About Me

Refleksi Saya Untuk Tahun 2016

Sedar tak sedar, 2016 adalah tahun ke-10 saya bergelar seorang guru. Banyak kisah suka duka sepanjang bergelar pendidik. Tapi apa yang penting, dalam menjalankan tugas, saya sentiasa berpegang kepada prinsip asas; iaitu sentiasa betulkan niat dan tujuan, inshaAllah Allah akan permudah segalanya. 



Refleksi Cikgu Hailmi sepanjang tahun 2016
Refleksi saya untuk tahun 2016

Artikel ini juga adalah refleksi saya yang ke-empat. Anda boleh baca refleksi terdahulu, pada tahun 2013, 2014 dan 2015 untuk dapat gambaran awal. Bagi saya ini adalah satu catatan dan pesanan peribadi terbaik kepada diri saya sendiri. 

Sekadar mengingatkan diri, bahawa sentiasa akan ada ruang yang masih boleh diperbaiki saban tahun. Tak lupa juga, sebagai habuan untuk kenangan mengimbau memori lalu. Hahahaha.. 




Blog Pendidikan

Sama ada anda sedar atau pun tidak, blog www.cikguhailmi.com sudah bertahan untuk tempoh 4 tahun. Allah permudahkan dan masih beri kesempatan dan kekuatan untuk saya terus gigih menulis dan berkongsi ilmu melalui penulisan di blog ini. 



Blog pendidikan dengan 20 juta pengunjung, www.cikguhailmi.com
Blog pendidikan dengan 20 juta pengunjung, www.cikguhailmi.com

Dengan view yang sudah mencecah 20 juta, serta hampir 15 000 pengunjung pada setiap hari, saya kira blog pendidikan ini masih berfungsi dengan baik dan masih relevan dengan keperluan semasa. InshaAllah saya cuba akan pastikan ianya terus kekal menjadi saluran ilmu kepada anda semua.

Artikel terbanyak pada tahun ini tentulah artikel mengenai review sekolah Rizq Islamic School. Bayangkan dalam tempoh sebulan sahaja artikel ini sudah dibaca hampir lebih 300,000 kali! Share tu tak tau lah berapa banyak. Tapi memang saya sangat berpuas hati sebab dapat menunaikan tanggungjawab kepada klien dengan sebaik mungkin. 




Artikel review Rizq Islamic viral pada tahun ini
Artikel Rizq Islamic School, artikel paling hangat tahun ini

*Yang nak dapatkan khidmat review daripada saya, boleh emel kepada miecaprio@yahoo.com. 
Hanya untuk produk pendidikan sahaja!


Tak lupa juga apabila blog ini dipilih sebagai Best Content Blog dalam Malaysia Social Media Award 2016. Memang satu kejayaan dan pengiktirafan buat blog pendidikan ini, kerana berjaya mengesampingkan beberapa nama besar dalam kategori yang sama. Sapa tak bangga weyh.




Best Content Blog dalam Malaysia Social Media Award 2016
Bersama Sazzy Falak, personaliti ikon media sosial

Yup, kejayaan yang sangat tak disangka. Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan buat yang memberi sokongan dengan mengundi! Teruskan sokongan anda yer!

Usaha mengkolaboratifkan cikgu-cikgu sains di Malaysia juga berjalan dengan lancar. Group facebook 'Cikgu Sains Kreatif' masih berfungsi dengan baik, dengan ahli yang mencecah lebih 17,000 orang. Kebanyakkannya adalah guru-guru sains.



Group Facebook 'Cikgu Sains Kreatif' platform guru Sains lebih kreatif dalam kelas
Group Facebook 'Cikgu Sains Kreatif' platform guru Sains lebih kreatif dalam kelas

Manakala bagi 11 group Telegram rasmi mengenai Cikgu Kreatif, telah mencecah sehingga hampir 19,000 keahlian. Semoga ramai guru yang mendapat manfaat berguna hasil perkongsian bahan dan ilmu tersebut.



Penulisan

Kalau diperhatikan jumlah artikel blog yang ditulis pada tahun ini agak berkurang berbanding tahun sebelumnya. Di samping jadual aktiviti yang sangat sibuk (alasan!), sebenarnya saya masih terus menulis. Tetapi melalui bentuk yang lain. Saya mula menulis beberapa artikel di suratkhabar seperti Berita Harian dan Sinar Harian yang berkaitan dengan dunia pendidikan. 



