Kolokium STEM Zon Utara 2017 di USM Pulau Pinang |
Kolokium berlangsung pada hari Sabtu, 12 Ogos 2017 menggabungkan insitusi pendidikan dari seluruh negeri Perlis, Kedah, dan Pulau Pinang. Dianggarkan sehingga 2500 peserta telah terlibat dalam kolokium STEM bagi negeri-negeri Utara ini.
Setiap sekolah perlu menghantar 5 orang wakil, seorang Pengetua / Guru Besar, seorang kaunselor, seorang wakil PIBG dan dua orang guru STEM bagi subjek yang berbeza.
Pasukan SMK Jerlun dihadiri oleh Pengetua, Kaunselor Hafiza, Wakil PIBG Cg Niza dan Cg Shida |
Saya rasa ini tindakan yang sangat bijak. Usaha men"STEM"kan pelajar seharusnya adalah usaha kolaboratif bersama daripada semua pihak. Setiap pihak ada bahagian masing-masing yang perlu dijalankan, bukan sekadar memperkenalkan STEM, malah membudayakan STEM dalam kehidupan seharian.
Bagi saya pengendali sesi bengkel PdPc STEM, saya merasakan akan keperluan untuk warga guru kembali kepada pengajaran sebenar yang berasaskan eksplorasi murid, menggunakan pendekatan PdPc STEM, seperti inkuiri, problem solving dan juga project-based learning. Maka saya rancangkan satu sesi bengkel yang boleh memberi pendedahan bagaimana PdPc seumpamanya dapat dijalankan oleh warga guru.
Suasana masa pendaftaran |
Sesi pendaftaran peserta kolokium berlangsung di perkarangan foyer Dewan Tunku Syed Putra dan diuruskan oleh JPN masing-masing. Setiap peserta menerima brochure dan juga aturcara majlis. Seterusnya masuk ke dewan. Terimbau kenangan zaman belajar di USM suatu ketika dahulu.
Suasana dalam dewan |
Ucaptama diberikan oleh Naib Canselor USM, iaitu Prof Datuk Dr Asma Ismail. Antara perkara yang menarik untuk saya kongsikan adalah satu petikan ayat beliau, "Tibalah masanya untuk kita ambil serius dengan STEM, bergerak daripada bukan sahaja atas kesedaran kepada STEM, tetapi juga kepada literasi STEM dan juga paling penting, bagaimana nak engage masyarakat dengan STEM".
Ucaptama daripada Naib Canselor USM, Prod Datuk Dr Asma Ismail |
Majlis kemudiannya dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan. Kolokium berhenti seketika bagi memberi laluan kepada masa rehat sebelum disambung dengan sesi seterusnya, iaitu forum dan dialog. Kali ini ahli panel yang dibawa adalah terdiri daripada wakil KPM, orang industri dan juga wakil daripada pendidikan tinggi.
Dialog seumpama ini sangat bagus kerana berjaya menghimpunkan semua pihak yang perlu berkolaboratif membangunkan STEM. Sebelum ini kebanyakan nya lebih bersifat individu, dan bergerak sendiri. Bila ada kombinasi yang sebegini, maka kita boleh faham akan keperluan dan permasalahan pada setiap peringkat, untuk kita atasi bersama.
Pertemuan tak disangka dengan cikgu Sains saya dulu, Cg Mahanom |
Selesai makan tengahari sesi disambung lagi dengan sesi bengkel hands on bagi guru-guru STEM. Manakala bagi Pengetua / Guru Besar, Kaunselor dan wakil PIBG masih berada di dewan untuk sesi perkongsian daripada penceramah terpilih.
Dalam perjalanan nak menuju ke bengkel tu, sempat jugak menjeling pameran-pameran yang ada di sepanjang foyer perpustakaan USM sehingga ke bangunan dewan kuliah. Memang banyak pameran dari agensi, IPT dan sekolah yang sangat bagus dan berinovatif.
Saya bergerak ke Bilik Tutorial 104, dengan label PdPc STEM. Dianggarkan seramai 50 orang guru dijangka akan mengikuti bengkel saya ini. Segala persiapan dan kelengkapan bahan sudah disiapkan sejak semalam dengan bantuan daripada pihak KPM (Dr Ihsan dan Puan Aidilina) serta JPN Pulau Pinang (Pn Susilawati).
Ini lah bilik bengkel saya! |
Aktiviti yang saya jalankan adalah Water Filter. Aktviti yang biasa dijalankan oleh guru Sains. Tetapi dengan membuat sedikit perubahan pada approach pdp, inshaAllah pembelajaran STEM jadi lebih bermakna dan mendalam.
Antara hasil kerja peserta bengkel PdPc STEM |
Saya jalankan aktiviti hands on bersama guru. Dalam masa yang sama juga saya terangkan apa yang sedang mereka lakukan. Di mana inkuirinya, di mana problem solving nya, bagaimana nak mulakan project based learning, serta mengaitkan semua aktiviti yang dijalankan dengan Pembelajaran Abad 21 yang menumpukan kepada Kemahiran 4C.
Bermakna di akhir bengkel, amat lah besar harapan saya bahawa guru memahami inkuiri, PdPc STEM, problem solving, project based learning, dan 4C dalam Pembelajaran Abad 21.
Alhamdulillah, sesi bengkel berlangsung dengan baik sekali. Saya sendiri merasakan berpuas hati dapat berkongsi pengetahuan dengan warga guru pada hari ini. Malah feedback yang diterima melalui tools Parking Lot juga menunjukkan ramai peserta bengkel yang semakin jelas dengan halatuju PdPc STEM.
Feedback best daripada peserta bengkel. Muahx! |
Selesai sesi bengkel, saya melakukan kerja pembersihan. Serius penat, sebab semuanya daripada persediaan, pelaksanaan dan sehingga selesai bengkel, dilakukan oleh saya seorang. Sempat juga saya suarakan kepada Pn Aidilina, jika ada lagi khidmat saya digunakan, maka amatlah saya berterima kasih jika boleh membawa pembantu untuk menolong tugas saya. Hehhe.. penat woo
Sebelum pulang ke Kedah sempat juga saya bertemu dengan pasukan STEM dari Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertungkus lumus dan berkerja keras menjayakan Kolokium STEM bagi ZOn Utara ini, terutamanya Dr Ihsan yang saya tengok tak duduk diam ke sana ke sini.
Pasukan STEM dari Bahagian Dasar KPM yang awesome, diketuai Dr Ihsan |
Terima kasih yang tak terhingga buat Dr Ihsan dan Pn Aidilina serta team Bahagian Dasar KPM yang memberikan saya sedikit ruang dan peluang untuk turut sama menyumbangkan bakti dalam sama-sama menjayakan inisiatif STEM di Malaysia.
Sehingga kita bertemu lagi, terima kasih!
1 Ulasan
cg Hailmi, saya juga menghadiri kolokium di usm pada 12/8 yang lalu tapi agak terkilan juga sebab tak dapat mengikuti bengkel Pdpc STEM bersama cikgu Hailmi. Saya diberi bilik BH16 dewn kuliah mekanikal engineering.
BalasPadam