About Me

7 Tips Pilih Projektor Yang Baik Untuk Guru

Tuntutan teknologi dalam Pembelajaran Abad ke-21 menuntut guru untuk juga seiring dalam perkara berkenaan. Antara teknologi paling mudah digunakan guru dalam kelas adalah menggunakan projektor. Sini saya kongsikan 7 tips untuk guru memilih projektor yang sesuai bagi kegunaan bilik darjah.


7 Tips Pilih Projektor Yang Baik Untuk Guru
7 Tips Pilih Projektor Yang Baik Untuk Guru


1. Harga Yang Sesuai
Ini adalah antara faktor pertama yang difikirkan oleh guru yang ingin membeli projektor. Harga Projektor boleh jadi pelbagai, dari semurah RM300 sehinggalah ke RM5000. Harga LED projektor lebih murah, tetapi kualiti juga kurang berbanding LCD projektor yang sedikit mahal. 

 
Projektor ini saya beli dengan harga RM1000 secara online
Projektor ini saya beli dengan harga RM1000 secara online


Yang penting, beli ikut bajet anda. Saya cadangkan harga antara RM1,000 hingga RM1,500 adalah harga yang munasabah bagi sebuah projektor untuk kegunaan dalam kelas atau makmal. Untuk kegunaan di dewan terbuka pula, dapatkan projektor dengan harga lingkungan RM3,000 ke atas untuk kualiti lebih baik.



2. Saiz dan Berat
Sebab projektor ini nak digunakan dan diusung ke sana ke sini, maka dapatkan projektor dengan berat dan saiz yang munasabah. Rasanya zaman sekarang nih dah tak susah nak dapatkan projektor yang bersaiz lebih ringan dan kecil. Malah ada projektor yang cuma bersaiz tapak tangan saja. 

Pastikan anda memilih saiz projektor yang sesuai dengan kegunaan
Pastikan anda memilih saiz projektor yang sesuai dengan kegunaan

Cuma pada pandangan saya, elakkan daripada membeli yang terlalu kecil jika anda pentingkan pada kualiti. Takut nanti dah beli, dengan harga yang murah plak tu, last skali langsung tak boleh nak guna dalam kelas sebab kualiti yang sangat teruk.





3. Kualiti Menawan Tertawan
Ini antara faktor penting juga kena consider bila nak beli projektor. Ye lah, beli mahal-mahal, kang tak dapat nak guna dalam kelas, sebab tak cukup teranglah, tak cukup jelas lah, sapa tak hangin kan.

Secara ringkas dia projektor nih yang popular ada dua jenis, LED Projektor dan LCD projektor. Kualiti tentu lah LCD Projektor lebih baik kalau nak dibandingkan. Sebab tu harga dia lebih mahal sket. 


Pemilihan projektor yang sesuai perlu mengambilkira tempat penggunaan
Pemilihan projektor yang sesuai perlu mengambilkira tempat penggunaan

 Selain daripada tu, kecerahan ANSI LUMENS juga memainkan peranan. Senang cerita, lagi tinggi nilai dia, maka lagi bagus. ANSI LUMENS yang dicadangkan adalah bagi nilai 2500 dan ke atas. Memang cukup clear. 

Satu lagi adalah CONTRAST. Yang ini untuk kejelasan gambar, maka lagi tinggi nilai kontras, maka lebih bagus kualiti gambar yang dihasilkan. Sebagai contoh, 2000 : 1. 



4.  Sambungan Port Yang Pelbagai
Ini juga antara ciri menarik yang kita kena pertimbangkan masa nak beli projektor. Kebiasaanya, setiap projektor ada sekurang-kurangnya slot untuk VGA, HDMI dan USB. Untuk yang advance sket, ada lah slot yang pelik-pelik sket. Tapi kalau setakat laptop biasa, slot yang sedia ada pun dah mencukupi. 


Slot yang pelbagai pada projektor membolehkan lebih banyak peranti disambungkan
Slot yang pelbagai pada projektor membolehkan lebih banyak peranti disambungkan

Untuk projektor yang keluaran terbaharu, ada juga yang menawarkan fungsi Wireless. Lagi senang, terus boleh connect direct daripada laptop dan paling best, dari fon anda jugak. Takyah nak berangkut laptop kan. Save saja powerpoint ka video ka semua dalam handset, dan zaaassss!


5. Jangka Hayat Lampu
Yang ini tambahan saja pada pandangan saya. Tapi boleh lah kalau nak diambil kira juga sebagai info tambahan semasa nak membeli projektor baharu. Dicadangkan sila dapatkan jangka hayat lebih kurang 15,000 jam untuk lampu LED tu. So apa yang jadi kalau lampu tu dah cecah 15,000 jam? Cikgu-cikgu sekelian boleh saja ke kedai, dan tukar lampu dengan yang baharu. Selesai masalah.


Lampu projektor LCD yang sudah capai tahap boleh ditukar
Lampu projektor LCD yang sudah capai tahap boleh ditukar

6. Tempoh Warranty
Satu lagi yang cikgu kena consider adalah tempoh warranty yang diberikan. Biasanya setahun sajalah, kecuali mungkin pada semasa promosi atau ada event ka apa. Kalau kurang daripada setahun, tu mungkin maknanya projektor yang second hand atau ada something wrong lah. Cuba tanya balik sang penjual. 
  


7. Free Gift Percuma
Masa nak beli dulu, selepas mendapatkan harga yang saya hajatkan bagi sesebuah projektor, antara perkara yang saya pertimbangkan jugak adalah free gift yang saya dapat. Hehehe, sapa tak suka barang percuma kan? 

Wahh.. bestnya kalau beli projektor dapat free gift macam ni
Wahh.. bestnya kalau beli projektor dapat free gift macam ni

Untuk belian Epson LCD Projektor S41 pada tahun 2016 melalui Lazada, untuk bayaran RM1000 saya dapat juga presenter dan kabel HDMI. Kabel HDMI tu pada pandangan saya perlu ada, sebab banyak laptop sekarang pun guna dengan function yang sama. 


Nasihat saya, sebelum beli tu, dapatkan dulu perbezaan harga daripada beberapa kedai, online dan offline supaya anda tahu harga yang standard. So senang lah anda nak buat pilihan terbaik nanti masa nak membeli projektor baharu. Yay!






Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Terbaik Cikgu. Tapi nak tanya tukar lampu biasa berapa kosnye ye?

    BalasPadam
  2. Viewsonic M1 projector...ok x cikgu?

    BalasPadam
  3. Perkongsian info yg bagus. Terbaik tuan

    BalasPadam
  4. Menarik...tgh survey nk cari jugak 1 ni

    BalasPadam
  5. Terima kasih di atas perkongsian ilmu berkenaan dgn projektor.

    BalasPadam
  6. Cikgu, kalau saya nak pasa g youtube, phone connect ke projector, suara video tu murid boleh dgr dgn jelas tak?

    BalasPadam