Kisah saya sebagai seorang guru mendapat liputan dalam Harian Metro
Kisah saya sebagai seorang guru mendapat liputan dalam Harian Metro

Untuk tahun ini juga beberapa projek penulisan yang melibatkan saya sebagai salah seorang penulisnya seperti novel Sains-lah Volume II dan juga novel antologi hasil usahasama guru cemerlang negeri Kedah. Kedua-duanya bakal berada di pasaran pada tahun 2017. Kita sama-sama tunggu yer! Abam pun tak sabar!

Oh ya, tak juga dilupakan saya juga dipilih sebagai salah seorang kolumnis tetap di dalam Majalah Pendidik. Segmen "Tips Dari Pakar" itu merupakan kolum khas untuk saya berkongsi buah fikiran saya mengenai bidang pendidikan di Malaysia.





BUKAN SEKADAR SUSUN KERUSI DAN MEJA Ini artikel kedua abam untuk Majalah Pendidik. Keluaran bagi bulan September. Bulan besday abam. Dulu2 taknak ambik Mass Comm. Sekarang sibuk nak menulis! Ha ha ha... korang layankan jer lah yer .. Kali nih abam pilih topik hangat lagi sensasi, paling trending lah kiranya iaitu Pembelajaran Abad 21. Masa mula-mula diperkenalkan, lagi lah haru. Macam2 interpretasi. Ada yang pandai2 letak syarat wajib maalghunnah lagi untuk beberapa item dan perkara.  Yang menyebabkan saya rasa aneh, merepek, kosong, tak bermakna, tak kena dan tak adil kepada mungkin murid dan juga guru. Sampai benda tu nampak berat. Nampak menyusahkan. Last sekali, sapa nak buat? Perkara pokok ditinggalkan. Perkara kecik dibesar-besarkan. #deep Natijahnya (esei BM SPM) saya rasa kita perlu kembali semula kepada tujuan asal. Tujuan nak kembalikan semula pembelajaran kepada murid (student-centred). Tujuan memberi semula skill kolaboratif, kritis, kreatif dan komunikasi kepada MURID. Bukan kepada CIKGU!  Setuju? Tak setuju, pi kedai buku, cari Majalah Pendidik dan sila baca. Baca lah dengan hati yang terbuka. 😇😇😇 #PA21 #PAK21 #21stcenturyteacher #Pendidik #cikgu #cikguhailmi
A photo posted by Cikgu Hailmi (@cikguhailmi) on


Majalah berunsur pendidikan ini juga diedarkan secara percuma di semua sekolah di seluruh Malaysia. Atau, anda boleh dapatkan di kedai buku yang berhampiran.



Kerjasama Luar

Tahun ini juga menyaksikan banyak usaha kolaboratif saya dengan agensi luar. Antaranya adalah dengan Petrosains, VEX Robotics, ASCO Edutech dan Maxis. Barulah saya sedari betapa besarnya peranan blogger dan media sosial dalam industri sedia ada kita.

Kerjasama dengan Petrosains bermula apabila saya dijemput untuk berkongsi pdp sains kreatif saya dengan hampir 150 orang guru bagi Petrosains Educators Programme pada bulan April di Petrosains KLCC. 




Peluang kali pertama berkongsi ilmu di Petrosains KLCC
Peluang kali pertama berkongsi ilmu di Petrosains KLCC

Bangganya sebab dapat peluang berkongsi dengan lebih ramai rakan guru di zon tengah. Apatah lagi yang menjemputnya tu bukan alang-alang institusi. Petrosains beb! Memang satu peluang baik untuk saya mencari pengalaman.

Kali kedua pula adalah apabila dijemput untuk meraikan Hari Guru 2016 bersama Petrosains. Seronoknya sebab dapat berjumpa dengan Cikgu Yasmin (Top 50 Global Teacher Prize 2014) dan juga artis jemputan, Mr Henry Middleton (Oh My English!) iaitu Zain Saidin. Abam pun feeling-feeling retis tau! Wakakakkaka..




Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2016 bersama Petrosains
Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2016 bersama Petrosains

Manakala kerjasama dengan pihak VEX Robotics juga memainkan peranan besar untuk saya pada tahun ini. Tak pasal-pasal dipilih sebagai Ketua Juri bagi Kategori STEM untuk Pertandingan Robotik VEX Peringkat Kebangsaan 2016, yang berlangsung di The School, Jaya One.



