 2 terutamanya sudilah kiranya berkongsi pengalaman/ tip..terima kasih..
BalasPadamsgt membantu utk FYP sya terima kasih cikgu
BalasPadam
BalasPadamI'm extremely impressed with your writing skills as well as with the layout on your blog.
Is this a paid theme or did you customize it yourself?
Anyway keep up the nice quality writing, it is rare to see a great blog like this one these days ..
my web page; 오피사이트
(jk)
Thanks to my father who shared with me concerning this website, this web site is truly amazing.
BalasPadamHere is my web site - 부산오피
Terima kasih cikgu Hailmi atas perkongsian. Saya akan cuba kerana sekarang memang kekangan waktu mengajar . Terutama subjek RBT yang ada teori dan amali.
BalasPadamIdeal and Lowest priced Jabodetabek Private Coaching, our workers as well as teachers arrive to your home, fixed your own analysis agenda and can select almost any industry with review ... go to https://privat-jabodetabek.netlify.app/les-privat-setiabudi.html for more information
BalasPadamExecutive-Education.id is an academic institution that gives tutoring services where tutors come to your property, to ensure students can study ... visit https://kursus-jerman.vercel.app/kursus-bahasa-jerman-gambir.html for more details
BalasPadamCurrently private lessons for PAUD, TK, SD, SMP, SMA, and Alumni. With an incorporated and accelerated method, it really is hoped that this should be able to foster a generation of those that have good morals... for detail https://ipa-exed.blogspot.com/2022/07/les-privat-ipa-di-cakung-terdekat-murah.html
BalasPadamAre you ready to start on a transformative language learning experience? Have a gander at Executive-Education.id's language course. From cultural immersion to expert guidance, our program offers an alternative procedure for language acquisition. Explore the best thing about a fresh language, broaden your horizons, and achieve a competitive edge in today's interconnected world. Click https://kursus-arab.github.io/kursus-bahasa-arab-jakarta-barat.html for more.
BalasPadamA flipped classroom is an instructional approach where traditional teaching methods are inverted. Students engage with instructional content, such as video lectures, at home, and class time is dedicated to interactive activities, discussions, and problem-solving facilitated by the teacher. This model aims to enhance student engagement and personalized learning experiences.
BalasPadamtax and estate lawyer
henrico traffic lawyer
virginia uncontested divorce
Flipped homeroom adalah pendekatan pembelajaran di mana siswa mempelajari materi secara mandiri di rumah melalui video atau bahan bacaan, sementara waktu di kelas digunakan untuk diskusi, kolaborasi, dan penerapan konsep dalam kegiatan yang dipandu oleh master. Pendekatan ini bertujuan untuk meningkatkan interaksi siswa dengan materi dan memfasilitasi pemahaman yang lebih dalam melalui penggunaan waktu kelas yang efektif.
BalasPadamdomestic violence in new jersey
new jersey domestic violence
خرید غذای گربه جوسرا انتخابی مناسب برای تامین نیازهای تغذیهای گربهها است. این غذا با ترکیبات باکیفیت و متعادل، به حفظ سلامتی، انرژی و شادابی گربه کمک میکند. جوسرا به دلیل استفاده از مواد طبیعی و مغذی، مورد توجه صاحبان حیوانات خانگی قرار دارد
BalasPadamI am too happy in admitting that this website is containing all the valid and latest information. Initially was not aware of where to go or whom to ask for a quality and correct piece of information. Free Matka Result Here.e
BalasPadamThis really helped clarify things for me. Thank you!
BalasPadam