About Me

HESA 2018 : Hari 1 (Amerika, Tunggu Aku Datang!)

Alhamdulillah segala berjalan dengan lancar sehingga saat ini. Semua urusan saya ke Amerika Syarikat bagi menyertai Honeywell Educators at Space Academy berjalan dengan baik. Tunggu nak pegi saja. So Amerika, kau tunggu aku datang!

Perjalanan saya bermula daripada KLIA. Sebab dah dekat nak raya, maka mak dan ayah pun nak hantar. Turut serta, adalah adik beradik yang berada di Kuala Lumpur, iaitu kakak kedua dan adik lelaki saya. Meriah juga bila ramai-ramai bukak puasa di KLIA. 

 
Amerika, Tunggu Aku Datang
Amerika, Tunggu Aku Datang


Selesai berbuka puasa, terus saya check in di kaunter sebab nak cepat-cepat masuk. Flight ke Amsterdam (transit) pada jam 11.20 malam menggunakan Delta Airlines, dengan kerjasama KLM Airline, syarikat penerbangan Belanda. Syukur jugak sebab semuanya dapat diuruskan di KLIA, termasuk tiket ke destinasi seterusnya, iaitu Atlanta dan juga Huntsville. Cuma bila masuk ke Amerika Syarikat melalui Atlanta nanti, saya kena sekali lagi check in sebab kena lalu security.

Sebagai langkah keselamatan, sebelum check in, kita diminta untuk beri alamat menginap di sana. Cerewet kan? Sama macam semasa uruskan untuk nak dapatkan VISA ke US sebelum nih. Macam-macam depa tanya.

 
Destinasi transit pertama, Amsterdam yang memakan masa 12 jam penerbangan
Destinasi transit pertama, Amsterdam yang memakan masa 12 jam penerbangan



Lepas dah mengucapkan goodbye kepada ahli keluarga, maka saya terus bergerak ke gate yang ditetapkan. Takut tak sempat, lagipun kena naik tren lah segala bagai sebab terminalnya jauh. Tak sangka pula kat sana bertemu dengan beberapa lagi rakan guru dari Malaysia. Mereka adalah Cikgu Lim, Cikgu Angie dan Cikgu Onn. Sementara itu ada 3 orang lagi guru dari Malaysia juga sudah terbang ke Amerika Syarikat bagi program yang sama.

 Naik saja flight, saya terus tidur. Huhuhu.. Sebab perjalanan ke Amsterdam memakan masa hampir 12 jam. So, nak kumpul tenaga, maka saya terus tidur secukupnya. Bangun time orang nak bagi makan saja. Tapi Delta Airlines nih sangat bagus. 

Sebaik saja saya masuk, terus pramugari dia cari dan maklumkan kepada saya, ada makanan halal disediakan. Saya boleh request makan kat diorang pada bila-bila masa. Padahal tak bagitahu pun saya nih Muslim. So, Delta Airlines, untuk ini memang terbaik!


KLM Airline, syarikat penerbangan dari Netherlands
KLM Airline, syarikat penerbangan dari Netherlands

Sampai di Schipol International Airport, Amsterdam sekali lagi terpaksa bergegas ke gate untuk ke Atlanta pulak. Sebab masa transit hanya 2 jam, maka tak sempat lah sangat nak tengok-tengok. Sket -sket jer. Takpe time balik nanti banyak masa transit. Amsterdam tengah summer (musim panas) dengan suhu sekitar 12-15 selsius. 

Untuk yang nak ke Amerika Syarikat, ada satu lagi tapisan kat sini. Diorang akan ada sket interview. Katanya untuk keselamatan daripada pihak airport. So beratur ler pulak sekali lagi. Macam-macam soalan yang dia tanya, nak ke mana, buat apa, tinggal dengan siapa dan lain-lain.

