About Me

Refleksi Saya Untuk Tahun 2018

Tahun 2018 adalah tahun ke-12 saya bergelar pendidik. Sekejap saja masa berlalu. Rasa macam baru jer posting. Hahaha. Saya kira sudah mendapat rentak dalam dunia pendidikan. Namun dengan berbaki berpuluh tahun lagi nak mengajar, siapa tahu apa yang akan berlaku. Ye dak? Yang penting, jaga niat, jaga tujuan, InshaAllah Allah mudahkan segala urusan lain. 

Refleksi Saya Sebagai Guru Untuk Tahun 2018
Refleksi Saya Sebagai Guru Untuk Tahun 2018

Buat yang first time baca blog saya, artikel ini adalah refleksi ke-6 saya. Boleh baca refleksi saya buat pada tahun 2013, 2014, 2015, 2016, dan 2017 untuk melihat suka duka saya dalam bidang pendidikan. Jangan dok tengok tang yang berjaya saja. Onak duri tu, siapa yang tahu kan?


Seronok juga bila menulis refleksi nih. Apatah lagi disimpan dalam bentuk penulisan kat blog sebegini. Sekurang-kurangnya ada juga tempat luahan dan motivasi saya sendiri untuk saya merenung kembali, apa yang saya dah sumbang dan capai sebagai seorang guru.



Blogging Tahun ke-6
Macam tak percaya kan, dah 6 tahun saya menulis. Dengan usia blog yang sebegini, maka semakin lah ianya bersifat mesra Google. Jadi cari apa saja yang berkaitan pendidikan, inshaAllah boleh jumpa blog cikguhailmi.com nih. Satu pencapaian lah jugak. Sebab bukan senang nak istiqamah menulis blog nih weyh.. 



Jom follow @cikguhailmi di media sosial
Jom follow @cikguhailmi di media sosial

Sehingga kini blog dah mencatatkan jumlah view hampir 30, 000, 000. Sebanyak 1,500 artikel dah ditulis, majoritinya untuk pendidikan. Perkongsian di media sosial lain juga banyak membantu perkembangan blog ini.

Youtube : 7000 https://www.youtube.com/cikguhailmi
Facebook : 50,000 https://www.facebook.com/cikguhailmi/
Instagram : 12,000 https://www.instagram.com/cikguhailmi/
Twitter :  1,331 https://twitter.com/cikguhailmi





Bahang STEM
Sesuai dengan trend pendidikan pada tahun ini, maka banyaklah perkongsian yang berkaitan dengan STEM untuk tahun ini. Penstrukturan KPM dengan penubuhan Pusat STEM Negara yang diterajui oleh Dr Ihsan Ismail sangat membantu memberi impak perhatian kepada bidang STEM pada tahun 2018 ini.

 
STEMVengers - Kumpulan guru STEM aktif
STEMVengers - Kumpulan guru STEM aktif


Bermula dengan sesi bengkel hands-on bersama pasukan STEMVengers menerusi siri Kolokium Pendidikan STEM di Sarawak, Sabah dan Kelantan. Sayang sket sebab untuk siri Kolokium STEM terakhir di Perak, tak dapat saya sertai atas kekangan masa dengan persediaan murid menghadapi peperiksaan SPM. 

Selain daripada kepada guru, permintaan terhadap pendedahan amalan terbaik STEM juga datang daripada bakal guru. Pada Oktober, saya menerima lawatan daripada bakal guru IPKDRI Terengganu untuk melihat makmal. Mac sebelumnya pula adalah lawatan guru-guru Sains SMK Jalan Tiga, Bangi juga bagi tujuan yang sama.



Lawatan bakal guru Sains dari IPGM Kampus Dato Razali Ismail, Terengganu
Lawatan bakal guru Sains dari IPGM Kampus Dato Razali Ismail, Terengganu
Perkongsian amalan STEM terbaik, pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek
Perkongsian amalan STEM terbaik, pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek


Pelantikan sebagai Tenaga Pengajar Utama bagi Inquiry-Based Science Education (IBSE) inisiatif Pusat STEM Negara juga banyak membantu saya menjalankan perkongsian dengan murid dengan menggunakan pendekatan inkuiri dan project-based learning.

