Rizq Islamic School Selepas Setahun |
Terkejut juga bila dimaklumkan bahawa walaupun baru setahun beroperasi, jumlah pelajar yang mendaftarkan diri di sekolah Rizq Islamic School ini sudah mencecah lebih 200 orang murid. Sekolah baru ok! Kelainan pada pendekatan sekolah ini berjaya meyakinkan ibubapa, bahawa sistem ini mampu memberi nilai tambah kepada anak-anak mereka. Tahniah Rizq Islamic School!
Ruang loker warna warni digunakan dengan baik baik oleh pelajar |
Kelas yang kecil memberi peluang lebih dekat murid dengan guru |
Selain daripada itu, penggunaan Bahasa Inggeris sebagai medium utama komunikasi telah berjaya menarik perhatian ibubapa antarabangsa untuk turut mendaftarkan anak mereka di sini. Antaranya adalah daripada Turki dan juga Indonesia.
Saya difahamkan beberapa pelajar yang semasa mula langsung tidak pandai berbahasa Inggeris, hanya mengambil masa beberapa bulan untuk turut boleh berkomunikasi dalam bahasa tersebut. Ini kerana didorong oleh persekitaran yang membantu mereka untuk bertutur dengan baik. Budak-budak kan cepat menyerap..
Pembelajaran secara Play Based. Budak suka! |
Setiap ruang sekolah adalah ruang belajar |
Pembelajaran berpusatkan murid bagi mencungkil kemahiran abad ke-21 |
Pembelajaran menggunakan gajet |
Bagi yang bertanyakan kurikulum yang digunapakai oleh Rizq Islamic School, sekolah ini menggunakan kurikulum KSSR dan juga UPKK. Manakala bagi kurikulum tahfiz pula digunakan Kurikulum Tahfiz (Rizq Method).
Bagi penilaian kurikulum tahfiz, murid dinilai melalui pelbagai sudut, iaitu sama ada secara audio, visual atau kinestetik. Kepintaran murid kan pelbagai? Maka penilaian yang pelbagai seperti ini memberi peluang dan lebih banyak ruang untuk murid dengan kepintaran yang berbeza.
Kemeriahan sambutan Merdeka |
Murid mencurahkan kreativiti mereka untuk program sekolah |
Masih mengekalkan konsep pendidikan secara Play Based dan juga ICT, perancangan Rizq Islamic School pada tahun 2018 adalah dalam memperkasakan lagi sistem tahfiz mereka dalam kalangan anak murid di sini.
Selain daripada itu, pada tahun 2017 juga, sudah ada beberapa jaringan dilakukan dengan sekolah swasta daripada Indonesia bagi memberikan pendedahan kepada murid dengan pertandingan peringkat antarabangsa. Nak anak murid bersifat global, maka pendedahan seperti ini adalah sangat penting.
Perbincangan guru secara Teacher Sharing Session meningkatkan profesionalisme guru |
Kyushoku
Kyushoku adalah amalan yang cuba diterapkan dalam kalangan murid Rizq Islamic School yang mana, pada waktu rehat, murid akan bekerjasama mempersiapkan kelas mereka untuk sesi makan tengahari beramai-ramai. Makanan akan dihidangkan sendiri oleh murid, mengikut giliran yang ditetapkan.
Amalan Kyushoku terap tanggungjawab kepada murid |
Makanan sehat lagi seimbang |
Murid diberi peluang untuk menentukan diet seimbang mereka |
Masing-masing sudah diberi amanah dan tugas bagi menyemai sikap bertanggungjawab dalam kalangan mereka seawal usia. Amalan sebegini terus mengingatkan saya dengan pengalaman saya di Korea, di mana murid di sana juga mengamalkan perkara yang sama!
Oleh sebab pendekatan yang digunakan di sekolah ini agak berbeza dengan sekolah swasta lain, maka latihan peningkatan profesionalisme guru sentiasa diadakan. Tak lain tak bukan, bagi mempersiapkan guru dengan kemahiran menggunakan pendekatan Play Based (dari Finland) dan juga IT.
Sesi training guru bersama pihak Apple |
Perkongsian amalan PAK21 bersama guru Rizq Islamic School |
Antaranya latihan yang diadakan adalah seperti sesi latihan bersama Apple. Latihan ini bagi memahirkan guru dengan aplikasi dan penggunaan device Apple dalam bilik darjah. Kalau anda ingat lagi, Rizq Islamic School juga memiliki makmal komputer yang beroperasi menggunakan device Apple. Jeles saya tau!
Secara keseluruhannya, dapatlah saya katakan Rizq Islamic School telah berjaya menjalankan operasi sekolah dengan sangat baik seperti yang diaspirasikan oleh mereka sendiri. Mengambil pendekatan yang berani dan berbeza, menjadi kekuatan utama buat Rizq Islamic School untuk menempa tempat dalam dunia sekolah swasta di Malaysia.
Yang berminat dengan Rizq Islamic School, boleh lah terus berhubung dengan mereka |
Saya doakan semoga Rizq Islamic School terus menjadi platform terbaik buat ibubapa yang mahukan pendidikan tahfiz, abad 21 dan kompeten pada peringkat global.
Buat Rizq Islamic School, tahniah dan selamat maju jaya!
1 Ulasan
Rizq Islamic School adalah MARKETING SCAM. Rujuk ulasan saya pada google page berkenaan.
BalasPadam