About Me

Karnival Usahawan Cilik - Inovasi Makanan dan Minuman Guna Konsep Ketumpatan

Untuk Sains KSSM, pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan. Sebagai projek kepada inovasi makanan dan minuman dengan menggunakan konsep ketumpatan, saya menganjurkan kepada pelajar satu karnival jualan. Tak sangka pula, ramai pelajar Tingkatan 1 yang berminat dengan idea tersebut dan akhirnya kami menamakannya Karnival Usahawan Cilik.



Karnival Usahawan Cilik - Inovasi Makanan dan Minuman Guna Konsep Ketumpatan
Karnival Usahawan Cilik - Inovasi Makanan dan Minuman Guna Konsep Ketumpatan

Ikuti kronologi dari bermula perancangan sehinggalah ke hari berakhirnya karnival.



Hari Ahad 
Untuk kelas pada hari Ahad ini, saya mengemukakan idea mengenai karnival jualan dan dipersetujui oleh pelajar. Kemudian kami sama-sama membuat lantikan AJK yang akan bertanggungjawab menguruskan karnival.

Terdapat 4 kumpulan yang akan menjual makanan dan minuman daripada kelas 1 Arif, 5 kumpulan daripada kelas 1 Bestari. Manakala pelajar kelas 1 Cemerlang bertindak sebagai AJK menguruskan hal-hal seperti kerja teknikal, siaraya, promosi, kebersihan dan lain-lain. Pendek kata, semua pelajar Tingkatan 1 terlibat!


Karnival Usahawan Cilik - Inovasi Makanan dan Minuman Guna Konsep Ketumpatan


Setiap kumpulan jualan haruslah mempunyai pengurusan organisasi yang baik. Untuk itu, mereka perlu melantik seorang Ketua, Bendahari, Unit Promosi dan juga Tugas Khas. Setiap seorang dinyatakan dengan jelas, tugas dan peranan mereka.

Contoh kertas kerja diberikan kepada Setiausaha untuk disemak dan dimurnikan mengikut keperluan mereka untuk Karnival ini. Selesai menyemak, setiausaha akan serahkan kertas kerja kepada Pengarah Projek yang mana akhir sekali akan diserahkan kepada Pengetua.


Hari Isnin
Pengarah Projek iaitu Syamil dari kelas 1 Arif, dan Hasnan dari kelas 1 Bestari bersama-sama saya, menyerahkan kertas kerja yang sudah siap dan lengkap kepada Pengetua. Memandangkan mereka adalah pelajar Tingkatan 1, maka sebelum mereka masuk, mereka telah dilatih untuk cuba berkomunikasi yang baik dengan Pengetua.

Seperti dijangka, beberapa soalan yang bakal ditanya Pengetua, memang dikemukakan oleh Pengetua. Maka tidak menjadi masalah sangat kepada mereka untuk menjawab dan memberikan jawapan kepada pengetua. 



Karnival Usahawan Cilik - Inovasi Makanan dan Minuman Guna Konsep Ketumpatan
Pengarah Projek berjumpa dengan Pengetua untuk membincangkan mengenai karnival

Antara yang diceritakan mereka adalah nama program, tujuannya, jenis makanan yang bakal dijual, pelajar yang terlibat, serta peruntukan yang mereka perlukan. Saya hanya berada di dalam bilik yang sama, memerhatikan mereka berkomunikasi dengan Pengetua, sambil merakamkan video.

Alhamdulillah, pihak sekolah telah berbesar hati membiayai sebahagian modal yang diperlukan oleh pelajar untuk membuat gerai jualan.


Hari Selasa
Sehari sebelum berlangsungnya Karnival Usahawan Cilik, para pelajar mula menjalankan persediaan. Mereka mula mendapatkan barang-barang yang diperlukan untuk jualan pada hari esok.

AJK Promosi juga giat bergerak mempromosikan karnival dari kelas ke kelas, dan juga melalui poster. 


Karnival Usahawan Cilik - Inovasi Makanan dan Minuman Guna Konsep Ketumpatan
AJK Promosi giat mempromosikan karnival melalui poster

Perkembangan setiap kumpulan perlu dilaporkan oleh Ketua Kumpulan kepada Pengarah Projek kelas masing-masing. Pengarah Projek akan melaporkan pula kepada saya apa perkembangan setiap kumpulan. Nice kan?



Hari Rabu
Tibalah hari yang dinantikan. Masa ke-4 sebelum rehat adalah masa bagi matapelajaran PJPK. Kebetulan pula guru PJPK tiada di sekolah, maka saya gunakan waktu tersebut bersama pelajar untuk persiapan tempat. 