Ketua Juri bagi Kategori STEM untuk Pertandingan Robotik VEX Peringkat Kebangsaan 2016
Ketua Juri bagi Kategori STEM untuk Pertandingan Robotik VEX peringkat kebangsaan 2016

Selain daripada terdedah dengan warga robotik Malaysia, saya juga berpeluang bertemu dengan beberapa figura hebat di Malaysia, antaranya adalah Syed Azmi (aktivis tersohor, I Want To Touch A Dog) dan juga Timbalan Menteri Pendidikan I, iaitu Datuk P Kamalanathan.



Timbalan Menteri Pendidikan I, iaitu Datuk P Kamalanathan
Timbalan Menteri Pendidikan I, iaitu Datuk P Kamalanathan

Syed Azmi (aktivis tersohor, I Want To Touch A Dog)
Syed Azmi (aktivis tersohor, I Want To Touch A Dog)

Kerjasama dengan Maxis pula terjalin apabila Maxis mempromosikan program CSR mereka, iaitu Maxis i-Kelas. Program untuk komuniti itu menyasarkan kumpulan pelajar sekolah bagi memberikan kelas tambahan percuma secara online di Pusat Internet 1 Malaysia yang terpilih di seluruh Malaysia.



Program CSR Maxis untuk komuniti, iaitu Maxis i-kelas
Program CSR Maxis untuk komuniti, iaitu Maxis i-kelas

Manakala kolaborasi dengan pihak ASCO Edutech adalah melalui perkongsian produk-produk syarikat tersebut yang sangat sesuai dengan keperluan STEM. Produk seperti Kit STEM dan Kit Elektronik ternyata banyak membantu guru dan pelajar, kerana fungsi serbagunanya.





KIT STEM 9 DALAM 1 Yeahhaaa.. dah sampai barangan STEM yang saya nak cuba dari ASCO Edutech. 😃😃😃 1 kit sahaja, tapi ada 9 eksperimen ringkas yang boleh dilakukan dengan kit STEM ringkas nih. Tajuk yang sesuai untuk nak guna kit nih pula adalah merentasi dari Sains sekolah rendah hinggalah ke Sains sekolah menengah. Untong!  Yang saya sukanya sebab kit STEM nih memang betul-betul menggabungkan sebanyak mungkin elemen Sains, Teknologi, Engineering dan Mathematics dalam satu kit.  Maksudnya, bukan setakat buat aktiviti Sains semata-mata, pastu claim STEM. Sebab pada saya, aktiviti STEM dengan disiplin yang pelbagai, adalah jauh lebih menawan! 😙😙😙 Barang baru sampai, masih panas lagi.Harga pun sangat berbaloi inshaAllah. RM19.90 untuk satu kit. Murah kan? Boleh try ambik satu dulu sebelum borong lagi 10! 😆 Yang berminat nak beli Kit STEM ni, bolehlah whatsapp ke 0142251389. Deal lah sendiri, kot2 boleh dapat harga kasih sayang. 😍 Untuk yang taktau nak mereka-reka aktiviti dengan Kit STEM nih jangan bimbang. Sebabnya setiap pembelian akan disertakan dengan manual dan modul penggunaan. Senang kan? Jom kita cuba try test! #kitSTEM #STEM #sains
A photo posted by Cikgu Hailmi (@cikguhailmi) on


Tak lupa juga adalah Kembara Ilmu STEM bersama pihak ASCO Edutech dan juga kumpulan guru Sains Malaysia ke Indonesia. Trip untuk kursus penambahan ilmu STEM di Bandung tersebut ternyata berjaya membuka mata kami yang menyertai kembara ilmu tersebut. 




Duta Sains MOSTI

Untuk tahun ini juga banyak pula program daripada MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) yang tiba di sekolah saya. Pertama sekali, guru-guru dari sekolah saya telah terpilih (melalui Parlimen) untuk mengikuti Bengkel IBSE (Inquiry Based Science Education) di Langkawi selama seminggu dengan Akademi Sains Malaysia.



Bengkel IBSE (Inquiry Based Science Education) di Langkawi
Bengkel IBSE (Inquiry Based Science Education) anjuran Akademi Sains Malaysia di Langkawi

Selesai bengkel tersebut, penganjuran Karnival Sains MOSTI peringkat kebangsaan yang juga diadakan di sekolah saya. Saya sebagai Setiausaha program, dan bertugas untuk menyiapkan urusan surat menyurat serta berurusan dengan hampir 20 agensi / IPTA / IPTS yang berminat untuk menyertai karnival besar-besaran tersebut. 



