About Me

HESA 2018 : Hari 5 (Marikh, Origami dan Moon Walking)

Aktiviti pada hari ini juga sangat menarik. Antara yang kami kena selesaikan adalah Misi ke Marikh, Origami in Space dan juga Moon Walking. Penat sebab padat, tapi memang sangat berbaloi pengalamannya. Semalam berlatih, maka hari nih jadi penentu kepada kejayaan Misi Marikh kami.


Team KIBO dengan Team Harmony

Untuk kali ini, saya ambil peranan sebagai MMS, iaitu Mars Mission Specialist. Saya bersama Carlos sekali lagi, berfungsi sebagai pakar yang akan keluar ke kawasan marikh dan seterusnya memindahkan bahanapi dari tangki ke stesyen angkasa di sana. Best kan?

Misi berjalan dengan baik. Alhamdulillah segalanya ok, dan saya dapat rasakan kali ini, misi nya jauh lebih baik daripada misi sebelumnya, iaitu Misi Orion. Jadi, satu kumpulan Kibo semuanya happy dengan result akhir kami.


We are the Mars Mission Specialists!
We are the Mars Mission Specialists!

Aktiviti kedua adalah Origami in Space. Fasilitator menunjukkan bagaimana penggunaan kaedah ringkas seperti Origami, boleh membantu menyelesaikan banyak masalah berkaitan ruang bagi teknologi angkasa lepas. 



Origami in Space

Kami diajarkan dua jenis lipatan origami sebagai aktiviti yang boleh digunapakai dengan murid nanti. Yang pertama, agak mudah sket. Yang kedua tu complicated boleh tahan lah jugak. Tapi biasa lah, bab-bab origami nih memang Asian power lah. Hahahahha..

Boleh tengok video di bawah bagi origami pertama yang kami buat. Mudah jer.  





Selesai berorigami kami bergerak ke Pusat Robotik yang terdapat di US Space and Rocket Center. Seperti biasa, koordinator bagi program robotik angkasa di sini, Daniel Elliot merupakan orang yang sangat passion dengan bidang robotik. Nampak nerd-nerd sket, dia boleh bercakap pasal robotik, non stop. Hahahhaa. Kagum dengan minat dan kesungguhan dia.





Satu yang saya suka di sini ialah sebab diorang bangunkan kemudahan robotik di sini dengan sangat lengkap. Peserta Space Camp boleh merasa workstation yang sangat ler canggih, sebijik macam yang digunakan di angkasa. 

 
Canggih benau workstation dia


Persekitaran untuk robot yang dibina juga mengambil kira faktor-faktor yang mungkin wujud di angkasa, seperti lubang, tanah lembap, ruang tinggi dan sempit dan macam-macam lagi. Secara tak langsung, robot yang dibangunkan juga mempunyai ciri-ciri  yang sesuai digunakan di Marikh atau jasad angkasa yang lain.

Satu lagi yang menarik adalah penggunaan robot underwater yang saya rasa jarang sket saya tengok. Memang terbaik aih depa nih!

Sesi petang disambung dengan aktiviti membina lampu suluh yang mudah. Gunakan papan litar dan beberapa komponen elektronik seperti LED, transistor dan suis, maka terhasillah sebuah lampu suluh yang comei.


Aktiviti membina lampu suluh

Jill dari New Hampshire, menyertai team kami kali nih bersama saya, Anthony dan Carlos. Jill nih seorang guru senior yang punya lah sangat baik. Sentiasa melayan kami nih seperti anak-anak nya. Dan beliau juga cukup suka bila dengar saya dari Malaysia. Niatnya, nak datang melawat Malaysia suatu hari nanti!


Aktivti terakhir sebelum balik pada hari ini adalah aktiviti moon walking di Astrotrek. Seronok jugalah dapat merasa berat badan yang 1/6 daripada berat badan sebenar di bumi. Melayang je dengan spring yang tergantung atas tu. Semua asyik ketawa sebab nampak lucu sangat.


We are the Moon Walkers!
We are the Moon Walkers!

Tiba masa nak balik, kami dikejutkan dengan thunderstorm yang melanda Huntsville. Amaran melalui aplikasi khas menyebabkan kami terpaksa berlindung dalam bangunan. Sebarang pergerakan balik atau keluar daripada bangunan tidak dibenarkan. 

Dengan teammate dari Taiwan, Cikgu Chien

Mujur juga thunderstorm tersebut tak melalui kawasan kami. Maka selesai menunggu lebih kurang 15 minit, kami dibenarkan bergerak dengan menggunakan bas seperti biasa. Suatu pengalaman menarik berada di Alabama!





Catat Ulasan

0 Ulasan