Highlight untuk hari nih adalah lawatan ke Antimatter Factory. Ramai yang tahu pasal CERN nih adalah sebab ada babak curi bahan Antimatter dari CERN dalam filem Angels and Demon.
So secara teorinya, semesta ini terdiri daripada 5% jirim yang diketahui (sebenarnya tak tahu sangat) berbanding 95% lagi Dark Matter dan Dark Energy yang langsung kita takdek idea.
Dan nak faham kan Antimatter nih pun satu hal lah. Kalau sebelum ni kita belajar elektron bercas negatif, tapi dalam particle physics kita ada elektron bercas positif yang kita sebut sebagai positron. Maka jika ada proton, maka tenaganya adalah terhasil daripada perlanggaran dengan antiproton. Ye ke? Abam pun pening weyh.. 😅
Tapi part lawatan ke Antimatter Factory nih yang paling abam suka adalah macam mana diorang educate pengunjung.
Jadi setiap satu tempat / makmal yang kitorang pergi, mesti ada ruang dan Pameran untuk orang belajar pasal mesin atau teknologi tu. Baru lah pengetahuan tu dapat dipindahkan dengan baik kepada rakyat marhaen juga.
Patutnya kilang-kilang dan Pusat-Pusat berkaitan sains kita pun kena ada benda camni. Sapa setuju sila angkat tangan? @ CERN
0 Ulasan