Jadi saya kongsikan 10 perkara terbaik yang saya dapat belajar daripada pengalaman HESA 2018 saya!
10 Perkara Terbaik Saya Belajar dari Pengalaman HESA 2018 |
01. Anda, Kekuatan Anda
Masa saya mula dapat tawaran ke program ini, ramai yang pm tanya sebab berminat jugak nak tahu. Tapi akhirnya semua cakap yang macam itu macam ini (berdasarkan portfolio saya) dan mereka sendiri rasa rendah diri, tak layak nak mohon walaupun belum cuba mohon. Cadangan saya, sila mohon saja.
Setiap orang ada keunikan dan kekuatan masing-masing. Anda juga! |
Sebab penilaian omputih nih bukan macam penilaian kita. Mereka menilai pada apa kekuatan yang kita ada, dan bagaimana penyertaan kita boleh memberi impak kepada program mereka dan peserta lain. Itu yang mereka cari. Bukan mereka cari Guru Cemerlang, bukan mereka cari Jurulatih Utama ka apa. Jadi, kena ingat bahawa setiap kita ada kekuatan dan keunikan kita yang tersendiri. So next year apply ya!
02. Penguasaan Bahasa Inggeris
Antara yang menjadi ancaman utama kita, orang Malaysia bila nak pergi ke peringkat lebih tinggi adalah Bahasa Inggeris. Setuju kan? Kalau dulu, macam tak nak amik kisah sangat. Tetapi selepas terlibat dengan banyak program antarabangsa, yes, Bahasa Inggeris memang lah merupakan medium terbaik untuk kita pegi lebih jauh.
Kalau dah banyak kenegaraan macam nih, Bahasa Inggeris jadi bahasa penyatuan |
Cuma masalahnya pembudayaan Bahasa Inggeris dalam masyarakat negara kita adalah sangat tidak menggalakkan, pada pandangan saya. Mudah sangat nak kena gelak kalau salah bercakap dalam Bahasa Inggeris. Padahal, mencuba untuk bercakap dalam bahasa kedua itu sudah cukup mengkagumkan. Kan?
Tau dak, omputih kat Amerika tu pun majoritinya hanya boleh cakap satu bahasa saja, walaupun diorang memang ada belajar Spanish atau French? Jadi bila kita cuba bercakap Bahasa Inggeris dengan mereka, mereka sangatlah membantu dan memuji. Terus kompiden abam nak bercakap Bahasa Inggeris sepanjang berada kat sana tau. Hahahhaha..
Housemate kesayangan saya sepanjang berada di HESA 2018 |
Yang bestnya, walaupun English abam nih so-so sahaja menurut standard sesetengah orang Malaysia nih, tetapi sepanjang dok kat HESA 2018, jangan tak tau, cikgu-cikgu dari Perancis, Taiwan, Vietnam dan Mexico yang datang cari saya untuk tolong translate kepada mereka, sebab English omputih yang penuh dengan slang dan pelat tu. Ko raser?
Paling penting, kau jangan ingat yang dok speaking dengan kau kat sini tu betul semua English dia. Pergi sana, orang Amerika pun tak paham! Hahahahha.. baik lagi abam punya English. Hehhee..
03. Sukarelawan Dahsyat
Saya dah kongsikan sebelum ini pengalaman melihat sekumpulan warga senior yang menjadi sukarelawan di US Space and Rocket Center. Mulanya nampak biasa-biasa saja, mungkin nak isi masa lapang lepas pencen. Tapi bila saya approach diorang, dah tengok kad nama diorang, mak aiiiii... terkejut giler weyh. Rupanya semuanya adalah bekas pegawai NASA berpuluh-puluh tahun! Kumpulan hebat ini digelar sebagai Emeritus Docents.
Sukarelawan Dahsyat di US Space and Rocket Center |
The Emeritus Docents at US Space and Rocket Center, USA |
So sekarang cuba bayangkan pulak bagaimana ilmu yang disampaikan oleh mereka kepada budak-budak yang datang ke pusat Sains nih? Memang mesti lah gempak, tepat, padat dan adalah mengikut praktis sebenar di tempat kerja mereka di NASA dulu. Mana lah tak budak-budak nih rasa excited dan teruja lagi nak proceed keghairahan tu dalam bidang aeroangkasa nih kan?
