Dan sesi refleksi ini dimulakan dengan perbincangan "What was easy?" dan juga "What challenged you?". Tak berhenti di situ sahaja, setiap peserta perlu menyatakan pendapat masing-masing kenapa mereka merasakan tugasan tersebut senang / mencabar.
Sesi Dr Greg Smith dimulakan dengan 'What was easy?" dan "What challenged you?" |
Setiap kumpulan dibentangkan oleh seorang peserta. Daripada kumpulan saya, guru Sains sekolah menengah daripada negara Brunei Darussalam, Puan Suzana.
Daripada aktiviti yang dijalankan, proses refleksi ini sebenarnya memberi peluang kepada pelajar untuk menganalisa dan menyampaikan input yang diperolehi dengan kefahaman yang sangat tinggi (deep understanding). Penerapan Pembelajaran Abad 21 melalui konsep 4C adalah sangat penting dalam membentuk skill yang diperlukan sebegini.
Pembentangan oleh Puan Suzana daripada negara Brunei Darussalam |
Mobius Strip
Aktiviti seterusnya adalah membuat Mobius Strip. Kami diberikan sekeping kertas dan kemudian menggunakan pelekat untuk menyambungkan hujungnya dengan menggunakan sedikit pusingan pada kertas tersebut.
Analogi perkembangan guru dan Mobius Strip |
Dengan menggunakan sebatang marker, kami dikehendaki menghasilkan satu garisan yang tidak putus di atas Mobius Strip tersebut. Dan seperti dijangka, garisan tersebut akan bersambung pada titik yang sama di permulaan.
Analogi daripada aktiviti ini, Dr Greg Smith mengaitkan nya dengan proses perkembangan kita sebagai seorang guru. Beliau mulakan sesi perbincangan dengan satu pertanyaan.
"Pernah tak kita terfikir kenapa kita mendapati pelajar kita semakin tidak berminat dengan cara pengajaran dan aktiviti yang kita lakukan dalam kelas? "
Perkara ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi di mana-mana tempat juga di dunia.
Perkembangan kita sebagai guru bermula dengan fasa exploitation, di mana kita mula-mula menggunakan segala tenaga, bahan dan lain-lain. Kemudian kita akan berada di fasa conservation di mana kita akan menikmati apa yang kita ada dan telah buat dan capai.
Fasa kritikal dalam perkembangan guru sebagai pendidik |
Dengan adanya ilmu baharu, kita diberi pilihan sama ada untuk terus statik (tidak bergerak) pada titik yang sama, atau melalui fasa baharu pula, iaitu fasa release. Yang mana dah tentu ianya akan melalui cabaran baharu yang kadang kala mungkin memenatkan. Tetapi jika kita berjaya harungi, kita akan mencapai fasa baharu iaitu fasa reorganization, yang mana kita akan susun dan adjust semula apa yang kita dah buat dan capai selama ini.
Perkembangan ini adalah suatu proses berterusan. Dan hanya yang mahukan cabaran dengan sedikit kesusahan akan berjaya melalui proses perkembangan diri ini dengan baik.
Global Warming dan Climate Change Aktiviti ketiga diteruskan dengan aktiviti ringkas memberi kefahaman kepada pelajar mengenai global warming dan climate change. Sebuah akuarium diletakkan ketulan ais di dalamnya bagi mewakili aisberg. Manakala sebuah lagi akuarium diletakkan ketulan ais yang sama besar di atas sebuah batu.
Mr Peter Pentland menerangkan aktiviti sesuai untuk global waming dan climate change |
Pelajar diberi persoalan.
"Apakah yang akan berlaku pada paras air dalam kedua-dua akuarium? Adakah ianya akan meningkat atau menurun? atau akan sama?"
Dalam proses ini, pelajar diberi peluang untuk memberi pendapat berdasarkan fakta dan maklumat yang mereka pelajari. Jadi secara tak langsung menggalakkan murid untuk berfikir dan juga pada masa yang sama menimbulkan minat kepada mereka untuk mengkaji dengan lebih mendalam situasi yang diberi. Nice kan?
Agak-agak, akuarium mana yang akan meningkat paras air nya? |
Kami tinggalkan seketika akuarium tersebut, untuk aktiviti yang seterusnya iaitu membina kereta menggunakan sel solar dan satu lagi adalah membina catapult / lastik. Untuk tujuan ini, peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan, satu kumpulan akan terus berada di dewan seminar bagi aktiviti catapult. Manakala satu lagi kumpulan akan berada di rooftop untuk aktiviti kereta solar.