Pelantikan sebagai Duta Sains Jerlun disampaikan oleh Datuk Seri Panglima Madius Tangau
Pelantikan sebagai Duta Sains Jerlun disampaikan oleh Datuk Seri Panglima Madius Tangau

Serabut kepala otak. Tapi alhamdulillah, berkat pertolongan dari rakan-rakan, dan dipermudahkan oleh Allah SWT, maka segala urusan menjadi mudah. Karnival berjaya dilaksanakan dengan lancar, tanpa sebarang masalah.

Dalam program yang sama, saya bersama sekumpulan guru lain juga dari Parlimen Jerlun telah dianugerahkan gelaran Duta Sains Jerlun, yang berperanan memberi sumbangan kepada komuniti melalui ilmu yang kami ada. Bestnya sebab anugerah tersebut disampaikan sendiri oleh Menteri MOSTI, iaitu Datuk Seri Panglima Madius Tanggau.






Saya lagi gembira sebab Datuk Seri Panglima Madius Tanggau juga melalui akaun instagram nya, telah merujuk saya sebagai salah seorang "passionate science teacher" dalam satu status beliau yang berkaitan dengan pendekatan kaedah IBSE dalam pengajaran Sains. Bangganya~ Terima kasih Datuk Seri!




Perkongsian Murid

Perkongsian saya kepada murid pada tahun ini sebenarnya agak menurun berbanding tahun sebelumnya. Jika pada tahun 2015, hampir 30 buah sekolah menerima kunjungan saya bagi perkongsian Sains PT3, tetapi pada tahun ini hanya melibatkan 10 buah sekolah sahaja.





Undangan ada. Malah sehingga menjangkau ke Perak dan Melaka. Cuma dengan masa yang ada, keutamaan saya adalah lebih kepada perkongsian dengan rakan guru. Pegangan saya, jika kita ada guru yang baik, berkualiti, bersemangat, inshaAllah murid pun akan menjadi.





Perkongsian Guru
Hah, ini cerita terbanyak untuk tahun ini. Setelah 10 tahun berada dalam bidang pendidikan, tahun ini saya diberi banyak peluang untuk berkongsi amalan terbaik dalam bilik darjah. Sebenarnya hampir semua sudah saya kongsikan di blog dan juga youtube. Tapi ramai pula yang request nak dengar sendiri dari mulut saya.



Perkongsian pertama tahun 2016 di KLEdtech 2016
Perkongsian pertama tahun 2016 di KLEdtech 2016

Saya ambil itu sebagai pengalaman dan juga ruang untuk saya kongsikan sedikit ilmu yang saya ada. Dikumpulkan semuanya untuk tahun ini sahaja lebih 30 tempat saya bergerak untuk buat perkongsian. Hampir setiap minggu.

Rasanya saya lebih 5000 warga pendidik telah mendapat pendedahan daripada saya mengenai Pdp Sains Kreatif dan juga Pembelajaran Abad 21. Versi Hailmi. Hahahahahaha.. 



Kenangan bersama rakan guru Sains di MRSM Gemencheh
Kenangan bersama rakan guru Sains di MRSM Gemencheh

Sebahagian daripada nya adalah bersama guru semasa KLEdtech 2016 anjuran Google Educators Group, guru sains MRSM zon Selatan di MRSM Gemencheh, guru-guru Sekolah Dalam Hospital dan Sekolah Integriti seluruh Malaysia, guru cemerlang PPD Kubang Pasu dan PPD Pendang, guru Fizik daerah Kota Setar, guru Kimia seluruh negeri Kedah dan Seminar PLC Kedah


Tak lupa juga undangan daripada sekolah-sekolah bagi Latihan Dalam Perkhidmatan. Antaranya adalah SMK Changlun, SMK Kuala Pegang, SMK Kg Dato Kamarudin dan beberapa buah sekolah lain lagi.



Lawatan bench-marking daripada guru SMK Kajang Utama, Selangor
Lawatan bench-marking daripada guru SMK Kajang Utama, Selangor

Selain itu, beberapa pihak mengambil langkah lebih proaktif dengan mengadakan lawatan penandaarasan dan juga sesi peer coaching, live dari SMK Jerlun. Jutaan terima kasih kepada SMK Kajang Utama (Selangor), pasukan SiSC+ PPD Kubang Pasu dan juga SMK Kuala Pegang (Kedah) atas sesi perkongsian yang sangat bermakna!


