Kolokium STEM Zon Sabah 2018 |
Bagi kolokium di Sabah ini, saya masih bertindak sebagai pengendali bengkel hands on, bersama-sama 9 lagi orang rakan. Bezanya kali ini di Sabah, boss kami Dr Ihsan yang merupakan orang kuat STEM Malaysia, telah tampil dengan idea baharu yang segar. Iaitu penyertaan guru tempatan bagi sesi bengkel.
Guru STEM Sabah yang terpilih untuk kali ini adalah Cikgu Nadia Richard, Cikgu Eddy Hanafiah dan juga Cikgu Anuthra. Kesemuanya orang-orang hebat yang banyak terlibat dengan benda inovasi dan perkembangan bidang STEM di negeri ini. Memang tak salah lagi pelibatan mereka dalam kolokium kali ini.
Orang kuat STEM Malaysia, Dr Ihsan dan Datin Kasmah daripada Bahagian Dasar (EPRD) |
Kumpulan guru yang terlibat sebagai pengendali bengkel hands on |
Satu lagi perkara yang menarik untuk kolokium kali ini adalah VVIP utama adalah Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, iaitu Datuk Dr Amin Senin. Maka kesempatan semasa beliau melawat booth yang ada di foyer UMS, sempat lagi kami selfie bersama. Tak lupa juga saya hadiahkan buku Pembelajaran Abad ke-21 dan buku STEM saya untuk beliau sebagai tanda penghargaan.
Bersama Datuk Dr Amin Senin, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia |
Sesi bengkel pada sebelah petang berlangsung di dewan kuliah di bawah dewan besar. Sangat besar untuk kapasiti peserta bengkel yang berjumlah 40-60 orang. Jadi kami hanya gunakan bahagian depan sahaja.
Persiapan untuk bengkel kali ini dibantu oleh rakan guru dari sekolah angkat saya di Sabah, iaitu guru-guru SMK Bandaraya Kota Kinabalu. Memang sangat terbaik lah! Terima kasih banyak-banyak daripada saya.
Memandangkan Kolokium STEM Sabah melibatkan semua daerah dalam negeri Sabah, maka pihak JPN membuat keputusan mengagihkan guru-guru kepada bengkel mengikut daerah. Jadinya dalam setiap bengkel, ada sekurang-kurangnya seorang wakil daripada setiap daerah untuk balik dan buat perkongsian dengan rakan guru yang tidak berpeluang.
Jadinya untuk bengkel saya kali ini tak seramai peserta semasa di Kolokium STEM Sarawak. Tetapi peserta di Sabah ini menunjukkan penuh minat terhadap perkongsian. Seperti biasa topik bengkel saya adalah project based learning, pendekatan yang saya kira masih agak asing dalam kalangan pendidik kita.
Bersama rakan kumpulan guru yang terbang jauh dari Sandakan |
Bersama Cikgu Adzuandy dan Cikgu Dayang |
Poster memperkenalkan saya sebagai pengendali bengkel hands on |
Tak sah lah kalau datang ke KK tak makan-makan. Sedappp! |
Bersama anak murid kesayangan semasa di Sarawak, Muhammad Dian Nin |
Maklumbalas Cikgu Feqah selepas menghadiri sesi bengkel hands on semasa Kolokium STEM Sabah |
Sesi berlangsung dengan sangat baik. Saya selitkan juga beberapa perkongsian amalan terbaik saya supaya dapat disesuaikan dengan keperluan guru yang menghadiri bengkel hands on saya. Sesi Q&A selepas bengkel juga sangat membantu untuk kita saling menambah kefahaman terhadap pengamalan STEM dalam bilik darjah.
Secara keseluruhannya saya ucapkan selamat maju jaya buat semua guru di Sabah dalam memartabatkan bidang STEM selepas ini. Best of luck!
0 Ulasan