About Me

Terpilih Untuk HST 2019 di CERN, Geneva

Rasanya ramai yang dah tahu berita mengenai satu lagi perkembangan diri saya sebagai seorang guru, apabila semalam laman web KPM memuatnaik ucapan tahniah. Ya, alhamdulillah saya sekali lagi telah terpilih untuk mengikuti satu kursus guru antarabangsa di CERN, Geneva pada bulan Julai nanti.


Ucapan Tahniah daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Terima kasih KPM!
Ucapan Tahniah daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Terima kasih KPM!

Ceritanya bermula semasa saya mengikuti program Honeywell Educators at Space Academy 2018 di US Space and Rocket Center di Alabama, Amerika Syarikat pada bulan Jun tahun lepas. Seorang rakan guru saya dari Romania, Dorina telah memperkenalkan saya dengan suatu lagi peluang baik untuk saya cuba, iaitu program High School Teacher di CERN, Geneva. 

Yang bestnya, program latihan guru antarabangsa ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak CERN, dan terbuka kepada negara-negara yang ada hubungan dengan CERN. Rupanya, Malaysia juga termasuk dalam senarai negara yang mempunyai hubungan saintifik dengan CERN. Yeahhh.. Rezeki boleh mohon!



CERN tu apa?
Tahu tak CERN tu apa? CERN adalah nama pendek kepada "European Organisation for Nuclear Research". Dalam Bahasa Perancisnya, Conseil Européen pour la Recherche Nucléaire. Merupakan makmal terbesar di dunia yang terletak di Switzerland dan merentas sehingga Perancis. Besar benau..  


CERN daripada atas, besar tak? Sampai cover 2 negara sekali ok
CERN daripada atas, besar tak? Sampai cover 2 negara sekali ok

Antara fakta hebat yang terkait dengan CERN adalah, tahu tak anda yang World Wide Web bermula di sini. Selain itu, penemuan Higss Boson pada tahun 2012 yang juga digelar sebagai "God Particle". Antara eksperiemen dan alat yang menjadi sebutan ramai adalah Large Hadron Collider, iaitu pemecut partikel yang terbesar dan paling berkuasa di dunia! Bab nih nanti abam cerita lain ok.. 






Sayangnya, sangat sedikit maklumat mengenai CERN dan kerja buatnya yang dapat kita temui secara online dalam Bahasa Melayu. Banyaknya adalah yang mengaitkan CERN ini dengan teori konspirasi seperti CERN merupakan portal dunia asing, kaitan dengan Dewa Shiva dan macam-macam lagi yang mengarut. 

Jadi saya anggap rezeki terpilih bagi program ini juga peluang terbaik untuk saya berkongsi mengenai CERN dan penerapan ilmu bidang fizik partikel dalam pembelajaran dan pemudahcaraaan dengan murid nanti. InshaAllah.



Permohonan
Sebenarnya ada dua program guru antarabangsa yang ditawarkan oleh CERN, iaitu International High School Teacher (HST) Programme dan International Teacher Weeks (ITW) Programme. Tujuannya adalah untuk menyokong pembangunan profesionalisme guru dalam bidang fizik partikel dan juga menggalakkan pengajaran fizik partikel di peringkat sekolah. 


CERN juga tawarkan banyak program kepada guru dan juga murid di seluruh dunia
CERN juga tawarkan banyak program kepada guru dan juga murid di seluruh dunia

Seingat saya, saya isi borang pada November tahun 2018, dan keputusannya diketahui pada bulan April 2019. Beberapa perkara saya kena buat dalam permohonan tersebut, termasuklah menulis esei dan juga menghasilkan video profile diri sendiri. Antara kandungan esei yang saya perlu tulis adalah:

1. latar belakang pendidikan
2. pengalaman kerja sebagai guru
3. amalan terbaik saya mengenai fizik partikel
4. kenapa saya nak pergi HST 2019?
5. bagaimana ilmu tersebut boleh disebarluas kepada rakan?
6. video kreatif : profil diri dan kenapa nak pergi HST2019?