Dan paling saya seronok adalah apabila pihak JPN Terengganu, yang memang terkenal dengan prestasi pendidikan antara terbaik di Malaysia juga menjemput saya untuk berkongsi pengalaman dengan para pendidik di sini. Pengiktirafan yang besar, saya kira.




Undangan perkongsian daripada PPD Kemaman, Terengganu
Undangan perkongsian daripada PPD Kemaman, Terengganu

Kali pertamanya adalah bersama barisan pentadbir, yang melibatkan guru besar, pengetua dan penolong kanan dari semua sekolah rendah dan menengah dalam daerah Kemaman. Manakala kali kedua adalah bersama para peserta dan guru penyelaras i Kelas bagi Seminar i-Kelas PLC Negeri Terengganu. Terima kasih!



Annyeonghaseyo~

Walaupun dah hampir setahun saya meninggalkan Korea, tapi alhamdulillah semuanya masih lekat melekat untuk sepanjang tahun ini. Bak kata omputih, abam dan Korea berpisah tiada! Ahaks



Memori indah di Daegu, Korea tahun lepas
Memori indah di Daegu, Korea tahun lepas

Sudah tentulah ramai yang nak tahu tentang pengalaman 80 Hari berada di Korea. Maka perkongsian melalui ceramah adalah sangat penting. Bermula dengan perkongsian di KLEdtech 2016 bersama rakan sepasukan Zubaidah dan Pauline, kemudiannya dengan beberapa lagi siri jelajah ceramah di peringkat daerah dan negeri masing-masing. 

Pada bulan Februari pula, kumpulan guru daripada Daegu Girls Commercial High School, diketuai oleh Pengetua Mr Bae Kijong dan juga guru mentor saya, Mr Kim Dongcheol telah mengadakan rombongan lawatan Korea ke Malaysia. Dan dah tentulah mereka juga melawat sekolah saya, iaitu SMK Jerlun di Kedah. 




rombongan lawatan Korea ke sekolah Malaysia
Program Silang Budaya Korea - Malaysia

Best sangat kerana, pertalian dan hubungan ini masih berterusan walaupun faktor jarak yang sangat jauh. Semoga ianya akan terus menjadi penyambung hubungan antara dua negara Asia ini. 

Pertengahan tahun pula, terlibat dengan Program Orientasi Local Adjustment bagi guru Korea yang ditempatkan di Malaysia. 6 orang semuanya, dan diserahkan kepada 3 buah sekolah terpilih di sekitar Kuala Lumpur. Pengalaman di Korea memudahkan tugas kami sebagai fasilitator untuk menyelesakan mereka sebelum bergerak ke tempat masing-masing.






Manakala pada Disember pula, tanpa saya duga, sekali lagi terpilih untuk mewakili Malaysia ke Korea bagi pembentangan best practises di SSAEM 2016. Turut menyertai rombongan adalah Timbalan Menteri Pendidikan I, iaitu Datuk P Kamalanathan. 




Delegasi Malaysia ke Korea bagi Konferens SSAEM 2016
Delegasi Malaysia ke Korea bagi Konferens SSAEM 2016

Dalam konferens antarabangsa tersebut, saya diberikan slot plenary bersama wakil kementerian dan guru-guru daripada negara Asia Pasifik yang turut menyertai program pertukaran guru anjuran APCEIU-UNESCO tersebut. Pengalaman yang sangat terbaik. Terima kasih yang tak terhingga kepada yang sentiasa memberi sokongan.



Pembentangan bersama wakil kementerian dan guru negara Asia Pasifik
Pembentangan bersama wakil kementerian dan guru dari negara Asia Pasifik

Penghujung tahun yang sangat indah!




STEM
Saya dapati amat sukar mendapatkan kursus yang berkaitan dengan STEM di Malaysia. Ada, tapi tak banyak. Sebagai usaha untuk tambah ilmu, maka saya luangkan masa untuk ikuti kursus online berkaitan STEM secara percuma di www.futurelearn.com




