About Me

Pengalaman Kursus Online STEM di FutureLearn

Tahun lepas saya sempat mengikuti kursus secara online berkaitan STEM di futurelearn.com. Bila trending saja pasal STEM, saya cuba dapatkan sebanyak mungkin info yang berkaitan. Tapi sayang, di Malaysia pendedahan dan maklumat berkaitan STEM masih sangat kurang dan terhad. Maka saya ambil inisiatif sendiri untuk tambah ilmu STEM melalui pembelajaran secara online. Kursus atas talian lah senang ceritanya.



Kenapa Futurelearn.com?
Sebenarnya ada banyak lagi portal yang menawarkan pembelajaran secara atas talian nih. Tapi saya pilih portal ini sebab kursus yang ditawarkan sesuai dengan keperluan saya dan juga ditawarkan oleh universiti-universiti daripada luar negara, sesuai dengan portal ini yang berpusat di UK, kalau tak salah saya.



Pengalaman Kursus Online STEM di FutureLearn
Kenapa saya pilih futurelearn?

Selain daripada itu, sistem pembelajarannya juga agak sistematik dan sentiasa ada peringatan melalui emel kepada yang mendaftar. Boleh terus jawab menggunakan smartphone, pada bila-bila masa dan di mana saja. Maka lebih mudah lah untuk saya yang busy ini, diingatkan dari masa ke semasa.

Tak lupa juga, anda mengawal sepenuhnya proses pembelajaran anda. Maknanya kalau dah siap awal tugasan untuk minggu tersebut, anda boleh terus proceed ke minggu berikutnya. Tak payah nak tunggu-tunggu tugasan. Maklum lah jadi cikgu nih, kadang-kadang ada minggu yang kita akan busy sket. Jadi kita dah boleh buat siap-siap pada minggu sebelumnya.

Kursus juga ditawarkan secara percuma. Boleh daftar, SIGN UP akaun (juga boleh guna akaun Facebook) dan kemudian terus boleh pilih kursus online yang berkenan di hati. Ada banyak pilihan. Pilih lah mana yang anda nak belajar.



Pengalaman Kursus Online STEM di FutureLearn
Pilihan kursus yang pelbagai di futurelearn

Satu lagi yang saya suka sebab portal ini menawarkan sijil pencapaian atau sijil penglibatan yang boleh dibeli dengan sedikit bayaran. Pada saya ini satu elemen penting kenapa saya pilih futurelearn sebagai portal pembelajaran online. Sekurang-kurangnya ada juga bukti melalui sijil akan penglibatan dan pencapaian saya melalui kursus online sebegini.


Kursus STEM di Futurelearn
Kursus STEM online yang pertama saya ikuti adalah Assessment For Learning in STEM Teaching oleh National STEM Learning Centre. 

The National STEM Learning Centre is operated by STEM Learning Ltd. STEM Learning (formerly Myscience) is an initiative of the White Rose University Consortium (comprising the Universities of Leeds, Sheffield and York) and Sheffield Hallam University. STEM Learning manages the National Science Learning Network, the National STEM Centre and other programmes supporting STEM education.

Kursus bermula pada penghujung Februari dan mengambil masa selama 6 minggu. Setiap minggu ada info yang perlu saya baca, video yang perlu saya tonton, dan juga tugasan yang perlu saya lakukan. Ada bahan yang boleh didownload, termasuk juga video penerangan oleh para pensyarah dan juga nota bagi tajuk yang menarik. 



Pengalaman Kursus Online STEM di FutureLearn
Video juga sebahagian daripada pembelajaran secara online

Bagi tajuk ini, setiap minggu dibahagikan dengan baik. Bermula minggu pertama dengan pengenalan kepada kursus, diikuti dengan tajuk lain yang sesuai, sehinggalah ke peringkat akhir iaitu pengamalan dalam proses pdp. 

Antara yang menarik perhatian saya adalah teknik penyoalan yang dikemukakan, hinge point questions, intentional dialogue, kaedah mengdiagnosis soalan bagi membolehkan guru mengenalpasti kefahaman pelajar dan classroom talk. 

Ini semua membantu saya dalam menjana pemikiran yang lebih kreatif dan kritis untuk pelajar. Seterusnya memanipulasikan situasi ini kepada proses pembelajaran STEM yang lebih bermakna buat mereka.


BACAAN EKSTRA : Apa Itu STEM?
Bagi kursus STEM kedua pula, tajuk yang saya pilih adalah Differentiating For Learning in STEM Teaching. Juga oleh National STEM Centre. Untuk kali ini kursus memakan masa 5 minggu, bermula pada akhir bulan Jun dan tamat pada pertengahan Julai. 




Ini jer yang mampu. Nak study obersi, English abam tak tere. Result SPM pun gitu² jer. Degree lagi lah. Bukan 3.93 ok. 😛 Mujur jumpa futurelearn.com, portal pembelajaran online nih.  Merasa juga ambik kos² pendek dengan omputih nih. Ya, omputih habaq ang. Makan minggu jugak, bergantung kepada kursus. Gigih kan abam? 😘 Yang ini, alhamdulillah masuk yang kedua dah untuk tahun nih. Kursus oleh National STEM Learning Centre, yang berpusat di London. Gitu. Dua² pasal STEM, sebab abam rasa masih tak banyak kursus seumpamanya di Malaysia. Kos belajar FREE habaq ang. Cuma untuk sijil jer, kena kuar duit sket. Pelaburan kann? Bestnya belajar online nih, awakk boleh ikut jadual suka hati awakk. Time rajin, pulon ler buat banyak².. time malas awak tengok jer sebelah mata. Lagi satu sebab boleh belajar guna smartphone anda, di mana². Best kan? So bagi yang berminat, cepat² ler pergi mendaftar. Pilih kursus yang berkenan. Daftar awal, nanti dekat² tarikh kursus nak start, diorang akan pm awakk lagi sekali yer.. hehe.. Selamat maju jaya! 😍 #futurelearn #onlinecourse #education #STEM
A photo posted by Cikgu Hailmi (@cikguhailmi) on


Kursus bermula dengan kenapa perlunya guru membuat pembezaan pembelajaran kepada murid. Minggu kedua pula diajarkan kaedah mendiagnosis kefahaman murid, dan minggu ketiga mengenai pembezaan pada pembelajaran melalui tugasan STEM. Minggu terakhir pula guru diberikan panduan untuk membuat refleksi terhadap pembelajaran yang dirancangkan untuk murid. 


Secara keseluruhannya, saya rasakan pengalaman mengikuti kursus online STEM ini adalah satu pengalaman baharu yang unik. Sekalipun pernah mengikuti kursus secara online sebelum ini melalui I-Think, hampir sama, tetapi sedikit berbeza rasanya. 

Yang penting adalah ilmu yang diperolehi itu. Saya percaya pengalaman ini boleh menambahkan lagi profesionalisma saya dalam bidang keguruan, terutamanya ilmu STEM. Seperti yang saya katakan di atas, ilmu STEM masih terhad di Malaysia. Maka tak salah jika ini dijadikan suatu jambatan ilmu untuk kita terus berkembang sebagai pendidik yang baik.

Teruskan misi untuk cari dan tambah ilmu! Jom



Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. terbaik cikgu hailmi. saya pon dah daftar. nak cari ilmu tentang STEM

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas perkongsian ini cikgu.

    BalasPadam
  3. online course ni bagus. free dan tak perlu travel. boleh ambil dari local dan international universities.

    BalasPadam