Antara murid yang pernah ikuti bengkel STEM bersama saya adalah SMK Bandaraya Kota Kinabalu (Sabah), SMK Pengkalan Chepa 1 (Kelantan), SMK Bandar Puteri Jaya (Kedah) dan SMK Tun Sharifah Rodziah (Kedah). 



Aktiviti STEM di SMK Tun Sharifah Rodziah
Aktiviti STEM di SMK Tun Sharifah Rodziah


Amerika, Aku Datang!
Kemuncak tahun ini juga bila saya terpilih bagi mengikuti program Honeywell Educators at Space Academy 2018 di Alabama, Amerika Syarikat. Amerika weyh! Memang tak sangka sangat dapat jejakkan kaki kat negara Uncle Sam tu. Tapi alhamdulillah, jadi rezeki.

 
Honeywell Educators at Space Academy 2018
Honeywell Educators at Space Academy 2018




Mission to Mars
Mission to Mars


Banyak sangat pengalaman yang saya dapat daripada tempoh 10 hari mengikuti kursus STEM di sana. Saya tulis lengkap perkongsiannya dari persediaan, Hari 1, Hari 2, Hari 3, Hari 4, Hari 5, Hari 6 dan 10 Perkara Yang Saya Belajar Daripada Pengalaman Tersebut. Semoga juga jadi manfaat untuk orang lain.

 
Jemputan ekslusif ke Kedutaan Amerika Syarikat
Jemputan ekslusif ke Kedutaan Amerika Syarikat


Selang sebulan pulang dari Amerika, saya dapat jemputan istimewa untuk hadir ke Kedutaan Amerika Syarikat. Ekslusif sangat pada saya. Sebab bukan semua orang ada peluang yang sama. Peluang bertemu dengan beberapa personal yang bekerja di Kedutaan membuka mata saya mengenai arah tuju sebagai pendidik pada tahap global. 

Hasil daripada pengalaman ke US jugak berjaya membuahkan Karnival Eskplorasi STEM Angkasa, hasil kerjasama Pusat STEM Negara dan JPN Kedah, yang berlangsung di SMK Jerlun, sekolah saya sendiri. Tuan Haji Ahmad Rafee, Pengarah Bahagian Penyelidikan Dasar Pendidikan sendiri yang turun merasmikan program tersebut. Bangganya!

 
Eksplorasi STEM Angkasa 2018 Peringkat Negeri Kedah
Eksplorasi STEM Angkasa 2018 Peringkat Negeri Kedah


Sangat seronok apabila karnival STEM berskala negeri dapat dijayakan dengan sokongan dan kerjasama penuh warga sekolah, dan pihak lain yang terlibat dalam membawa bidang penjelajahan angkasa kepada murid luar bandar di sini.

Siri penulisan buku Project-based Learning bagi Sains Tingkatan 1 juga telah berjaya dilengkapkan dengan tajuk Pencemaran Udara, Karnival Usahawan Cilik dan Pembiakan Vegetatif. Manakala buku STEM : Amalan Terbaik Bilik Darjah juga telah berjaya menjadi satu lagi buku penulisan saya pada tahun ini. 



Lengkap siri PBL dan buku STEM Amalan Terbaik Bilik Darjah
Lengkap siri PBL dan buku STEM Amalan Terbaik Bilik Darjah



Pembelajaran Abad ke-21
Untuk tahun 2018 ini, masih lagi saya mendapat jemputan perkongsian amalan terbaik PAK21 dalam bilik darjah. Jika dulu jemputan banyaknya daripada negeri sebelah Pantai Timur, seperti Pahang dan Terengganu, tahun ini jemputan pula banyak dari zon Utara dan Tengah. 

 
Sesi perkongsian Pembelajaran Abad ke-21 di Seremban
Sesi perkongsian Pembelajaran Abad ke-21 di Seremban


Sehingga kini, sejak 2016 sudah lebih 200 bengkel dan seminar yang berkaitan telah saya diberi peluang sebagai penceramah. Alhamdulillah, rasa sangat seronok dapat berkongsi ilmu dengan guru-guru lain. Apatah lagi jika ilmu tadi dimanfaatkan pula. Best!

