6 Tips Habiskan Syllabus, Walaupun Banyak Buat Aktiviti Dalam Bilik Darjah |
Jadi, meh saya nak kongsikan 6 tips macamana saya uruskan isu ini. Anda boleh tonton juga rakaman video Live FB saya pada 29 Oktober 2018, bagi tajuk yang sama kat Youtube Channel saya seperti di bawah.
Tips 1 : Aspek Perancangan
Perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah aspek guru sebagai perancang. Ye lah, kalau tak rancang bagus-bagus, mestilah kelam kabut dan asyik tertunda saja aktiviti. Persediaan daripada segi bahan bantu mengajar dan juga benda lain, sangat membantu melicinkan proses PdPc dalam kelas.
Aspek Guru Sebagai Perancang |
Selain itu penggunaan Model Pembelajaran 5E bagi menstrukturkan pengajaran kita juga sangat membantu saya dalam memastikan proses PdPc berjalan dengan baik. Boleh tonton video 5E saya di Youtube juga untuk dapat lebih kefahaman bagaimana nak rancang PdPc dengan menggunakan Model Pembelajaran 5E.
Tips 2 : Pengurusan Masa Murid
Ini juga satu cabaran untuk guru bila buat aktiviti. Sebab ramai murid akan cenderung habiskan masa pada sesi menghias bahan pembentangan mereka, sampai mengganggu perancangan guru. Untuk saya, saya biasakan murid dengan memberitahu mereka masa yang berbaki. Jadi secara tak langsung, murid ada idea, berapa banyak masa untuk mereka siapkan kerja mereka.
Tips 3 : Aktiviti + Ajar
Ini antara perkara yang saya belajar dari kesilapan. Sebelum nih biasanya saya akan ajar dulu murid, kemudian buat aktiviti. Tapi akhirnya saya lihat murid juga mampu belajar semasa proses aktiviti. Malah mereka lebih faham, sebab terus nampak apa yang cikgu nak ceritakan tu tadi.
Murid belajar dengan cara buat aktiviti |
Jadi kemudiannya saya twist sket pengajaran saya. Terus buat aktiviti, dan pastikan murid betul-betul belajar semasa aktiviti. Maknanya murid belajar semasa mereka tengah buat aktiviti. Memang lebih berkesan! Namun, peranan guru sebagai fasilitator perlulah betul-betul dijalankan dengan baik dan berkesan.
Tips 4 : Strategi PAK21
Sebenarnya penggunaan strategi pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif sangat membantu dalam menghabiskan syllabus mengikut masanya. Penggunaan strategi seperti Gallery Walk, 3 Stray 1 Stay dan Jigsaw membolehkan guru untuk menggabungkan beberapa subtopik dalam satu aktiviti. Dah tentu ini sangat membantu untuk guru berada on track.
Tips 5 : Amalan Murid
Satu lagi yang saya buat adalah dengan membiasakan murid saya dengan arahan saya semasa dalam kelas. Jadi murid dah tahu apa yang patut dan perlu mereka buat. Murid saya juga sedia maklum dengan tahap kualiti hasil kerja yang mereka patut tunjukkan kepada saya.
Happy Students! |
Dan semua ini datangnya melalui pengamalan. Justeru itu jika cikgu dapati murid cikgu bermasalah pada awal pelaksanaan, maka jangan give up. Teruskan melatih murid, sehingga mereka biasa dengan cara belajar dengan cikgu. InshaAllah semuanya akan jadi lebih mudah lepas tu.
Tips 6 : Penggunaan Teknologi
Akhir sekali adalah penggunaan teknologi juga sebenarnya mampu membantu melancarkan lagi perjalanan pdpc kita. Latar belakang anak murid saya di Jerlun merupakan anak nelayan dan petani. Namun kebanyakan daripada memiliki smartphone dan menggunakan untuk banyak kegiatan peribadi.
Maka saya cuba ambil kesempatan daripada peluang yang saya ada dengan menggunakan strategi Flipped Classroom dan kadang-kadang aplikasi lain seperti Google Form, Kahoot dan lain-lain. Strategi Flipped Classroom terutamanya sangat membantu saya dalam menguruskan apa yang nak diajar kepada murid, dan membantu murid faham sebelum mereka masuk kelas saya, dan buat aktiviti. Sebab tu saya suka rakam banyak video PdPc!
Pembelajaran berasaskan projek : Mencipta Penapis Air |
OK, itu saja perkongsian 6 Tips untuk membantu guru-guru lain menjalankan aktiviti semasa sesi PdPc, tanpa perlu takut / risau syllabus tak habis dengan banyaknya buat aktiviti. Perkaranya tidak lah susah sangat, tetapi memerlukan sedikit usaha dan juga kesungguhan daripada guru-guru, sebelum biasa dengan amalan tersebut. Yang penting adalah bagaimana kita sesuaikan dengan murid dan juga apa yang kita ada.
Semoga ini bermanfaat dan membantu!
5 Ulasan
Menarik tips cikgu. Serba sedikit saya boleh apply untuk hometuition saya ni :) Tq
BalasPadamMental dan fizikal seseorang pelajar perlu ada baru dapat hasilkan seorang yang sempurna.
BalasPadamAlhamdulillah, tahniah cikgu
BalasPadamtq cg Mi sharing is caring i like.saya ada buat aktiviti terus dlm pdpc berjaya.
BalasPadamtq cg Mi sharing is caring i like.saya ada buat aktiviti terus dlm pdpc berjaya.
BalasPadam