Untuk Kolokium STEM Sarawak ini, seramai 10 orang guru terlibat sebagai pengendali bengkel. Bermula dengan seorang diri di Kolokium STEM Zon Utara, kemudian berlima di Kolokium STEM Zon Selatan, kali ini bersepuluh pula. 5 orang guru Sekolah Rendah, dan 5 orang guru Sekolah Menengah.
Setiap seorang daripada kami mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Maka, peluang berbengkel digunakan dengan sebaik mungkin bagi berkongsi ilmu dengan warga pendidik di Sarawak.
Kolokium juga diadakan dengan format yang sama. Cuma kali ini pengendali bengkel diperkenalkan kepada audien semasa sesi ucaptama. Memang rasa bangga lah bila diumumkan oleh emcee. Apatah lagi saya sendiri merupakan salah seorang guru yang juga mendapat pendedahan awal sebagai guru di bumi Sarawak. 8 tahun beb!
Tak juga saya sangka beberapa kenalan semasa mengajar di SMK Luar Bandar No.1 Sibu dulu dapat saya temui di kolokium ini. Terus terimbau kenangan semasa bergelar guru di sana dulu. Kenangan terindah!
Selain itu, saya juga pertama kali dapat melihat satu lagi inisiatif STEM yang dijalankan oleh KPM melalui BTP, iaitu aplikasi permainan atas talian yang diberi nama STEMVille. Saya dah ulas lebih lanjut dalam artikel sebelum ini. Boleh baca kat sini Semai Minat STEM dengan Permainan mySTEMville
Untuk sesi bengkel pula kami dibantu oleh pelajar-pelajar dari Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaysia Sarawak. Saya punya pembantu memang sangat terbaik, Dom, Asyraf dan juga Arthur. Bagus budak-budak nih. Memang sangat membantu!
Bagi sesi bengkel pula, bilik yang disediakan adalah kurang sesuai dengan aktiviti yang dijalankan. Saya diberikan makmal komputer, yang berselirat dengan wayar dan suiz, sedangkan aktiviti yang dijalankan memerlukan ruang dan melibatkan air.
Mujur lah di kawasan sebelah ada ruang legar yang lapang dan boleh digunakan dengan maksimum. Maka aktviti jadi lebih santai dan selesa tanpa gangguan.
Aktivti tamat pada jam 5 petang, dengan semua peserta kolokium berhimpun di dewan bagi acara penutup. Semoga peserta kolokium STEM Sarawak mendapat manfaat daripada perkongsian ramai guru-guru hebat di sini. Sampai jumpa lagi!
0 Ulasan