Zarah-zarah cecair dan gas pula bergerak secara bebas. Apabila cecair dan gas dipanaskan, zarah-zarah bergerak dengan lebih cepat. Jarak antara zarah juga bertambah. Hal ini menyebabkan isi padu cacir dan gas bertambah kerana cecair dan gas mengembang. Sebaliknya, apabila cecair dan gas disejukkan, zarah-zarah bergerak dengan lebih perlahan dan zarah semakin rapat antara satu sama lain. Hal ini menyebabkan isipadu cecair dan gas berkurang kerana cecair dan gas mengecut.
Penggunaaan Pengembangan dan Pengecutan dalam Kehidupan Harian.
merkuri |
Merkuri di dalam termometer ialah sejenis konduktor haba yang boleh mengembang dan mengecut.
rel kereta api |
Landasan kereta api mempunyai ruang kecil di antara penyambung rel untuk membolehkan pengembangan landasan pada cuaca panas. Tanpa ruang-ruang ini, landasan berisiko untuk membengkok dan bertindih.
Jambatan keluli dibina dengan penggolek dan satu ruang pada satu hujung. Ini membolehkan pengembangan jambatan pada cuaca panas.
Jalur dwilogam sering digunakan di dalam peralatan yang bergantung pada pengawalaturan suhu. Jalur ini diperbuat daripada dua jalur logam yang berbeza yang mengembang dan mengecut pada kadar yang berbeza.
2 Ulasan
kimak
BalasPadambagus
BalasPadam