About Me

Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 05

Hari ini adalah hari terakhir saya berkursus STELR - STEM Education di Bandung. Memang banyak sangat ilmu dan pencerahan lain yang saya pelajari pasal STEM di sini. Banyak benar membuka perspektif baharu untuk saya dalam menghadapi cabaran baru dalam pengajaran Sains tahun mendatang.


Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 05
Warga pendidik ASEAN

Untuk hari ini, sesi pertama dimulakan dengan rangkuman aktiviti dan kaitannya dengan STEM. Kami diminta untuk memilih satu projek yang telah kami jalankan sepanjang berada di sini untuk 5 hari ini. 


Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 05
Kaitan STEM dan Water Filtration

Projek STEM yang saya pilih adalah Water Filtration. Penurasan air. Masalah global bagi negara-negara yang kekurangan sumber air. Kemudian kami diminta untuk menyenaraikan apakah Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik yang terlibat di sebalik aktiviti tersebut.

Selesai pembentangan, kami diberi sekali lagi penerangan oleh urusetia, Mr Agus. Kali ini adalah berkaitan dengan pelan perancangan kami mengenai apa yang kami akan lakukan sekembalinya kami ke negara masing-masing. 


Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 05
Mr Agus menerangkan contoh perancangan yang boleh dilaksanakan di negara masing-masing

Sekiranya, kami berjaya mengadakan bengkel STELR - STEM ini di negara masing-masing, sama ada pada peringkat sekolah, atau daerah, atau negeri, atau kebangsaan, kami akan diberikan satu lagi sijil di peringkat antarabangsa. Yeayyyyy!

Untuk majlis penutupan bersama para pegawai, saya tertarik dengan testimoni daripada seorang peserta daripada Singapura, iaitu Mr Serwin Leong. Beliau merumuskan bahawa, perkataan STEM selain daripada membawa pengertian kepada Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik, STEM juga boleh membawa maksud:

S (Students)
AKtiviti yang dirancang perlu mengambilkira hasil kepada murid

T (Teamwork)
AKtiviti yang dirancang seboleh mungkin melibatkan kolaboratif antara murid

E (Energy)
Tenaga yang banyak diperlukan oleh guru untuk menjalankan aktiviti STEM, kerana melibatkan kawalan kelas dan juga persiapan rapi

M (MOtivation)
MOtivasi berterusan perlu ada dalam diri murid dan juga guru sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti STEM


Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 05


Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 05


Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 05


Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 05


Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 05


Majlis penutupan akhirnya disempurnakan oleh Mr Hartono Wijaya, STI Director daripada PT KALTIM Nitrate Indonesia yang juga merupakan sponsor utama kepada kumpulan guru Sains daripada Bontang, Kalimantan Timur. 


Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 05


Keseluruhannya, saya sangat gembira dengan kursus 5 hari di Bandung, Indonesia kerana telah berjaya menambah ilmu pengetahuan saya dalam bidang STEM. Beberapa perkara sekarang, menjadi lebih jelas. Sedikit pengubahsuaian perlu dilakukan supaya pengisiannya lebih sesuai untuk konteks Malaysia.

Tak lupa juga peluang untuk bertemu dengan kenalan guru dan warga pendidik daripada negara-negara ASEAN yang lain. Peluang yang juga membuka minda kepada pendidikan yang lebih luas dan global. INshaAllah saya akan cuba usahakan kolaboratif antarabangsa dalam usaha memajukan lagi pendidikan di bumi Malaysia, khususnya di Jerlun. 


Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 05
Ibu Albertine daripada Timor Leste

Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 05
Mr Sout, pensyarah kolej perguruan daripada negara Laos

Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 05
Mr Suksant dan Miss Supavitha, guru dari Thailand

Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 05
Puan Azian dan Puan Suzanna, guru dari negara Brunei

Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 05
Mr Atep, pegawai kementerian pendidikan Indonesia

Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 05
Mr Yansen, pegawai kementerian pendidikan Indonesia

Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 05
Mr Dwi, guru Fizik dari Jakarta, Indonesia

Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 05
Mr Muhammaditya, pegawai kementerian pendidikan Indonesia

Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 05
Mr Eddy, guru sains dari Riau, Indonesia

Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 05
Mr Nanang, pensyarah di Universitas Pendidikan Bandung, Indonesia

Jemput tonton juga video sepanjang 5 hari saya berkursus di sana untuk mendapatkan sedikit perkongsian secara video. INshaAllah, saya yakin pasti akan ada ilmu baharu yang boleh dipelajari daripada sini.




Bagi yang nak membaca artikel pada Hari 01, Hari 02, Hari 03, Hari 04, bolehlah klik pada link yang telah disedikan. Semoga perkongsian saya dari Indonesia ini boleh memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dalam mendidik anak bangsa. AMin!




Catat Ulasan

0 Ulasan