Saya berharap golongan pakar dan berkemahiran kita juga mampu lakukan perkara yang sebegini bila ada peluang nanti. Mana tahu, perkongsian anda itu mampu menginspirasikan lebih ramai generasi muda, pelapis Malaysia nanti!
04. 5 Degree. Wow!
Saya perasan jugak, walaupun sedikit racist (abam rasa ler..) tetapi omputih nih ada juga yang humble, merendah diri. Masa perkongsian dengan astronaut, Lawrance DeLucas, saya sangat terkejut bila dia bagitahu dia ada 5 degree. Lepas buat matematik, dia sambung pulak dengan optik dan lain-lain kerana minat dan kecenderungan untuk bekerja dengan NASA. Perghhh.. saya nak habiskan 1 degree dulu pun, tersiksa weyh. Hahahahaha..
Bahan majlis graduasi siap dapat potret Lawrance DeLucas, siap dengan autograf |
Dan beliau pun seorang yang sangat rilek, mudah didekati dan mesra dengan budak-budak. Melayan saja pertanyaan budak-budak tu dengan sangat baik, sopan dan penuh profesional. Macam layan soalan orang dewasa. Takdek pun nak perkecilkan atau ketawakan soalan budak-budak tu. So boleh bayang tak apa kesan kepada budak-budak tu?
Satu lagi depa nih walaupun ada degree berderet, PHD semua bagai, tapi takdek lah sangat nak letak Dr bagai kat depan nama diorang. Sebab diorang belajar semua tu atas kerana passionnya dia nak dapatkan ilmu tu. Bukan sebab nak dapat gelaran ke apa ke. Jadi sebab tu depa tak kisah kot. Tapi kalau masyarakat kita pulak, siap ........ (sila sambungkan sendiri mengikut pengalaman masing-masing)
05. Tanam Minat Pada Kanak-Kanak
Saya suka cara mereka tanam minat kepada bidang STEM pada kanak-kanak sejak kecil lagi. Di pusat US Space and Rocket Center tuh, penuh dengan budak-budak yang seronok dan excited nak cuba semua benda dalam tu. Budak-budak tu siap berjemaah pakai baju spacesuit biru tu dan feeling-feeling dah macam angkasawan yang balik daripada mission kat Marikh.
Ibubapa dilibatkan dalam aktiviti Space Camp |
Sebab tu sekarang nih mereka tengah groom budak-budak muda diorang untuk Misi ke Marikh. Sekumpulan murid berpotensi dari seluruh Amerika, yang mengikut syarat ketat, kena ambik segala lesen menyelam dan kena ikut semua Space Camp kat seluruh dunia.
Malah diorang pelbagaikan program yang mereka ada dengan melibatkan juga ibubapa dalam Space Camp yang versi Family punya supaya ibubapa pun tahu apa yang sedang dilakukan anak, dan seterusnya juga menjadi contoh teladan yang baik kepada anak-anak tersebut. Best kan?
06. Welcome Robotics!
Rasanya masa untuk pendidikan negara kita juga mula betul-betul fokus dan serius untuk pergi lebih jauh dengan bidang robotik. Robotik adalah masa depan. Tentu masih belum terlambat untuk kita bermula, sekalipun mereka dah sejak sekian lama tinggalkan kita dalam bidang ini.
Raspberry Pi digunakan sebagai microcontroller board |
Contoh mudah yang saya dapat, adalah daripada aktiviti Roket yang kami jalankan. Sekalipun perkara yang sama juga kita buat di Malaysia, tetapi tak lebih kepada aktiviti Sains sahaja. Sedangkan dengan sedikit modifikasi mudah, dengan menambahkan elemen robotik menerusi Raspberry Pi, maka kita akan dapat kaitkan Sains dan Matematik dengan Teknologi dan Kejuruteraan. Mudah kan?
07. Fasiliti Super Lengkap
US Space and Rocket Center yang terletak di pekan kecil Huntsville, Alabama, Amerika Syarikat ini dikategorikan sebagai Muzium Sains. Dibuka sejak 1970 lagi, kelengkapan fasiliti dia mashaAllah punya hebat dan lengkap. Cuba tengok keluasan kawasan dia kat gambar di bawah nih. Kagum saya!
