About Me

Guru Sains Terbaik di Anugerah Ki Hajar Dewantara 2018

Rezeki tahun 2018 nih datang tanpa diduga bila saya terpilih untuk mewakili Malaysia bagi Anugerah Ki Hajar Dewantara 2018 di Bali, Indonesia. Pertandingan yang bertujuan bagi mencari Guru Sains Terbaik ASEAN ini dianjurkan oleh SEAMEO - QITEP in Science yang berpusat di Bandung, Indonesia. 


Guru Sains Terbaik di Anugerah Ki Hajar Dewantara 2018
Guru Sains Terbaik di Anugerah Ki Hajar Dewantara 2018

Dalam pertandingan ini, setiap negara di Asia Tenggara haruslah mencalonkan seorang guru Sains terbaik dari negara masing-masing dan membentangkan amalan terbaik dalam bilik darjah. 


Bagaimana Saya Terpilih?
Teringat kembali semasa saya dihubungi oleh pihak JNJK (Nazir) pada awal Februari tahun ini. Mula-mula excited juga bila dimaklumkan bahawa saya dikehendaki mengisi borang pencalonan guru wakil Malaysia ke Anugerah ini di Bali, Indonesia. 
 
Tapi lepas tu, bila dibagitahu bahawa bersama saya ada lagi 9 orang guru Sains Malaysia yang disenaraipendek, maka tahu lah saya bahawa, masih ada satu lagi lapisan yang saya kena lalui. 

 
Amalan terbaik bilik darjah
Amalan terbaik bilik darjah


Tugasannya, kami dikehendaki menghantar resume dan penulisan amalan terbaik kami untuk dinilai. Jika terpilih, baru lah dapat wakil Malaysia ke sana. Maka saya sahut cabaran tersebut sebagai satu peluang untuk saya mencari pengalaman dan mencuba perkara baharu. 

Dua bulan kemudiannya, saya dihubungi sekali lagi, dan alhamdulillah disampaikan berita gembira bahawa dalam kalangan 10 orang guru Sains tersebut, saya terpilih untuk mewakili Malaysia ke Bali, Indonesia. Yeayyyyy.


Bersama Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dr Habibah
Bersama Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dr Habibah

Memang sangat gembira sebab terpilih. Tetapi dalam masa yang sama, datang perasaan berdebar sebab bukan saya pegi untuk berkursus atau ikut konferens sahaja, tetapi untuk mewakili negara bagi satu pertandingan untuk ASEAN. Berat tanggungjawab tu. Namun bagi mengharumkan nama baik Malaysia, saya cuba lakukan persiapan dan persediaan dengan sebaik mungkin sedaya upaya saya.


Ketibaan di Bali, Indonesia
Setibanya saya di Bali, Indonesia saya dijemput oleh wakil sekretariat QITEP in Science. Bersama saya juga adalah wakil guru dari Timor Leste, Daniel Guzmao. Dari sana kami dibawa ke Lembaga Penjaminan Mutu Pendidikan (LPMP) Bali, tempat di mana berlangsungnya konferens tersebut. 


Lembaga Penjaminan Mutu Pendidikan (LPMP) Bali, Indonesia
Lembaga Penjaminan Mutu Pendidikan (LPMP) Bali, Indonesia

Kami diberikan penginapan dalam pusat tersebut, dengan setiap bilik dipasangkan dengan seorang guru dari Indonesia.Di rumah saya, ada guru dari Thailand, Dr Somsak dan juga dari Singapura, Mr Koh. Guru Indonesia yang sebilik dengan saya adalah Pak Wijaya, dari Jogjajakarta, guru senior yang sangat baik dan sangat rajin.

Untuk pemilihan guru Indonesia bagi mewakili negara tersebut, pihak kementerian mereka telah mengadakan pertandingan terbuka, dan 20 orang guru terbaik dijemput bagi mendapat pendedahan dan diberi peluang untuk sesi perkongsian bersama guru lain. 


Anugerah Ki Hajar Dewantara 2018
Anugerah Ki Hajar Dewantara 2018

Kemudian barulah saya tahu, bahawa nama anugerah tersebut adalah mengambil nama Ki Hajar Dewantara, yang merupakan tokoh pendidikan yang hebat dan disegani di Indonesia. Beliau terkenal dengan kata-kata, 

"Ing Ngarso Nang Tulodo, Ing madyo mangun karso, tut wuri handayani"
Yang di depan, menjadi teladan. Di tengah, memberi semangat. Yang di belakang memberi dorongan


Kami diberi briefing oleh pihak sekretariat dengan apa yang akan berlaku sepanjang 4 hari di Bali, Indonesia. Barulah kami tahu, hanya ada 7 buah negara saja yang menyertai pertandingan ini pada kali ini. Malaysia, Indonesia, SIngapura, Thailand, Timor Leste, Filipina dan Laos. 


