Bengkel Project-based Learning STEM di SMK Bandar Puteri Jaya |
Bengkel ini bertitik tolak daripada perbualan saya dengan tuan Pengetua SMK Bandar Puteri Jaya, Tuan Haji Osman berkaitan dengan kemahiran berfikir aras tinggi murid. Beliau menyatakan hasrat beliau untuk melihat saya melaksanakan pembelajaran STEM dalam kelas, bagi dikongsikan juga dengan guru-guru STEM di sekolah ini. Maka pada tarikh yang dipersetujui, berlangsunglah bengkel dengan jayanya.
Tuan Haji Osman, Pengetua SMK Bandar Puteri Jaya |
Seperti biasa saya akan bawa beberapa orang murid saya bagi memberi pendedahan kepada mereka juga. Di samping dapat berkenalan dengan rakan baru, mereka juga berpeluang untuk belajar memimpin rakan sepasukan bila diperlukan. Skil yang amat mereka perlukan bila keluar dari sekolah nanti.
Bagi sesi bengkel, saya cuba jalankan pendekatan project-based learning bagi tajuk Kaedah rawatan air. Yang mana tugasannya, adalah murid dikehendaki menghasilkan produk yang boleh menapis air dengan bersih secara berpasukan.
Dapatkan buku STEM : Amalan Terbaik Bilik Darjah secara online |
Murid dirangsang dengan proses perancangan yang menggunakan kemahiran berfikir kreatif dan kritis. Saya tekankan pada teknik penyoalan dan kebebasan idea supaya murid dapat keluarkan idea-idea menarik mereka serta berfikir di luar kotak.
Bagi sesi perkongsian guru pula, saya tekankan pada bagaimana kaedah saya membimbing murid sepanjang proses berlaku. Terutamanya cara saya menyoal murid. Malah kami turut ada sesi perkongsian amalan STEM, dan bersoal jawab bagi guru yang mahu mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang STEM dan amalan project-based learning.
Bersama Pengetua dan 16 guru STEM SMK Bandar Puteri Jaya yang terlibat bengkel |
Secara keseluruhannya, bagi saya bengkel sebegini adalah sangat menyeronokkan. Bukan sahaja murid yang mendapat peluang untuk belajar dengan pendekatan STEM seperti project-based dan lain-lain, tetapi perkara ini juga dapat dikongsikan bersama-sama guru-guru STEM yang lain.
Semoga perkongsian ini memberi input berguna dan membantu guru-guru untuk melaksanakan pendekatan STEM dalam bilik darjah dengan lebih baik.
0 Ulasan