Ini jer yang mampu. Nak study obersi, English abam tak tere. Result SPM pun gitu² jer. Degree lagi lah. Bukan 3.93 ok. 😛 Mujur jumpa futurelearn.com, portal pembelajaran online nih.  Merasa juga ambik kos² pendek dengan omputih nih. Ya, omputih habaq ang. Makan minggu jugak, bergantung kepada kursus. Gigih kan abam? 😘 Yang ini, alhamdulillah masuk yang kedua dah untuk tahun nih. Kursus oleh National STEM Learning Centre, yang berpusat di London. Gitu. Dua² pasal STEM, sebab abam rasa masih tak banyak kursus seumpamanya di Malaysia. Kos belajar FREE habaq ang. Cuma untuk sijil jer, kena kuar duit sket. Pelaburan kann? Bestnya belajar online nih, awakk boleh ikut jadual suka hati awakk. Time rajin, pulon ler buat banyak².. time malas awak tengok jer sebelah mata. Lagi satu sebab boleh belajar guna smartphone anda, di mana². Best kan? So bagi yang berminat, cepat² ler pergi mendaftar. Pilih kursus yang berkenan. Daftar awal, nanti dekat² tarikh kursus nak start, diorang akan pm awakk lagi sekali yer.. hehe.. Selamat maju jaya! 😍 #futurelearn #onlinecourse #education #STEM
A photo posted by Cikgu Hailmi (@cikguhailmi) on



Alhamdulillah, untuk tahun ini sahaja ada 2 kursus online yang saya berjaya tamatkan. Selain menambah ilmu, pembelajaran online sebegini juga memberi suatu pengalaman baru kepada saya. Saya laburkan sedikit wang untuk pembelian sijil sebagai bukti bahawa saya benar-benar ikuti kursus online tersebut. InshaAllah di masa akan datang, saya akan pastikan sekurang-kurangnya ada satu kursus online yang saya ambil untuk setiap tahun.


Selain daripada itu, saya juga terlibat dalam penyediaan Video STEM KPM di bawah pengurusan Bahagian SBP. Beberapa siri bengkel di seluruh Malaysia, akhirnya 18 kumpulan ini tampil dengan video STEM masing-masing yang sudah boleh diakses di youtube.



Video STEM KPM di bawah pengurusan Bahagian SBP
Orang kuat team Video STEM Group 18

Kenangan bekerjasama dalam Group 18 dan juga kenangan penggambaran bersama pelajar-pelajar saya diharapkan menjadi pemangkin untuk penghasilan video STEM yang lebih baik di masa akan datang. 

Jemput tonton video STEM kumpulan kami seperti di bawah.

Video STEM 'To Float or Not to Float'


Tak lupa juga peluang untuk berkursus di Bandung, Indonesia melalui QITEP Science. Sangat bertuah sebab dapat menimba ilmu bersama rakan guru dari negara ASEAN bersama fasilitator daripada Australia. 



berkursus STEM di Bandung, Indonesia melalui QITEP Science
Rakan guru ASEAN yang menyertai kursus yang sama

Peluang ini juga digunakan bukan sekadar untuk menambah ilmu mengenai STEM, tetapi juga menambah kenalan dan rakan pendidik daripada negara luar. Berbicara mengenai sistem pendidikan daripada negara yang berbeza, ternyata mampu membuka minda anda. Cuba lah!



Penerokaan
Saya sentiasa percaya, dalam hidup kita, apa pun yang kita lakukan haruslah ada peningkatan. Bukan sahaja dari segi pencapaian, tetapi juga nilai tambah yang perlu ada pada diri kita. 

Sebagai perkongsian, saya dulu merupakan seorang yang cukup gementar bila bercakap di atas pentas. Serius! 8 tahun di SMK Luar Bandar No 1 Sibu Sarawak dulu, hanya sekali saya berucap di perhimpunan depan pelajar. Itupun masa ucapan perpisahan, hari terakhir di sana! ;)



Anak-anak SMK Luar Bandar No.1 Sibu Sarawak yang dirindui.. ;(
Anak-anak SMK Luar Bandar No.1 Sibu Sarawak yang dirindui.. ;(

Tetapi alhamdulillah, melalui peluang dan keberanian untuk tampil berkongsi, lama kelamaan saya dapati rasa takut tersebut hilang dan boleh dikawal perlahan-lahan. Saya semakin yakin, dan selesa untuk bercakap di khalayak ramai. Satu ketakutan yang berjaya diatasi.

Tak lupa juga dalam misi mencari pengalaman dan networking baharu, saya mencuba dalam pertandingan inovasi yang pertama di IIUM, iaitu TNOVATE 2016. Walaupun ada kontroversi, tetapi banyak perkara saya belajar daripada pengalaman kali pertama saya ini. INshaAllah ada rezeki, saya akan cuba untuk buat dengan lebih baik.



