Kemeriahan Karnival STEM Peringkat Negeri Kedah 2018 |
Untuk kali ini, saya terlibat bersama-sama Bahagian Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD) bagi membuka booth bagi mempromosikan lagi STEM bersama-sama Encik Syarizal. Selain daripada edaran dan brosur, token-token KPM berkaitan STEM juga dibawa bersama.
Bagi memeriahkan lagi booth STEM tersebut, maka saya cadangkan supaya aktiviti mudah STEM dijalankan di sana. Takkan nak bagi hadiah free jer kan? Heheheh.. Setelah dipersetujui, maka saya jalankan aktiviti Rotocopter pada hari pertama, dan Hoop Glider pada hari kedua dengan dibantu oleh dua orang murid saya.
Pertandingan Teknologi Hijau |
Pertandingan Inovasi |
Pertandingan Solar Cooker |
Pertandingan Solar Car |
Pertandingan STEM Action Song |
Alhamdulillah sambutan daripada pengunjung sangat mengalakkan, terutamanya pada hari Hoop Glider dijalankan. Meriah tengok murid-murid dok bermain Hoop Glider di sepanjang karnival berlangsung. Wajib buat, baru dapat hadiah. Sekali dengan Hoop Glider tu jadi hadiah untuk depa.
Pengalaman kali nih menarik. Selain daripada dapat bertemu dengan ramai kalangan guru Sains dari seluruh pelosok Kedah, saya juga berpeluang untuk buat sesuatu dengan anak murid, terutamanya murid sekolah rendah.
Dan saya yakin, mereka ini lah yang jika didedahkan dengan baik kepada bidang STEM, boleh mendatangkan minat dan keghairahan pada mereka ketika dewasa nanti.
0 Ulasan