Hari ini saya berpeluang untuk menyertai lagi 24 orang guru Ikon
Pendidikan bagi satu perjumpaan bersama sosok penting pendidikan
Malaysia, Ketua Pengarah Pendidikan kita, iaitu Datuk
.
Kesudian beliau meluangkan masa untuk mendengar keluh kesah guru,
kumpulan pelaksana cukup memberi kan erti buat semua guru seluruh
Malaysia yang terlibat dalam pertemuan tersebut.
Mahu juga saya highlight kan bahawa dalam ucapan Datuk KPPM, beliau
sentiasa yakin dengan kualiti yang ada pada guru Malaysia dalam
memainkan peranan penting membangunkan sistem pendidikan kita yang lebih
baik.
Statement yang cukup konsisten, sama seperti yang saya
dengar kali pertama semasa di Pulau Pinang untuk Sambutan Hari Guru
tahun ini.
So buat semua guru-guru Malaysia, teruskan lah kita
main peranan dengan baik dan sokong menyokong antara satu sama lain
untuk pendidikan anak kita yang lebih baik.
|
Dr Ihsan Ismail dan Dr Suhara dari Pusat STEM Negara |
|
Datuk Amin Senin, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia |
|
Kumpulan guru Ikon Pendidikan bersama Pengarah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Encik Shafrudin Ali Husin |
|
Bersama Pengarah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Encik Shafrudin Ali Husin |
Bagi pertemuan yang cukup bersejarah ini, saya ucapkan jutaan terima kasih buat semua khususnya Timb KPPM, Dr
Ahmad Rafee Che Kassim, Ketua Unit Pusat STEM, Dr
Ihsan Ismail, Dr
Sue Hara dan pegawai KPM lain yang terlibat merealisasikan pertemuan ini. Terima kasih!
0 Ulasan