Persediaan ke HESA 2018 di Amerika Syarikat |
1. Kelulusan KPM
Ini part yang paling penting sekali pada saya. Sekalipun kursus ini dijalankan dalam masa cuti sekolah bukan hari bekerja, tetapi memohon kebenaran daripada KPM untuk mengikuti kursus ini adalah sangat mustahak. Malah saya beberapa kali mendapat 'amaran' daripada rakan yang bekerja di Kementerian supaya dapatkan kelulusan ini, kerana ianya penting terutamanya sebagai rekod kepada KPM.
2. Dokumen Honeywell
Segala emel dan dokumen yang dikirimkan oleh pihak Honeywell semuanya saya print dan simpan dalam satu fail plastik. Senang nak tunjuk dan rujuk jika berlaku apa-apa nanti. Terutamanya jika melibatkan urusan keluar masuk sempadan.
Peta Amerika Syarikat. Alabama sebelah kanan |
Selain itu saya survey-survey juga peta Amerika Syarikat, Alabama dan Huntsville. Sekurang-kurangnya adalah sket gambaran nanti kat mana semua tempat nih. Saya search juga kat wikipedia mengenai bandar Huntsville yang menjadi tempat letak US Space and Rocket Center nih.
Wikipedia : https://en.wikipedia.org/wiki/Huntsville,_Alabama
3. Flight
Urusan penerbangan juga merupakan satu perkara yang sangat penting. Masa mula-mula hampir-hampir saja penerbangan saya tiada. Mujurlah teman dari Indonesia memaklumkan kepada saya, dan saya terus mendapatkan respon daripada pihak Honeywell. Mujur semuanya ok.
Untuk pembelian tiket kapal terbang, semuanya diuruskan oleh agensi yang dilantik pihak Honeywell. Semasa menghubungi saya, mereka memberikan beberapa pilihan penerbangan. Kita pilih mana yang kita berkenan, dan selebihnya mereka akan uruskan.
Delta Airline |
Disebabkan juga masa penerbangan yang memakan masa hampir 24 jam termasuk transit, maka saya pastikan tarikh dan jam penerbangan menjadi keutamaan saya. Pening weh masa bertukar-tukar ikut zon dunia nih. Harapnya semua ok.
Untuk saya, penerbangan akan menggunakan Delta Airlines, dengan kemudahan luggage 25kg sebuah bagasi sahaja. Yang bestnya, sebab akan transit di Amsterdam! Yeahhaaa..
4. Pakaian
Untuk senarai pakaian juga disertakan dalam emel oleh Honeywell. Kerana sekarang musim summer (panas) maka dinasihatkan membawa topi dan payung. Dipesan juga untuk bawa pakaian yang boleh digunakan untuk aktiviti renang. Kasut sport yang selesa bagi tujuan aktiviti dan satu pakaian kasual business bagi acara dinner malam sambutan.
Pakaian yang sesuai untuk aktiviti |
5. Cuaca
Saya awal-awal lagi melihat cuaca di Huntsville pada tarikh saya di sana. Untuk musim panas ini, cuaca adalah sekitar 20-24 C. Tak ler panas sangat kan dengan cuaca kat Malaysia nih. Cuma jika berdasarkan kepada ramalan kajicuaca, ada kebarangkalian cuaca ada ribut petir sket. Harapnya hujan tak teruk lah.
Bagi yang nak check ramalan kaji cuaca di Huntsville boleh rujuk laman web ini
- check di https://weather.com/weather/tenday/l/Huntsville+AL+35801:4:US
Ramalan cuaca di Huntsville daripada 13 - 19 Jun 2018 |
6. Puasa dan Solat
Kebetulan saya pegi ke Amerika Syarikat ini dua hari berpuasa sebelum hari raya, maka saya dapatkan juga pandangan daripada beberapa orang ustad mengenai ibadah puasa. Dalam keadaan bermusafir ini, jika saya tidak berupaya, maka dibolehkan berbuka puasa dengan syarat kena ganti semula.
