About Me

Perkongsian Amalan ICT dalam Pembelajaran Abad 21 di Terengganu

Sekali lagi diberi peluang untuk membuat perkongsian pengalaman dan amalan ICT dalam Pembelajaran Abad 21 di Terengganu. Jika dulu atas jemputan PPD Kemaman, kali nih pula adalah atas jemputan Sektor Jaminan Kualiti, JPN Terengganu. Dan perkongsian ini adalah bagi tujuan perkongsian untuk Kolokium Memperkasakan i-Kelas ke Arah Mentransformasikan Pendidikan Negeri Terengganu Tahun 2016. Kolokium ini akan dihadiri oleh pegawai JPN Terengganu, pegawai BTPN, SISC+, SI Partner+, dan guru penyelaras Bestari dari seluruh Terengganu.



Perkongsian Amalan ICT dalam Pembelajaran Abad 21 di Terengganu
Bersama pegawai SI Partner+, SISC+ dan pembentang untuk kolokium ini

Saya juga difahamkan sebagai satu-satunya pembentang yang dijemput luar daripada Terengganu. Sangat berbangga, apatah lagi saya secara peribadi sangat mengkagumi tahap proaktif dan juga komitmen tinggi negeri Terengganu dalam mendahului pendidikan negeri lain. Maka tak hairan lah pendidikan Terengganu sentiasa berada satu langkah di hadapan berbanding negeri lain. Tahniah!

Kolokium 2 hari yang berlangsung di The Regency Hotel, Terengganu ini dihadiri lebih kurang 200 orang peserta. Seperti yang saya katakan tadi, peserta datang daripada seluruh negeri Terengganu, dengan pelbagai kelompok tetapi semuanya adalah berfokuskan kepada Pembelajaran Abad 21 dan juga Amalan ICT. 



Perkongsian Amalan ICT dalam Pembelajaran Abad 21 di Terengganu
Kolokium memperkasakan i-kelas ke arah mentransformasikan pendidikan Terengganu 2016

Sesuai dengan keperluan ini maka saya sediakan pembentangan istimewa yang mengkhususkan kepada bagaimana saya menggunakan ICT dalam Pembelajaran Abad 21 saya. Perkara yang telah diamalkan dan dipraktiskan dalam bilik darjah saya. 

Antara yang saya kongsikan adalah bagaimana saya menggunakan video untuk menimbulkan minat pelajar kepada bidang Sains, penggunaan instagram untuk pdp, sistem undian yang menggunakan media sosial, pembelajaran menggunakan Kahoot!, Google Form, QR Code dan tak lupa juga penggunaan Flipped Classroom.



Perkongsian Amalan ICT dalam Pembelajaran Abad 21 di Terengganu
Perkongsian Amalan ICT dalam Pembelajaran Abad 21 (Cikgu Hailmi)

Walaupun sebenarnya rasa kecik saja berada di hadapan audiens yang terdiri daripada ramai pegawai-pegawai besar dan hebat, tetapi alhamdulillah rasa nervous itu hilang apabila ramai yang memberi sokongan kepada saya. Tak lekang juga dengan kata-kata dorongan adalah daripada bonda SIPartner Kemaman, Pn Hajah Noraini dan juga Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPN Terengganu, YM Tengku Mohd Yusoff. Terima kasih yang tak terhingga daripada saya yang baru nak belajar nih.


Sesi perkongsian selama 1 jam nih memang tak terasa. Pantas berlalu. Mungkin juga kerana banyak video yang dipertontonkan membuatkan para peserta juga tak henti daripada melihat dan mengambil ilmu. Seboleh mungkin saya cuba kongsikan sebaik mungkin apa yang sudah saya pelajari dan amalkan dengan pelajar saya sendiri. Semoga juga perkongsian ini membuka mata dan memberi perspektif baharu kepada para pendidik di Terengganu.



Perkongsian Amalan ICT dalam Pembelajaran Abad 21 di Terengganu
YB yang merasmikan kolokium peringkat negeri ini

Perkongsian Amalan ICT dalam Pembelajaran Abad 21 di Terengganu
Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPN Terengganu, YM Tengku Mohd Yusoff

 Selesai kolokium dirasmikan, maka kami ambil peluang untuk bergambar dan juga berkenalan dengan beberapa lagi pembentang untuk kolokium sepanjang 2 hari ini. Memang teruja sangat bila saya dapat berkongsi ilmu dan bertukar cerita dengan para pendidik yang sememangnya sangat bersemangat dan juga sentiasa positif. 

Perkongsian Amalan ICT dalam Pembelajaran Abad 21 di Terengganu
Bersama orang kuat yang terlibat menjayakan kolokium i-kelas pembelajaran abad 21



Perkongsian Amalan ICT dalam Pembelajaran Abad 21 di Terengganu
Auro positif bersama para pendidik yang bersemangat dan sangat positif

Perkongsian Amalan ICT dalam Pembelajaran Abad 21 di Terengganu
Bersama Encik Yusma, Timb Ketua Sektor JNQ JPN Terengganu dan Puan Juli, SISC+ Marang

Perkongsian Amalan ICT dalam Pembelajaran Abad 21 di Terengganu
Seorang lagi pembentang, Tuan GB, Encik Suhaimi yang sangat pakar mengenai ICT

Semoga juga perkongsian di Terengganu ini membuka lebih banyak ruang dan perspektif baharu kepada diri saya sendiri dan juga kepada para peserta lain. Terima kasih tak terhingga saya ucapkan buat JPN Terengganu yang memberi peluang kepada saya untuk berkongsi ilmu dengan lebih ramai warga pendidik. Yang terbaik hanyalah daripada Allah, yang terkurang itu dari diri saya sendiri. InshaAllah, ada masa kita akan berjumpa lagi.




Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Berkongsi memang baik.

    From:

    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Tak sempat nak sembang sangat...jadual padat...

    BalasPadam