Beza Pendidikan TVET di Korea dengan Pendidikan TVET di Malaysia |
Yer.. pelik tapi benar. Budak-budak TVET di Korea ini kebanyakkannya sudah ditawarkan kerja sebelum lagi tamat peperiksaan awam ala-ala STPM kita. Maka kita boleh saksikan ramai pelajar Grade 3 yang akan escape (dengan kebenaran) beberapa kelas bagi menghadiri temuduga.
Kaunseling Kerjaya
Setelah saya selidik, rupanya ada bilik khas yang menyediakan khidmat memberi kaunseling kepada pelajar yang akan memohon kerja. Ini bukan bilik kaunseling macam kita kat Malaysia yer. Diorang dah asing siap-siap Kaunseling Masalah (disebut sebagai Wee Class) dan Kaunseling Kerjaya.
Kaunseling Kerjaya tu memang khusus untuk prepare budak dengan alam pekerjaan sahaja. Team yang berbeza. Di bilik ini, 3 orang guru akan bertugas bersama seorang lagi staf luar membantu pelajar yang memohon kerja.
Mereka menyediakan khidmat nasihat, bantuan menyediakan resume dan profile untuk pelajar, mengajar pelajar untuk menjaga adab dan pakaian semasa temuduga serta menyimpan maklumat syarikat yang dipohon oleh pelajar bagi membantu semasa temuduga dijalankan.
Dalam bilik kaunseling kerjaya tersebut, penuh tersusun portfolio-portfolio syarikat yang bakal yang menjadi prospek kerjaya murid-murid sekolah nih. Senang dan sangat membantu murid untuk study apa yang patut mengenai syarikat yang bakal mereka pergi temuduga. Sangat bagus kan?
Bahan bacaan dan profil syarikat yang kerap dimohon pelajar juga disediakan untuk membantu persiapan murid |
Sijil-sijil daripada agensi luar dari sekolah, seperti sijil komputer, sijil perakaunan dan lain-lain mampu 'mencantikkan' lagi resume para pelajar selain daripada keputusan akademik yang cemerlang dan juga penglibatan lain dalam ko-kurikulum serta aktiviti luar (eg: sukarela, kebajikan etc)
Sekolah Pilihan Utama Menurut guru mentor saya, Kim Songsaenim, kadar pengangguran yang tinggi dan sukar mendapat pekerjaan merupakan antara masalah utama di Korea. Oleh sebab itu, para pelajar dan ibubapa akan mencari sekolah yang dapat menyediakan kursus yang boleh menjamin masa depan pelajar dalam bidang yang sesuai.
Beza Pendidikan TVET di Korea dengan Pendidikan TVET di Malaysia |
Maka sekolah TVET seperti ini sangat lah menarik perhatian ibu bapa dan murid kerana dapat menyediakan skill yang sedia untuk digunakan dalam industri.
Sebagai contoh, bagi sekolah Daegu Girls Commercial High School, kadar peratusan pelajarnya yang mendapat kerja sebaik sahaja tamat Grade 3 adalah mencapai sehingga 70 - 80%. Agak tinggi jika dibandingkan dengan sekolah lain.
Daegu Girls Commercial High School |
Maka ukuran kejayaan sesebuah sekolah adalah diukur kepada tahap kejayaan sekolah tersebut menghasilkan pelajar yang berkualiti dan ditawarkan pekerjaan dengan gaji yang lumayan.
Kemenjadian Murid Bagi tahun 2015, sehingga bulan Oktober ini, seramai 130 orang pelajar daripada 300 telah ditawarkan pekerjaan dalam pelbagai syarikat. Dan dah tentulah, syarikat yang paling menjadi idaman para pelajar dan juga orang Korea, dengan tawaran gaji yang paling tinggi adalah bekerja di syarikat Samsung!
Bagi pelajar di sekolah saya ini, bank tempatan iaitu Daegu Bank merupakan antara tempat yang menjadi idaman para pelajar sekolah ini. Dan yang bagusnya, pelajar yang berjaya mendapatkan tempat di bank ini akan dijadikan sebagai ikon dalam majalah sekolah bagi menarik perhatian lebih ramai pelajar Middle School untuk mendaftar ke sekolah ini.
Untuk rekod, pada tahun ini, seorang pelajar telah ditawarkan bekerja di sebuah bank, dengan tawaran gaji sebanyak 35 000 000 won yang juga bersamaan dengan USD 30 000 bagi setahun. Jika dikira, lebih kurang RM11 000 bagi setiap bulan. Wow!!
Jadi, apa yang perlu dilakukan oleh pelajar jika dah dapat kerja?
Mereka masih perlu terus menyambung pelajaran dan menduduki peperiksaan awam seperti pelajar lain. Cuma tawaran pekerjaan dah tak payah perlu pikir.
Budak TVET di Korea boleh ditawarkan dengan pekerjaan gaji RM11,000! |
Saya ada tanya juga mengenai keperluan sambung ke universiti untuk peringkat lebih tinggi. Kata guru mentor saya, kebanyakkan pelajar ini akan sambung belajar semasa bekerja nanti. Keutamaan buat masa sekarang adalah untuk mendapatkan pekerjaan, dan bukan untuk sambung belajar ke universiti.
Apa Faktor Kejayaan?
Jadi, apa yang menyebabkan perkara ini berjaya? Maksudnya, kenapa mudah sangat budak-budak sekolah ini diterima bekerja sedangkan belum ada ijazah atau diploma?
Pada pandangan saya, secara peribadi saya melihat sistem pendidikan Korea sangat bersifat sokong menyokong antara satu sama lain. Maksudnya, pihak sekolah bersungguh-sungguh menyediakan murid dengan kemahiran yang diperlukan sebagai bakal pekerja.
Murid TVET di Korea disediakan dengan kemahiran untuk bekerja |
Pihak industri pulak 'menyambut' usaha tersebut dengan menerima murid TVET tersebut sebagai pekerja mereka. Pihak universiti menjadi orang tengah yang berupaya menghubungkan dunia sekolah dengan dunia industri supaya peralihan ilmu itu berlangsung dengan lancar.
Faktor kedua adalah kerana, sekolah Korea menyediakan murid mereka dengan kemahiran, bukan saja pengetahuan. Maksudnya budak-budak dia memang sudah boleh bekerja. Berbanding murid kita yang banyak disogokkan dengan content, dan belum tentu lagi berupaya mengaplikasikan ilmu tersebut dengan baik semasa bekerja nanti.
Industri menyambut baik modal insan yang dibekalkan oleh pihak sekolah |
Kesimpulannya, banyak perkara yang kita boleh belajar daripada pendidikan TVET di Korea Selatan dan bagaimana mereka berupaya sokong menyokong antara satu sama lain dengan baik. Semoga Malaysia juga bergerak ke arah yang sama pada suatu hari nanti. Amin!
p/s: Alhamdulillah. Setelah tiga tahun berlalu, artikel ini siap juga ditulis pada 10 Disember 2018! ;)
2 Ulasan
Semoga saya dapat menjadi kaunselor yang dapat membimbing pelajar.
BalasPadamCongratulations on landing a job before finishing your studies!" It's an incredible accomplishment and a credit to your hard work and abilities. This trip to Korea will certainly be an unforgettable adventure for you. Best wishes as you embark on this exciting chapter air fryer prices in pakistan!
BalasPadam