About Me

Bersama Komuniti Malaysia di ASEAN Family Day, Geneva

Pagi Sabtu nih abam dapat jemputan untuk join team Malaysia bagi ASEAN Sports and Family Day. Happynya abam. Sebab orang sini baik-baik belaka, abam decide untuk join juga walaupun sebenarnya pihak CERN sediakan aktiviti Treasure Hunt di sekitar Geneva hari nih.

Kali nih ramai lagi Komuniti Malaysia yang datang berkumpul. Makanan takyah cakap laaa.. Berebut negara lain nak datang makan. Dan special menu Malaysia ari nih, Nasi Lemak dan Teh Tarik.

Bersama Komuniti Malaysia di ASEAN Family Day, Geneva






Kemudian acara tarik tali Tug of War. Abam sekali dengan team lelaki Malaysia berjaya dapat Naib Johan, selepas Indonesia. Manakala team perempuan Malaysia lebih handal, dapat Johan weyh! Kenangan sungguh, datang jauh-jauh untuk benda lain tapi juga dapat pengalaman berharga lain. 

Indahnya berukhwah! 😍 @ Onex, Switzerland






Catat Ulasan

0 Ulasan