Anugerah Excellent STEM Teacher Award semasa Persidangan Antarabangsa STEM (ICSTEM) 2017 di UPSI |
Anugerah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan I, Dato' P Kamalanathan |
Penerima anugerah bergambar kenangan dengan orang kuat STEM Malaysia, Dr Ihsan Ismail |
Ketua Sekolah, Guru Senior (40 tahun ke atas) dan Guru Junior (40 tahun ke bawah) yang terlibat aktif dalam mempromosikan STEM bukan sahaja di sekolah, tetapi ke peringkat yang lebih tinggi.
Bagi kategori Ketua Sekolah, Pengetua SMK Batu Lintang dari Sarawak, Encik Bahtiar telah terpilih sebagai penerima anugerah. Sekolah yang dipimpin beliau banyak terlibat dengan program STEM sehingga ke peringkat antarabangsa.
Encik Bahtiar, Pengetua SMK Batu Lintang Sarawak bagi kategori Ketua Sekolah |
Saya sendiri juga secara peribadi mengenali Encik Bahtiar ketika sama-sama terlibat dengan program Video STEM oleh KPM. Sebagai fasilitator, profesionalisme beliau sangat jelas terserlah dalam memartabatkan STEM.
Bagi kategori Guru Senior pula, Guru Cemerlang Sains dari SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur, Puan Lee Saw Im telah terpilih sebagai penerima anugerah. Beliau cukup aktif melibatkan diri dengan pertandingan inovasi, pembentangan dan juga robotik.
Puan Lee Saw Im, dari SMK Seri Bintang Utara KL bagi kategori Guru Senior |
Saya kenali beliau semasa Seminar Kebangsaan Guru Cemerlang bulan lepas. Cukup bersemangat tinggi, dan penuh tenaga, tak hairanlah jika beliau juga merupakan pemenang bagi Anugerah Guru Sains ASEAN Terbaik di Indonesia pada tahun lepas. Hebat kan?
Manakala bagi Guru Junior pula, penerimanya adalah saya sendiri. Alhamdulillah segala usaha dan kerjabuat dalam bidang STEM mendapat perhatian daripada pihak yang bertanggungjawab. Tidak lah saya merasa, cukup dengan apa yang sudah saya capai, sebaliknya merasakan apa lagi yang saya boleh sumbangkan untuk pendidikan STEM di Malaysia. InshaAllah.
Encik Norhailmi Abdul Mutalib dari SMK Jerlun Kedah bagi kategori Guru Junior |
Harapan saya, semoga penganugerahan seperti ini akan diteruskan pada masa mendatang. Saya yakin lebih ramai lagi guru-guru yang juga telah memberikan sumbangan yang banyak kepada perkembangan STEM di Malaysia. Secara tak langsung, dengan pengiktirafan seperti ini juga mampu menyuntik semangat kepada mereka untuk terus menyumbangkan yang terbaik.
Semoga juga anugerah ini berjaya memberi motivasi dan inspirasi kepada rakan guru lain, (dan juga diri saya sendiri) untuk kita sama-sama bergerak aktif menyemarakkan pendidikan STEM di Malaysia!
5 Ulasan
Congratulations!
BalasPadamCongratulations on being awarded Excellent STEM Teacher Award 2017.
BalasPadamFrom : Zamzairi Nordin, SISC+ PPD Kunak, Sabah
Tahniah Cikgu Hailmi
BalasPadamTahniah Cikgu Halimi
BalasPadamtahniah cikgu, moga ilmu yang diberi diberkati
BalasPadam