Peserta Anugerah Ki Hajar Dewantara 2018 dari 7 negara ASEAN
Peserta Anugerah Ki Hajar Dewantara 2018 dari 7 negara ASEAN

Hari pembentangan kami dikumpulkan bersama untuk dikongsikan dengan guru-guru dari Bali dan 20 guru Sains terbaik Indonesia.  Saya lihat budaya penulisan dan penyelidikan dalam pendidikan haruslah diterapkan dalam kalangan guru-guru Malaysia juga dengan lebih berkesan.


Kebudayaan Bali
Kebudayaan Bali

Keputusan akhirnya adalah, guru dari Singapura telah berjaya dinobatkan sebagai Guru Sains Terbaik ASEAN bagi Anugerah Ki Hajar Dewantara 2018. Sekali pun telah mencuba yang terbaik, namun belum ada rezeki untuk saya bawa pulang anugerah tersebut ke Malaysia. Maaf yer semua!




Apa Yang Hebat Tentang Guru Singapura Tersebut?
Apa yang cikgu Singapura tu buat sampai melayakkan beliau untuk dianugerahkan Guru Sains Terbaik ASEAN? Kalau tengok daripada perkongsian beliau, terkejut juga sebab sama saja dengan benda yang kita buat di Malaysia. 


Mr Koh, Guru Sains Terbaik ASEAN
Mr Koh, Guru Sains Terbaik ASEAN

Tahu tak apa? Penggunaan whiteboard dalam bilik darjah! 

Kan sama saja dengan yang kita buat untuk PAK21, iaitu penggunaan mini whiteboard. Tapi bezanya adalah keberkesanan kaedah tersebut dikaji dan dibuat penulisan ilmiah dengan data dan hasil keputusannya. Smart kan?

Sebab tu saya sarankan lebih ramai guru Malaysia untuk menulis dan menghasilkan kajian yang lebih konkrit bagi membantu menaikkan mutu pendidikan negara. 


Pembentangan hebat dari Dr Habibah mengenai STEM di Malaysia
Pembentangan hebat dari Dr Habibah mengenai STEM di Malaysia

Bersama kontinjen Malaysia ke International Seminar SEAMEO di Bali
Bersama kontinjen Malaysia ke International Seminar SEAMEO di Bali



Bersyukur Menjadi Guru Malaysia
Peluang juga diambil untuk saya membina network dengan ramai guru-guru Indonesia yang hebat. Barulah tahu susah payah mereka dalam mencari rezeki sebagai seorang pendidik di sini. Majoritinya terpaksa bekerja sekurang-kurangnya dua pekerjaan untuk menampung kehidupan.


Bersama kenalan guru Sains dari Indonesia

Bersama kenalan guru Sains dari Indonesia

Bersama kenalan guru Sains dari Indonesia

Bersama kenalan guru Sains dari Indonesia


Tahu tak berapa gaji cikgu di Indonesia? Jika ditukar kepada Malaysia, lebih kurang dalam RM600 sahaja sebulan bagi yang first posting! dan kalau sampai pencen pun tak sampai RM3000. 

Terkejut sungguh saya dengar dan betapa bersyukurnya rasa jadi guru di Malaysia. Dengan gaji yang kecil tersebut juga, tidak menghalang langsung daripada guru mereka untuk kreatif dan kuat berusaha. Tapi cikgu kita pula?


Guru Sains Terbaik di Anugerah Ki Hajar Dewantara 2018
Terima kasih Kementerian Pendidikan Malaysia!

Walaupun misi kurang berjaya pada kali ini, namun saya gembira kerana banyak perkara yang saya belajar daripada pengalaman ke Bali untuk kali ini. Daripada berurusan dengan manusia, sehinggalah kepada amalan terbaik bilik darjah, semuanya dapat diaplikasikan pada masa akan datang untuk profesionalisma yang lebih baik.

Sama-samalah kita menjadi guru yang lebih baik!



Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Boleh ceritakan tntg penggunaan mini whiteboard tu? Saya pun guna juga..tp hanya utk catat dan sharing jwpn dlm kelas..ada kegunaan lain ke..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mr Koh tu ajar subjek Fizik. Setiap kali kelas, beliau akan mintak murid dia berbincang dalam kumpulan, dan tulis nota yang berkaitan pada whiteboard tu. kalau ada gambar ka apa ka semua masuk situ. so whiteboard dia lebih besar daripada kita punya whiteboard. kemudian murid dia akan bincang dan terangkan pada kumpulan lain.

      Padam
  2. Boleh tak cikgu Hailmi kongsikan serba sedikit amalan terbaik guru-guru daripada negara lain dalam entri seterusnya? Tahniah cikgu...Pengalaman berharga tu..Bukan semua guru dapat merasainya.

    BalasPadam
  3. tahniah...dan tq for sharing....teringin juga nk tau lebih lanjut pasal.mini white bboard tu..

    BalasPadam
  4. Beliau berhasil meraih penghargaan ini berkat dedikasinya dalam mengembangkan pendidikan sains yang inovatif dan kreatif, Incredibox serta kemampuannya untuk menginspirasi dan memotivasi siswa dalam belajar sains.

    BalasPadam