Catapult
Untuk cabaran catapult, kami dikehendaki membina apa-apa peralatan ataupun mesin yang membolehkan sebiji bola tennis dilemparkan dengan paling jauh. Setiap kumpulan diberikan 12 batang buluh, getah, sebiji bola tennis, cawan plastik dan juga pita selofan. Kami hanya dibenarkan menggunakan bahan yang dibekalkan.
Kumpulan yang menjadi johan bagi pertandingan membina catapult |
Untuk aktiviti ini, saya bersama Dr Nur Jahan (SEAMEO-RECSAM) dan juga 2 orang guru mewakili negara Brunei Darussalam, Puan Suzana dan juga Pn Azien. Mula-mula kami hanya membina satu alatan ringkas, tetapi selepas beberapa modifikasi kami rasakan lebih sesuai membina mesin yang lebih complicated.
Team kami yang sememangnya memberikan saingan paling sengit |
Antara perkara yang kami pertimbangkan semasa membina mesin ini adalah kestabilan mesin tersebut, panjang getah lastik dan juga teknik lastik yang boleh memberikan hasil yang maksimum.
Sesi cabaran berjalan dengan lancar. Pasukan kami antara pasukan yang berjaya menembak bola tenis dengan paling jauh.
Kereta Solar
Bagi cabaran kereta solar pula, kami bergerak ke tingkat atas hotel. Ini bagi memudahkan kami untuk mendapat sinar matahari yang mencukupi bagi aktiviti ini. Setiap kumpulan diberikan kit kereta solar yang terdiri daripada dua sel solar.
Kit kereta solar yang dibekalkan kepada setiap kumpulan |
Meja utama yang menyediakan bahan-bahan diperlukan untuk membina kereta solar |
Contoh kereta solar yang sudah dibina dan berfungsi |
Tak lupa bergambar dengan team yang hebat nih.. |
Cara pemasangannya juga sangat mudah. Hanya pasangkan sahaja mengikut manual yang disediakan. Tetapi agak aneh, kerana selepas beberapa kali mencuba, kumpulan kami tidak dapat menggerakkan kereta solar tersebut. Bila diuji dengan bateri, mahu pulak kereta tu hidup.
Maka kami pilih alternatif kedua, iaitu menggunakan bateri.
Car Safety
Selepas kereta tersebut dapat dihidupkan, maka kami diberikan tugasan terbaru pula, iaitu merekacipta bahagian hadapan kereta yang boleh mengurangkan impak kereta apabila berlaku perlanggaran.
Cabaran membina kereta dengan ciri keselamatan yang sempurna |
Bahan yang diberikan mudah, iaitu aluminium foil, straw dan getah.
Maka di sini, konsep inersia, dan momentum perlu dipertimbangkan. Bererti jika murid melaksanakan aktiviti ini, maka guru boleh halakan minat murid kepada dua konsep penting ini.
Yang bestnya, untuk cabaran ini, kumpulan saya telah menjuarai cabaran. Sayang. Takde pulak hadiahnya kali nih. Huhuhuhu..
Pengajaran yang saya perolehi daripada aktiviti sepanjang hari ini, adalah:
1. Perkembangan seorang guru akan sentiasa melalui suatu fasa yang paling susah, iaitu fasa perubahan. Fasa yang akan membezakan kita adalah pendidik yang hebat, atau pendidik yang hilang ditelan zaman. Tetapi jika kita berjaya menangani fasa tersebut, inshaAllah kita akan tampil lebih hebat sebagai seorang pendidik.
2. Setiap aktiviti pembelajaran yang dijalankan dengan konsep sains, seboleh mungkin cuba jalankan aktiviti yang dapat pelajar rasa, sentuh dan boleh kaitkan dengan benda di sekeliling mereka.
Merangsang minat pelajar untuk meneroka merupakan suatu cabaran hebat untuk guru |
3. Rangsangan yang menarik perlu untuk merangsang minat pelajar untuk lebih ghairah meneroka konsep Sains.
1 Ulasan
Cikgu Hailmi, ada manual untuk membina kereta solar dan catapult? Boleh share kah? untuk aktiviti di sekolah
BalasPadam