About Me

Reunion di Dash Box Hotel, Cyberjaya

Alhamdulillah masih dapat lagi berkumpul dan meluangkan masa bersama rakan-rakan seposting dahulu di Sarawak. Kali ini kami pilih Dash Box Hotel, Cyberjaya untuk percutian reunion kami. Mengimbau kenangan mengajar di sekolah yang sama di Sibu, Sarawak sambil menikmati keindahan yang terdapat di sekitar hotel ini, memang sesuatu yang mengujakan.


Masing-masing excited nak cuba Dash Box Hotel melalui review daripada fb dan google, apatah lagi bersama dengan rakan-rakan yang dah lama tak berjumpa. Walaupun tak semua dapat datang, tetapi tentu seronok bila ada peluang sekali sekala dapat berbual panjang!

Antara yang dapat hadir untuk percutian reunion kali ini adalah Radzif, Wan Naliza, Ayu dan suami serta Cik Biey dan suaminya. Tak sangka pula, secara kebetulan semua berada di KL, maka ambil peluang lah semuanya.

Saya bergerak ke Dash Box Hotel, Cyberjaya pada jam 5 petang. Selesai sahaja program di UPM bersama Cikgu Salihan, maka beliau hantarkan saya ke sana.


Seronok betul tengok rekabentuk dan konsep Dash Box Hotel nih, sebab lain daripada yang lain. Bahagian depan ada deretan kontena yang dijadikan bilik hotel, manakala bahagian tepi didirikan hotel dengan bentuk seakan segitiga. Bahagian tengahnya tentu lah kolam renang yang cun!




Konsepnya yang menarik, dengan tema yang unik menjadikan kita rasa berbeza bila berada di Dash Box Hotel nih.

Hiasan dalam bilik juga menarik. Gunakan konsep sambungan paip untuk membentuk perabot dan perhiasan bilik.



Namun dengan bilik yang agak kecil, serta perhiasan yang banyak, menjadikan ruang bilik tu terasa semak dan sarat dengan perabot. Huhuhu.. mujor cermin besar menyelamatkan 'ruang'. Rasa ler macam luas sket.

Bilik mandi pula sangat luas dan selesa. Saya suka dengan warna putihnya, dan hiasan lantai yang seakan kayu. Nampak bersih dan sangat selesa untuk ruang peribadi di situ. Kan lebih baik kalau dapat kecilkan sket toilet, tapi besarkan bahagian tidur, tentu lebih selesa.


Ruang bilik kami boleh akses mudah ke bahagian tengah yang ada kolam renang. Masa kami pergi, penuh dengan kanak-kanak. Kawasan renang yang cetek, dan menurun ikut kedalamann, sangat lah sesuai untuk kanak-kanak mandi dan bersukaria di situ. Kawasan paling dalam pun kalau tak salah saya, adalah sedalam 1 meter.

Makanan disediakan untuk breakfast juga menarik. Tidak seperti hotel lain yang menggunakan style buffet, Dash Box Hotel menggunakan style order dari menu. Yang bestnya,order lah banyak mana pun daripada menu tersebut. Saya order dua kali. Dan menu pilihan saya tentulah Full English Breakfast. Yummy!



GoBike dan GoCar juga adalah dalam kawasan Dash Box Hotel bagi.yang berminat nak sewa kereta atau basikal ni untuk pusing-pusing. Hanya perlu download apps, dan kemudian ikut arahan yang disediakan. Saya tak berkesempatan nak cuba. Tapi kalau ada peluang, pasti saya akan cuba lain kali.


Oh ya. Antara kemudahan lain yang turut disediakan di Dash Box Hotel ini adalah kemudahan gym, kedai barangan, bilik mesyuarat kecil dan juga bilik permainan kanak-kanak. Cafe juga ada, namun harga yang ditawarkan boleh tahan jugak la. Hehehe





Kesimpulan yang saya dapat buat adalah, Dash Box Hotel ini adalah sangat sesuai untuk percutian keluarga dengan ramai anak-anak kecil. Aktiviti mandi manda di kolam renang, dengan ibubapa yang berada di sekitar kolam renang, sangat lah memudahkan urusan pemantauan ibubapa.

Buat rakan-rakan saya, inshaAllah kita rancang percutian seterusnya lebih menarik lagi ok! Target obersi pulak.. hhahahaha



Catat Ulasan

0 Ulasan