teori kinetik jirim |
tiga keadaan jirim |
Perbandingan tiga keadaan jirim |
Pemanasan atau penyejukan menyebabkan sesuatu jirim mengalami perubahan keadaan.Contohnya, apabila sesuatu cecair itu akan membebaskan haba. Zarah-zarah kehilangan tenaga kinetik dan bergerak lebih perlahan. Zarah-zarah menarik antara satu sama lain dan bertukar menjadi pepejal. Cecair dikatakan mengalami proses pembekuan.
Apabila bahan pepejal dipanaskan, bahan tersebut akan berubah menjadi cecair dan akhirnya menjadi gas melalui proses pendidihan. Sesetengah bahan pula akan berubah terus daripada pepejal menjadi gas. Proses ini disebut sebagai pemejalwapan. Semasa proses pemejalwapan, tenaga kinetik zarah-zarah bertambah apabila zarah menyerap haba sehingga boleh nertukar secara langsung daripada pepejal menjadi gas.
PELEBURAN
-Pepejal meyerap haba apabila dipanaskan.
-Zarah-zarah memperoleh tenaga dan bergetar dengan lebih kuat.
-Tenaga haba digunakan untuk mengatasi daya tarikan antara zarah-zarah pepejal.
-Zarah-zarah bergerak bebas apabila suhu meningkat hingga ke takat lebur. Pepejal berubah menjadi cecair.
PENDIDIHAN
-Pendidihan berlaku apabila suhu cecair mencapai takat didih.
-Cecair menyerap haba apabila dipanaskan.
-Zarah-zarah memperoleh tenaga dan bergerak lebih laju.
-Tenaga haba digunakan untuk mengatasi daya tarikan antara zarah-zarah cecair.
-Apabila suhu meningkat ke takat didih, zarah-zarah pun bergerak secara bebas dan rawak. Cecair berubah menjadi gas.
PENYEJATAN
-Penyejatan berlaku pada sebarang suhu.
-Cecair menyerap haba apabila dipanaskan.
-Zarah-zarah memperoleh tenaga dan bergerak lebih laju.
-Ceacir tersejat secara perlahan dan berubah menjadi gas.
KONDENSASI
-Haba dibebaska apabila gas disejukkan.
-Zarah-zarah akan kehilangan tenaga dan bergerak dengan lebih perlahan dan menghampiri antara satu sama lain.
-Apabila suhu mencapai di bawah takat didih, gas akan bertukar menjadi cecair.
PEMBEKUAN
-Cecair membebaskan haba apabila disejukkan.
-Zarah-zarah kehilangan tenaga dan bergerak dengan lebih perlahan.
-Apabila suhu mencapai takat beku, zarah-zarah akan bergetar pada kedudukan yang tetap. Cecair berubah menjadi pepejal.
PEMEJALWAPAN
-Pemejalwapan ialah proses pepejal berubah secara langsung menjadi gas.
3 Ulasan
Good article I liked it.
BalasPadamPG Slotบนมือถือเว็บไหนดี
nice article as always my g , thanks a lot total138
BalasPadamgates of olympus give so much profit for me , total138 slot login
BalasPadam