Bengkel Tenaga Pengajar Utama IBSE untuk Pusat STEM Negara |
Ini adalah kali kedua saya turut serta dalam bengkel IBSE. Kali pertama adalah bersama Akademik Sains Malaysia di Langkawi pada tahun 2016 untuk program Duta Sains MOSTI. Pemilihan Tenaga Pengajar Utama (TPU) juga adalah berdasarkan kepada rekod guru-guru atau pensyarah IPGM yang pernah terlibat dengan bengkel IBSE. Maka peluang kali nih banyak membantu saya dalam mengukuhkan kefahaman terhadap pendekatan IBSE.
Antara yang kami jalankan semasa bengkel ini adalah menjalankan sendiri banyak aktiviti inkuiri yang menarik, supaya dapat disampaikan dengan baik oleh para TPU pada peringkat negeri kelak. Selain itu kami juga memilih aktiviti inkuiri yang sesuai dan senang dijalankan bagi mengurangkan kekeliruan tentang pendekatan Inkuiri ini.
Turut diberi slot untuk perkongsian amalan STEM dalam bilik darjah |
Contoh buku catatan jurnal sains oleh anak murid Cg Alice |
Bahan yang digunakan untuk Bengkel IBSE |
Mengenalpasti soalan yang berpotensi untuk disiasat |
Posing sket depan BTPN Kelantan |
Saya sendiri secara tak langsung banyak memperolehi banyak ilmu baharu berkaitan inkuiri sepanjang mengikuti bengkel IBSE nih. Malah beberapa aktiviti sangat menarik untuk diaplikasikan sendiri dengan anak murid saya nanti, terutamanya bagi tajuk bintang dan matahari.
Paling best juga sebab peserta Bengkel IBSE ini adalah merupakan kumpulan pertama yang menerima sijil yang dikeluarkan daripada Pusat STEM Negara. Bangga weyh!
Yeay.. kamilah Tenaga Pengajar Utama IBSE |
Yang pastinya, selepas ini tak sabar nak mencurahkan ilmu kepada lebih ramai pendidik di negeri Kedah dalam misi melatih lebih ramai guru supaya mahir dengan pendekatan IBSE. Kumpulan guru yang dilatih ini pula akan menyebarkan kepada rakan guru di sekolah. Maka, lebih ramai yang akan menerima manfaat.
Malah saya percaya, sekiranya perkara ini dijalankan dengan baik, di samping pemantauan yang berterusan, inshaAllah corak pembelajaran Sains kita akan berubah 360 darjah, berbanding dulu yang sentiasa mengutamakan peperiksaan.
Bersama Dr Pajuzi Awang, teman sebilik sepanjang 4 hari bengkel di sini |
Sama-sama kita bergerak ke arah membangunkan bidang STEM di negara kita. Jom kita berIBSE!
0 Ulasan