Autistik Savant (Autistik Terpelajar) merupakan fenomena otak paling
menakjubkan dalam bidang psikologi.
Autistik Savant ini merujuk kepada individu dengan penyakit autism, yang
mempunyai kemahiran luar biasa yang
tidak boleh dipamerkan oleh orang kebanyakan.
Suatu ketika dahulu,
golongan ini digelar, Idiot Savant,
istilah orang Perancis yang bermaksud kemahiran tanpa belajar. Istilah Autistik
Savant ini diperkenalkan pada tahun 1978, oleh Dr Bernar Rimland dalam sebuah
artikel dalam Psychology Today, dan istilah itu kekal hingga sekarang.
Dianggarkan hanya 10% dari kelompok
penghidap autism merupakan Autistik Savant. Manakala bagi kelompok bukan penghidap autism, kurang
dari 1%.
Kebolehan mereka ini boleh wujud dalam banyak bentuk. Kebiasaannya
melibatkan pengiraan matematik, ingatan
memori, kebolehan artistic dan kebolehan muzik. Kebolehan matematik yang
selalu ditunjukkan oleh Autistik Savant ini adalah Ingatan Kalender. Mereka
dapat menentukan hari dengan tepat, sekiranya mereka diuji dengan tarikh
tertentu. Bagi sesetengah yang lain pula, boleh mengira pengiraan kompleks yang
melibatkan punca kuasa dan angka besar tanpa sebarang masalah.
Ada yang boleh melukis karya yang sehebat Rembrandt (pelukis tersohor). Ada
yang mempunyai kemahiran muzikal yang hebat seperti Tim Baley, pemain piano
konsert bagi perkumpulan pemuzik dan penyanyi autism. Peliknya ada juga yang
akan hilang kebolehan luarbiasa itu seiring dengan usia.
Filem Rain Man, kisah Kim Peek telah berjaya mendedahkan ramai
penonton kepada penyakit autism dan juga fenomena Autistik Savant. Malangnya,
lebih ramai yang percaya, bahawa semua penghidap autism merupakan Autistik
Savant, yang mana sebenarnya adalah tidak.
Punca penyebab individu autistik mempunyai kebolehan dan kepintaran luar
biasa seperti ini adalah tidak diketahui.
Banyak teori yang dikemukakan, tetapi tiada langsung bukti yang menyokong
kesemuanya. Dr Rimland menyatakan bahawa ini berlaku kerana kebolehan luarbiasa
mereka dalam memfokuskan kepada perkara
tertentu sahaja dalam pemikiran mereka.
- HOME
- SAINS KSSM
- _SAINS T1
- _SAINS T2
- _SAINS T3
- _SAINS T4
- _SAINS T5
- IDEA SAINS KREATIF
- PEMBELAJARAN ABAD KE-21
- STEM
- _PANDUAN
- GURU CEMERLANG
- __1: BORANG
- __2: FILING
- __3: PDPC
- __4: NAZIR
- _REFLEKSI
- __REFLEKSI 2013
- __REFLEKSI 2014
- __REFLEKSI 2015
- __REFLEKSI 2016
- __REFLEKSI 2017
- __REFLEKSI 2018
- __REFLEKSI 2019
- GURU GLOBAL
- _80 HARI DI KOREA
- _STELR STEM BANDUNG
- _GURU NASA @USA
- _KI HAJAR DEWANTARA
- _CERN @GENEVA
- CIKGU HAILMI
0 Ulasan