Tapi soalan paling power dia tanya, kenapa dalam beribu-ribu cikgu Malaysia, you yang terplilih untuk program nih?. Huhuhu.. kompius jap abam nak jawab. So, jawapan saya, saya terpilih sebab apa yang keperluan kursus diorang nak tu mungkin sepadan dengan apa kelayakan yang saya ada. Ok tak jawapan tu?

Then naik lagi flight untuk ke Atlanta pulak, destinasi pertama di Amerika Syarikat. Yang kali nih untuk lagi 9 jam pulak. Lenguh pungkoq oi. Kiri kanan habis saya pusing. Hahahhaha.. Tambah lagi dengan perbezaaan masa, maka terus tidur jer lah paling senang.


Transit kedua di Atlanta, Amerika Syarikat yang merupakan pusat transit yang sibuk gila
Transit kedua di Atlanta, Amerika Syarikat yang merupakan pusat transit yang sibuk gila

Bersama guru-guru dari Malaysia, Cikgu Lim, Cikgu Onn dan Cikgu Angie
Bersama guru-guru Malaysia, Cikgu Lim, Cikgu Onn dan Cikgu Angie
  Sampai di Atlanta, terus bergerak ke Huntsville pulak. Sebab Atlanta nih airport dia sibuk namatey, dan antara pintu masuk utama ke AMerika Syarikat, maka beg semua kena check in sekali lagi sebab nak lalu security. Ketat kan? Huhuhu

Semuanya ok dan terus ke Huntsville. Dalam penerbangan kami bertemu ramai lagi guru-guru dari Amerika Syarikat yang juga akan menyertai Space Camp. So mungkin saja ada yang akan jadi team satu kumpulan nanti. Yeayy..


Pemandangan Huntsville dari atas
Pemandangan Huntsville dari atas

Disambut dengan papan tanda 200 Tahun Huntsville
Disambut dengan papan tanda 200 Tahun Huntsville

Sampai di Huntsville, memang pekan kecik gila dan sangat kampung, kami disambut oleh urusetia Space Camp. Naik bas ramai-ramai, terus bergerak ke penginapan yang terletak di University of Alabama di Huntsville. Tak lah jauh sangat, dalam 20 minit perjalanan camtu. 

Diberikan kunci bilik dan juga barang-barang Space Camp macam beg, baju tshirt dua helai merah dan putih, botol air, dan lain-lain lagi. Termasuk juga wat ukuran baju spacesuit yang kaler biru ala-ala Dr Sheikh Muzaffar punya tu. Hahah.. memang excited!


Pendaftaran bagi program Honeywell Educators at Space Academy
Pendaftaran bagi program Honeywell Educators at Space Academy
 
Barang-barang kegunaan seminggu nih dari Honeywell!
Barang-barang kegunaan seminggu nih dari Honeywell!


Teruja tau abam dapat pakai baju spacesuit biru nih. Yang nih saiz L.
Teruja tau abam dapat pakai baju spacesuit biru nih. Yang nih saiz L.


Oleh sebab juga masa perjalanan yang panjang, iaitu hampir 24 jam, maka saya terus tidur selepas mandi. Baru ler rasa segar sket selepas seharian tak mandi. Perbezaan masa di Huntsville dengan Malaysia adalah lebih kurang 13 jam ke belakang. Maksudnya jika di Malaysia jam 2.00 petang, bermakna di Huntsville baru jam 1.00 pagi. Malaysia jumpa matahari dulu lah kiranya.


Bilik tidur individu dalam sebuah bilik yang dikongsi empat penghuni

Sambil tidur tu, tak sabar dok imagine apa nak menghadap untuk seminggu berada di Space Camp nih. Yeahhh! Tazabar..



 

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Terbaik lah cgu hailmi...truskan share lagi apa yg patut lpas ni boleh buat buku mcm cgu fazli buat...tajuk nya Space Camp Amerika kau tunggu la aku pun boleh datang insya allah...

    BalasPadam