Bersama guru-guru taiko yang menyertai pertandingan inovasi di UIAM
Bersama guru-guru taiko yang menyertai pertandingan inovasi di UIAM

Ternyata percubaan mencari pengalaman seperti ini juga mampu memberi nilai tambah kepada diri saya dalam menambah tahap profesionalisma saya sebagai seorang guru.



Anugerah
Untuk tahun ini juga, segala usaha dan kerja telah mendapat pengiktirafan daripada pihak PPD apabila saya dipilih untuk menjadi penerima Anugerah Khas Kecemerlangan semasa sambutan Hari Guru peringkat PPD Kubang Pasu. Ingat lagi masa dimaklumkan tu, saya sedang asyik menangkap gambar di majlis yang sama. Tiba-tiba dimaklumkan dan terus mengambil tempat. Lawak.



ANUGERAH DARI TUHAN Untuk tahun ini saya melaksanakan tugas sebagai jurufoto bagi Sambutan Hari Guru peringkat Kubang Pasu. Semalam raptai, dan hari nih majlis betul. Boleh bayang tak, tengah dok ralit tangkap gambar masa raptai tiba-tiba dimaklumkan saya jugak salah seorang penerima hadiah. Huiyoo. Biar betik?? Yer.. lepas dah tengok senarai dari emcee, yer memang ada nama saya. Huhuhu.. Maka hari ini naiklah saya ke pentas untuk terima ANUGERAH KHAS KECEMERLANGAN. Jangan bimbang, ada 9 orang lain lagi penerima juga bagi kategori yang sama. Teringatlah kenangan bergurau dengan seorang rakan guru pada sambutan tahun lepas. "Tahun depan saya pulak yang naik pentas tau.." Ammekkaw.. masin betul mulut! Apa pun jutaan TERIMA KASIH saya ucapkan buat PPD Kubang Pasu yang mengiktiraf usaha saya di daerah ini. InshaAllah ini akan jadi motivasi untuk saya dan juga rakan lain bekerja lebih keras.  8 tahun di daerah sebelumnya, naik pentas pun tak pernah merasa walau berkali bawak budak menjuarai peringkat kebangsaan.  Tiada anugerah dari manusia. Tapi banyak anugerah dari Tuhan.  Kawan2 baik yang sangat best. Rakan2 kerja yang sangat supportive. Anak2 murid yang comel2. Kenangan dan pengalaman yang sangat2 terbaik!! Giler rindu dengan diorang.. So kesimpulannya, never give up.. keep going on guys!!! The rest will come.. 💪💪💪
A photo posted by Cikgu Hailmi (@cikguhailmi) on


Manakala kunjungan misteri dua pegawai JPN juga akhirnya bongkar dengan kedatangan surat memaklumkan bahawa saya terpilih sebagai penerima Anugerah Amalan Terbaik Pdp Abad 21 bagi bulan Februari daripada JPN Kedah. 



Anugerah Amalan Terbaik Pdp Abad 21 Untuk Bulan Februari daripada JPN Kedah
Anugerah Amalan Terbaik Pdp Abad 21 Untuk Bulan Februari

Pendek kata, buatlah kerja kita dengan sebaik mungkin dan seamanah mungkin. Bab balasan, anugerah, pulangan itu semuanya biarkan pada urusan Yang Maha Menguasai. Percayalah, rezeki Allah itu tak pernah salah alamat!



Video Kreatif
Tahun ini juga menyaksikan banyak penghasilan video-video pdp Sains yang saya namakan "Idea P&P Kreatif". Dan atas kehendak dan keperluan terhadap Pembelajaran Abad 21, maka saya ambil inisiatif untuk sediakan siri video "Strategi Abad 21" bagi membantu lebih ramai guru untuk mengamalkan pengajaran dan pembelajaran koperatif dan kolaboratif. 



Antara video Idea P&P Kreatif yang dihasilkan untuk tahun ini


Pengalaman bekerjasama dengan pelajar untuk penggambaran Video STEM juga membuka mata saya kepada peluang untuk memaksimumkan potensi kumpulan pelajar saya dalam bidang penghasilan video. InshaAllah pasukan video ini akan diorganisasikan dengan lebih mantap untuk tahun hadapan. 



potensi kumpulan pelajar saya dalam bidang penghasilan video
Pasukan video yang bakal menggegar donia.. hahahhaa

Jemput juga SUBSCRIBE channel Youtube saya, untuk mendapat makluman kepada video-video yang baru dimuatnaik.