Ada yang mahu ke tahap yang lebih dekat, maka diadakan juga Open Classroom bagi 120 orang guru dari 5 buah sekolah dalam daerah Kubang Pasu. Selain itu ada beberapa sekolah yang juga datang bagi tujuan benchmarking seperti dari SMK Jalan Tiga, Selangor

Malah pihak sekolah saya juga telah mula mengorak langkah dengan menganjurkan perkongsian amalan terbaik guru-guru SMK Jerlun yang mendapat pujian daripada pegawai SISC+ yang hadir. 



Open Classroom bagi guru dibimbing dalam daerah Kubang Pasu
Open Classroom bagi guru dibimbing dalam daerah Kubang Pasu

Dan kemuncaknya, pada Disember juga saya dijemput bagi Kempen Guru Pembelajaran Abad ke-21 yang dianjurkan oleh PADU Education di Cyberjaya. Majlis gilang gemilang ini dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, iaitu Dr Maszlee Malik dalam suasana yang cukup meriah. 


Superhero Teachers bagi Kempen Guru Pembelajaran Abad ke-21
Superhero Teachers bagi Kempen Guru Pembelajaran Abad ke-21

Tambah lagi menggembirakan bila nama saya juga diumumkan sebagai antara Superhero Teacher bersama beberapa rakan guru lain. Meremang bulu roma weyh.



Anugerah Antarabangsa
Dua anugerah yang menjadi kemuncak pada kerjaya saya untuk tahun ini, ialah Ikon Guru Teknologi Pendidikan Negeri Kedah semasa Anugerah Pembestarian Kedah 2018 dan juga Anugerah Best Science Teacher from Malaysia yang dianugerahkan semasa Anugerah Ki Hajar Dewantara 2018 di Bali, Indonesia.  Anugerah yang memang saya pun tak sangka.



Perkongsian melalui media sosial Kementerian Pendidikan Malaysia
Perkongsian melalui media sosial Kementerian Pendidikan Malaysia


Anugerah Guru Sains Terbaik di Ki Hajar Dewantara Award 2018, Bali Indonesia
Anugerah Guru Sains Terbaik di Ki Hajar Dewantara Award 2018, Bali Indonesia

Jika diikutkan juga sebenarnya tak pernah pun saya nak aim kepada anugerah-anugerah nih. Buat saja kerja buat kita, dengan penuh passion sebagai seorang guru. Tapi tu lah. Kadang-kadang rezeki Allah nak bagi tu kita tak tahu. Maka bila ada peluang, cuba lah dengan sebaik mungkin, sedaya upaya.  

Rezeki ini juga membuka peluang kepada saya untuk kolaborasi dengan lebih banyak guru di peringkat antarabangsa, terutamanya di Asia Tenggara. Selepas anugerah di Bali tersebut, saya mendapat dua jemputan untuk perkongsian secara seminar online. 

 
Pengalaman seminar online dengan pembentang antarabangsa
Pengalaman seminar online dengan pembentang antarabangsa


Yang pertama seminar online bersama dengan SEAMOLEC, Indonesia dan satu lagi adalah dengan seminar online kerjasama Kementerian Pendidikan Indonesia bagi pendekatan STEM untuk sekolah-sekolah Teknikal dan Vokasional di sana. Satu pengalaman baharu yang sangat menarik!

Ada kalanya juga, setelah dengan sepenuh usaha kita jalankan, jika masih belum jadi kita punya, maka percayalah, itu maksudnya belum sampai rezeki kita. Belum sampai masa tepat yang dijanjikan rezekiNya. Teruskan berusaha, jangan putus asa, mana tahu tahun depan, jadi rezeki kita pula!



Laluan Kerjaya
Seperti yang selalu saya tegaskan, bahawa saya punya kecintaan yang sangat tinggi, kepada laluan Guru Cemerlang. Untuk berada di bilik darjah, bereksperimentasi dengan anak murid, merupakan satu kepuasan bekerja buat saya. 