Bermusafir |
Namun jika saya teruskan berpuasa, maka waktu berbuka puasa saya ada tiga waktu yang saya boleh pilih iaitu:
1. waktu berbuka ketika berlepas (ikut Kuala Lumpur)
2. waktu berbuka ketika melintas di ruang udara negara tersebut
3. waktu berbuka ketika tiba (Amsterdam / Alabama)
Jika berupaya, memang saya akan berpuasa saja. Malas nak ganti-ganti, walaupun masa berpuasa mereka lebih panjang sedikit. Tapi kalau keadaan mendesak, terutamanya bila tengah bergerak dalam time zone yang saya pun pening nih dah maghrib ke isyak ke, (atau pun dok zohor lagi) maka saya dah standby kurma untuk dikunyah sepanjang perjalanan. Hahahaha..
7. Makanan
Mula-mula hajat hati nak bawak serunding buat habuan lepas hajat beraya di perantauan. Tapi saya difahamkan melalui seorang kenalan yang dah biasa ke sana, Amerika Syarikat tidak membenarkan produk daging dan tenusu dari luar masuk ke negaranya. Maka taknak ambik risiko, saya play safe memang tak bawa.
Nasi Arab |
Untuk makanan halal semasa latihan nanti, saya tak bimbang sangat. Melalui perbualan dengan peserta HESA pada tahun lepas, penyedia makanan merupakan orang Arab yang beragama Islam. Maka tak jadi masalah lah untuk peserta Muslim. Lagipun program international kan? Mesti lah diorang dah alert benda-benda camni.
8. US Dollar
Oleh kerana program ini dibiayai sepenuhnya kos oleh pihak Honeywell, dengan anggaran mencecah hampir RM10,000 bagi setiap peserta, maka saya hanya bawak Dollar dengan secukupnya. Habuan beli souvenir ka, baju-baju yang berkenaan nanti. Mana lah tahu.
US Dollar 1.00 = RM 3.99 |
Kadar tukaran semasa saya tukar pada tarikh 4 Jun 2018 camtu, USD1 = RM3.99. Huhuhu, dekat RM4 weyh.. Kalau tukar RM4,000 baru dapat USD1000. Hahahahha.. Cari pasai sungguh!
Sebagai alternatif lain, saya juga turut mengaktifkan kad kredit dan kat ATM saya bagi kegunaan di luar negara nanti. Caranya mudah saja, telefon nombor servis di belakang kad dan maklumkan bahawa kita nak aktifkan kad untuk digunakan di luar negara. Kemudian maklumkan bila tarikhnya kita balik semula ke Malaysia sebagai langkah keselamatan daripada disalahguna.
9. Souvenir dan Bendera
Yang ini benda extra. Pesanan daripada peserta tahun lepas, sila lah bawak souvenir dari Malaysia untuk diberikan kepada kita punya teammates yang seramai 20 orang tu, termasuk juga lebih kurang 5 orang jurulatih. Hadiah kenang-kenangan. Tapi saya memang nak bawak lebih lah. Maklumlah terlebih ramah!
Cenderamata dari Malaysia |
Saya bawak juga business card yang mengandungi maklumat saya untuk kami berhubung lagi selepas ini. Mana lah tahu ada kolaborasi antarabangsa selepas ini pula kan? Oh ya, bendera Malaysia juga saya tak lupa bawa untuk habuan bergambar depan roket nanti. Mesti lagi bangga kan?
Ok buat sementara waktu, ini saja yang saya dapat kongsikan dulu. InshaAllah teruskan follow blog dan youtube ya untuk update seterusnya. Yang di US, rasanya lebih menarik. Doakan juga perjalanan pegi dan balik saya berjalan dengan baik. Amin!
4 Ulasan
SEmuga selamat pergi dan pulang...jgn wat kelik minah salleh pulokkk....
BalasPadamkena ada surat kebenaran keluar negara kan...macam g umrah tu ke?
BalasPadamSelamat maju jaya cikgu Hailmi..semoga dimudahkan segala urusan semasa berada di negara orang ..aamiin
BalasPadambest pula baca...hihi..
BalasPadam