Antara fasiliti yang ada di CERN
Antara fasiliti yang ada di CERN

Jadi untuk membantu saya menulis dengan baik segala keperluan dan juga kehendak CERN, maka saya buat juga bacaan dan rujukan mengenai organisasi ini dan juga ilmu fizik partikel di Internet. Pening kepala weyh... tapi, alhamdulillah, Youtube sangat membantu saya faham mengenai kuantum fizik semua nih. 

Terima kasih juga buat Sir Azrul Afeze, guru Bahasa Inggeris di SMK Keladi, Kulim yang membantu saya untuk bahagian proofreading semua esei-esei saya tu. English dia power oi!



Keputusan
Maka, apabila dapat emel daripada pihak CERN pada bulan April mengatakan bahawa saya telah terpilih dalam kalangan 49 orang guru dari 38 buah negara seluruh dunia, fuuuuhhhh.. memang rasa nak menjerit oi... Happy sangat! Kursus guru percuma, kat luar negara pulak tu.... ;)

Memang syukur sangat dengan rezeki Allah nak bagi. Sebab saya tau, bukan mudah nak menempatkan diri dalam kalangan guru-guru antarabangsa. Kena tunjukkan yang kita, guru-guru Malaysia juga setanding dan ada kebolehan sama seperti guru-guru Sains di luar negara. Perasaannya, tak tau nak cakap!

 
Program CERN bersama guru-guru dari seluruh dunia
Program CERN bersama guru-guru dari seluruh dunia



Sebab program latihan ini adalah bukan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, maka  langkah seterusnya yang saya perlu buat adalah mendapatkan kelulusan KPM untuk menjalankan tugas rasmi di luar negara. Seolah-olah macam menghadiri kursus yang diperakui oleh KPM. Saya pernah tulis mengenai perkara ini, jika ada guru yang juga mendapat tawaran yang sama, tapi tak tau nak buat apa.

Dengan tanpa sebarang implikasi kewangan kepada Kementerian, maka urusan nak dapatkan kelulusan tu lebih mudah. Terima kasih Bahagian Pendidikan Guru, terutamanya Puan Rosnarizah dan Encik Saifuldin yang sangat banyak membantu saya bagi urusan ini! Terima kasih!



Persediaan
Tinggal lagi beberapa minggu sebelum saya bertolak ke Geneva, Switzerland banyak persediaan yang saya dah mula buat. Ini termasuk, urusan kelulusan KPM, insuran ke luar negara, tiket penerbangan dan juga yang paling penting adalah, bahan untuk anak murid yang saya tinggalkan untuk 2 minggu ini. 


Geneva, Switzerland
Geneva, Switzerland

Nanti saya kongsikan dengan lebih lengkap dalam artikel saya yang seterusnya. Dan berita baik, inshaAllah segala pengalaman ke CERN, Geneva ini saya akan kongsikan menerusi penulisan artikel di blog saya dan juga video vlog di youtube. 

Doakan saya ada kekuatan dan kerajinan untuk menulis dan buat video untuk semua ya. Semoga ada banyak ilmu baharu dan bermanfaat yang boleh dikongsikan dengan guru-guru Malaysia. Amin!







Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. TAHNIAH cikgu hailmi, kali pertama cikgu datang ke nilai n9 memberikan saya rangsangan dan ilham untuk terus berusaha dalam mendidik. Cikgu merupakan seorang contoh kepada saya.

    teruskan usaha cikgu dalam mengembangkan dan berkongsi PdPc dgn guru2 di malaysia.

    salam tahniah dari saya MOZAIDI SEMESRA Rembau, Fizik/ASK

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. terima kasih banyak cikgu! Semoga berterusan motivasi nak lakukan yang terbaik tu yer cikgu. Selamat maju jaya saya ucapkan

      Padam
  2. TAHNIAH CIKGU !!! Semoga dipermudahkan urusan utk banggakan negara :))))

    BalasPadam
  3. Cg Hailmi, video dlm Bahasa Inggeris?? Tahniah cg hailmi!!! Hebat ����

    BalasPadam
  4. Tahniah cgu Hailmi..sangat membantu kami semua.. Semoga dirahmati Allah..

    BalasPadam
  5. Boleh saya dapatkan Contact number Cikgu Hailmi. Berkenaan seminar PT3. Contact saya Cikgu. 0163130929

    BalasPadam