Namun dengan beberapa perkembangan terkini dalam penstrukturan semula jawatan dan kementerian, menyebabkan saya kini bersedia untuk apa saja jika seandainya jawatan Guru Cemerlang ini digantikan dengan jawatan lain yang hampir serupa.

Adakah SME akan menggantikan Guru Cemerlang?
Adakah SME akan menggantikan Guru Cemerlang?

Saya difahamkan juga akan ada jawatan berteraskan SME (Subject Matter Expert) yang akan diperluaskan lagi kepada pegawai lain, bukan sahaja pedagogi dalam bilik darjah. Jadi kita tunggu saja dulu apa yang bakal berlaku, dengan usaha sepatutnya juga turut dipersiapkan dari masa ke semasa. 

Sebagai langkah menghadapi apa yang belum diketahui itu juga, saya berusaha meningkatkan nilai tambah pada diri saya dengan menyambung pelajaran ke peringkat Master. Pilihan saya tentulah, mod eksekutif cuti sekolah di UKM dengan jadual yang lebih fleksibel untuk saya. 



Sarjana Sains Pendidikan 2018 / 2019 - Mod Cuti Sekolah (UKM)
Sarjana Sains Pendidikan 2018 / 2019 - Mod Cuti Sekolah (UKM)

Benar lah kata orang, lebih banyak kita tahu, maka lebih banyak yang kita tak tahu sebenarnya. Alhamdulillah banyak ilmu yang saya pelajari sepanjang dua semester ini, dan inshaAllah akan membantu profesionalisme saya sebagai guru selepas ini. Mohon anda semua doakan semoga usaha menuntut ilmu saya ini dipermudahkan olehNya juga ya.



Sebagai penutup refleksi kali ini, saya merasakan bahawa setiap pencapaian tidak bermakna, jika tidak ada yang dapat kita kongsikan semula dengan orang lain. Seperti yang saya katakan kepada adik-adik KOMTEP 2018, "it is not about you got selected to go to Korea. It is about what can you do, after you come back from Korea!" 

 
What's next?
What's next?


Itu lah yang saya cuba terapkan pada setiap kali perkara yang saya capai dan diberikan peluang. "What's next?" itu adalah lebih penting pada pandangan saya, dan sejauh mana impaknya itu juga boleh memanfaatkan orang lain. 

Untuk itu, jom sama-sama kita berjaya!








Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Tahniah di atas kejayaan cikgu.. Semoga terus memberi inspirasi dan berkongsi ilmu serta pengalaman dengan rakan-rakan guru Sains yang lain. Selamat maju jaya dalam pengajian Master.

    BalasPadam
  2. Terbaik laa cg hailmi.. teruskan berkongsi ilmu dan pengalaman cg. Terima kasih 😍

    BalasPadam
  3. Tahniah Cikgu Hailmi. Semoga terus diberikan peluang utk berkongsi ilmu dgn guru-guru lain, kerana tak semua orang mendapat peluang yg sama. Semoga semakin ramai guru yg mendapat manfaat drpd perkongsian cikgu ke arah perkembangan pendidikan di Malaysia.

    BalasPadam
  4. Tahniah Cikgu. Terima kasih atas semua sharing yg sgt hebat. Byk belajar dr Cikgu. May God Bless

    BalasPadam
  5. tahniah cikgu.. didoakan terus sukses selalu

    BalasPadam
  6. Tahniah cikgu. Kita sama2 pendidik cuma bezanya saya masih junior lg. Hehehe...

    BalasPadam
  7. Tahniah dan terima kasih cikgu Hailmi..keep inspiring the teachers and students ��������������

    BalasPadam
  8. Hi there to all, how is everything, I think every one is getting more from this web page, and your views are fastidious in favor of new people.

    토토사이트
    토토
    파워볼사이트
    안전놀이터

    BalasPadam
  9. Great..!!! I like this website so much it’s really awesome to me nowadays am just waiting for your next update whenever an update feels like happy.
    Source : professional SEO UK.

    BalasPadam
  10. Great work is done in this article. Nice information is shared in this article. Lots of news is given in this article. Now its time to avail chauffeur service houston for more information.

    BalasPadam