Halatuju Pendidikan

Walaupun mendapat beberapa tawaran menarik daripada pelbagai peringkat dan jenis sekolah, saya tetap merasakan laluan Guru Cemerlang merupakan laluan terbaik untuk saya. Buat masa sekarang lah. Dan juga SMK Jerlun tetap sekolah terbaik untuk saya mencungkil lebih banyak potensi diri saya sendiri dan juga terutamanya pelajar saya.



Halatuju dalam bidang pendidikan
Perjalanan masih panjang, namun adakah pilihan kita tepat?

Jika pada tahun lepas saya bimbang dengan halatuju Guru Cemerlang, tahun ini alhamdulillah saya sudah boleh menarik nafas lega. Jangkaan bahawa jawatan tersebut mungkin dimansuhkan adalah tidak tepat, kerana iklan permohonan guru cemerlang ada keluar pada tahun ini. 

Mencuba peluang dalam gred Guru Cemerlang yang seterusnya, saya sudah didatangi oleh nazir bagi urusan penilaian. Doakan yang terbaik untuk saya yer. Jika ada rezeki, nanti saya kongsikan apa soalan killer yang ditanya oleh nazir untuk saya. Oh ya, lengkap sekali dengan jawapan. ;)



halatuju Guru Cemerlang
Doakan kejayaan saya yer! :D

Walaupun selesa dengan laluan Guru Cemerlang buat sementara waktu ini, dalam masa yang sama juga saya perlu cakna dengan potensi-potensi lain yang mungkin ada. Malah juga perlu bersedia dengan sebarang perubahan dan transformasi yang berlaku pada apa-apa juga dalam sistem pendidikan kita.

Percayalah, selain daripada perubahan kepada sistem yang perlu dilakukan dek kerana kepesatan kemajuan dunia, kita juga perlukan perubahan sikap dan perubahan minda bagi menyokong dan memastikan perubahan sistem itu berjaya. Jom kita bergerak sederap! 



Bagi mengakhiri artikel saya ini, saya ucapkan jutaan terima kasih buat follower dan juga pembaca blog www.cikguhailmi.com kerana terus memberi sokongan untuk saya terus menulis dan berkongsi.



Refleksi Cikgu Hailmi Untuk Tahun 2016
Serius cakap, tanpa anda, siapa lah saya pada hari ini.. uwaaaa

Sama-sama kita doakan yang terbaik kepada semua warga pendidik Malaysia, supaya tetap teguh dan kental menghadapi selok belok dunia pendidikan. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Amin! 




Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Best Teacher forever...moga dipermudahkan urusan dan sentiasa dalam keredhaan Allah....

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum wbt Cikgu..Alhamdulillah.. Tahniah dengan hasil2 kerja cikgu yang banyak memberi manfaat khasnya kepada golongan pendidik..semoga cemerlang berterusan ..saya mohon izin menggunakan ilmu yang cikgu kongsi dan semoga pahalanya terus mengalir kepada cikgu..Aamiin Allahuma Aamiin..

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah. Teruskan lagi....Tahniah

    BalasPadam
  4. Tahniah Cikgu Hailmi....saya doakan moga cikgu sentiasa sukses dalam kerjaya ini

    BalasPadam
  5. Tahniah dan terima kasih berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman cikgu, sangat membantu memberi motivasi kepada warga pendidik.....

    BalasPadam
  6. tahniah...berdasarkan perkongsian refleksi shj mcm2 tlh dilalui. bukan program biasa2..bukan calang2 guru yg layak dipilih sbg wakil. sesungguhnya tiada apa yg perlu dipertikaikan. sepatutnya cikgu hailmi dijadikan contoh dan seboleh2nya semua guru zaman ini perlu berusaha utk perbaiki diri. laluan dh ditunjukkan...kpd yg sudah layak melebarkan sayap...selamat terbang tinggi..moga dipermudahkan dan berjaya menjadi inspirasi!

    BalasPadam
  7. . Bestnya sebab anugerah tersebut disampaikan sendiri oleh Menteri MOSTI, iaitu Datuk Seri Panglima Madius Tanggau. basement waterproofing near me

    BalasPadam
  8. A fear that was successfully overcome. Not forgetting also in the mission to find new experiences and networking.

    BalasPadam
  9. I love this information right here! Thank you for sharing such an amazing website!

    BalasPadam
  10. Thank you for sharing this post! Resin pavement is extremely long-lasting and resistant to cracking, fading, and staining. Check this out! paving Edinburgh

    BalasPadam
  11. Thank you for sharing this blog idea. Keep it up! pain clothing

    BalasPadam