US Space and Rocket Center, Huntsville, Alabama, USA |
Bukan setakat ada pameran roket dan juga peralatan angkasa lain, tetapi siap ada simulator dan bahagian yang uruskan untuk pendidikan dan latihan kepada murid dan guru. Dalam tu siap lengkap ada dewan makan, asrama, panggung wayang, teater IMAX dan banyak lagi la kemudahan yang pada saya cukup lengkap.
Malah simulator yang ada di dalam tu adalah adalah simulator yang sama digunakan untuk melatih angkasawan pegi ke angkasa. Betapa bersungguh nya mereka buat segala benda tu. Depa tak buat main-main. Hebat kan?
Rujukan:
1. Official website : https://www.rocketcenter.com/
2. Wikipedia : https://en.wikipedia.org/wiki/U.S._Space_%26_Rocket_Center
08. Kesinambungan Program
Kebanyakkan program antarabangsa yang saya pernah attend memang tak habis macam tu saja. Biasanya akan ada kesinambungan nya lagi. Contohnya macam program pertukaran guru ke Korea yang saya join pada tahun 2015. Diorang panggil sekali lagi untuk berkongsi pulak apa yang kita balik dan laksanakan di sekolah.
Who knows, maybe I am their next HESA Ambassador.. ;) |
Sama jugak macam program Honeywell Educators at Space Academy nih. Diorang teruskan kesinambungan dengan memanggil semula guru yang balik dan buat sesuatu yang luar biasa di sekolah melalui slot yang mereka namakan sebagai HESA Ambassador. Untuk batch saya, HESA Ambassador datang daripada Amerika Syarikat, Brazil dan juga Romania. Hebat perkongsian mereka!
09. Industri Sama-Sama Terlibat
Saya tengok juga agensi lain yang terlibat dengan angkasa mereka nih juga menyediakan bahagian pendidikan yang bertanggungjawab membawa industri kepada sekolah. Sebagai contoh, US Space and Rocket Center ini mempunyai bahagian pendidikan mereka sendiri yang menyediakan bahan dan lesson plan menarik untuk digunakan guru di sekolah mengikut sukatan pelajaran.
Seksyen pendidikan dalam laman web Lockheed Martin |
Selain itu beberapa agensi lain, menerusi website mereka juga saya dapati turut menyediakan perkara yang sama. Iaitu bahagian pendidikan yang bertanggungjawab menyediakan aktiviti dan sumber yang boleh digunakan guru bersama anak murid. Antara yang saya dapat jumpa ialah di NASA, Lockheed dan beberapa lagi.
Kan bagus kalau di Malaysia juga, syarikat-syarikat besar dan terlibat dengan perkara sebegini turut mengadakan seksyen pendidikan untuk digunakan oleh guru dan murid. Setuju tak?
10. OK Jika Anda Gagal
Perkara terakhir yang saya perhatikan adalah, part refleksi adalah antara part paling penting dalam proses pembelajaran mereka. Mereka tak kisah pun jika mereka gagal, selagi mereka tahu apa yang mereka lalui dan perlu baiki. Mereka percaya, semasa gagal juga ada perkara yang boleh dipelajari.
Dalam kegagalan juga ada pembelajaran |
Dan waktu refleksi itu digunakan dengan sebaiknya bagi mengenalpasti apa masalah sebenar, dan bagaimana isu telah diselesaikan. What change? What stay? Bab belajar dari kegagalan ini, mungkin kita juga boleh belajar daripada mereka. Tangani kegagalan dengan baik!
Ok itu saja perkongsian 10 perkara terbaik yang saya dapat belajar melalui pengalaman HESA 2018. Semoga anda juga mendapat sesuatu yang menarik melalui perkongsian ini. Semoga bermanfaat!
2 Ulasan
Lepas buat matematik, dia sambung pulak dengan optik dan lain-lain kerana minat dan kecenderungan untuk bekerja dengan NASA.....
BalasPadamIf you are looking for a solution to relax, Impossible Game will be the best choice today! Impossible Game is a website with hundreds of games to satisfy your passion, and will satisfy the most demanding players!
BalasPadam