Karnival Usahawan Cilik - Inovasi Makanan dan Minuman Guna Konsep Ketumpatan


Karnival Usahawan Cilik - Inovasi Makanan dan Minuman Guna Konsep Ketumpatan


Bagi menambahkan kemeriahan karnival yang bakal berlangsung sebentar lagi, maka diadakan satu lagi sudut pameran. Bahan yang dipamerkan adalah hasil kerja pembentangan pelajar Sains Tingkatan 5, bagi tajuk Pencemaran dan Alam Sekitar. 



Karnival Usahawan Cilik - Inovasi Makanan dan Minuman Guna Konsep Ketumpatan
Pelajar Tingkatan 5 terlibat dengan pameran hasil kerja bagi tajuk Pencemaran dan Alam Sekitar

Pelajar pula mula menyiapkan gerai jualan mereka. Di samping menyiapkan barang jualan, mereka juga menghias meja mereka dengan menggunakan alas meja. Ada yang lebih kreatif dengan menghasilkan poster dan juga tanda harga bagi barang jualan mereka. Memang terbaik!



Karnival Usahawan Cilik - Inovasi Makanan dan Minuman Guna Konsep Ketumpatan
Float antara minuman yang dijual

Karnival Usahawan Cilik - Inovasi Makanan dan Minuman Guna Konsep Ketumpatan


Karnival Usahawan Cilik - Inovasi Makanan dan Minuman Guna Konsep Ketumpatan
Agar-agar dua lapis

Waktu rehat bermula, kawasan tersebut mula dipenuhi dengan pengunjung. Sambutan memang sangat di luar jangkaan. Gerai yang menjual float merupakan gerai yang paling laris. Beberapa orang guru juga datang membeli barang jualan pelajar di situ sebagai tanda menyokong program tersebut. Terima kasih!



Karnival Usahawan Cilik - Inovasi Makanan dan Minuman Guna Konsep Ketumpatan


Karnival Usahawan Cilik - Inovasi Makanan dan Minuman Guna Konsep Ketumpatan


Karnival Usahawan Cilik - Inovasi Makanan dan Minuman Guna Konsep Ketumpatan


Karnival Usahawan Cilik - Inovasi Makanan dan Minuman Guna Konsep Ketumpatan


Karnival Usahawan Cilik - Inovasi Makanan dan Minuman Guna Konsep Ketumpatan


Asal nya hanya satu program kecil, tetapi tiba-tiba menjadi meriah lebih daripada yang saya sangkakan. Boleh tonton video di bawah bagi melihat sendiri kemeriahan berlangsungnya karnival ini.





Ini merupakan satu pengalaman yang sangat mengujakan untuk saya. Melihat anak-anak Tingkatan 1 menguruskan karnival ini dari mula, sehingga berjalannya program ini merupakan satu kenangan manis.

Saya yakin banyak perkara yang telah dipelajari oleh para pelajar ini sepanjang mereka menguruskan program, sama ada sebagai ajk utama atau pun ajk jualan. Proses pembelajaran Sains jadi lebih menarik dengan beberapa elemen merentasi kurikulum seperti keusahawanan. 



Penuh sesak dengan pengunjung

Bagi memudahkan murid supaya fokus pada karnival dan inovasi makanan mereka, saya sediakan buku PBL "Karnival Usahawan" dari siri Project Based Learning. Buku ini membantu murid tingkatan 1 saya untuk mendokumentasikan karnival mereka dengan lebih baik.


Karnival Usahawan Cilik - Inovasi Makanan dan Minuman Guna Konsep Ketumpatan
Yang berminat untuk dapatkan buku PBL ini, boleh hubungi Arefe 013 461 4604



Karnival Usahawan Cilik - Inovasi Makanan dan Minuman Guna Konsep Ketumpatan


Maklumbalas yang saya dapat daripada guru dan juga murid-murid lain juga sangat membanggakan. Lebih ramai pelajar yang melihat program seperti ini berjaya memberi nilai tambah kepada mereka.

Jadi secara keseluruhannya boleh lah saya katakan, bagi program Karnival Usahawan Cilik ini, merupakan suatu program yang SUKSES!



Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Salam perkenalan.. blogwalking dan done folllow blog ini. :)

    BalasPadam
  2. terbaik cikgu Helmi......merentas kurikulum...kreatif...inovatif..tahniah cgu..

    BalasPadam
  3. Tahniah cikgu Helmi. Saya hendak tahu adakah semua murid tingkatan 1 terlibat dalam projek ini atau hanya pelajar ting. 1 yang berminat sahaja. Waktu bila cikgu melaksanakan karnival ini. Adakah waktu pdpc atau sebaliknya.

    BalasPadam
  4. tahniah cikgu Helmi... program yg dijalankan disekolah tersebut sgt meriah...

    BalasPadam