Glove merupakan
alatan yang paling penting dan paling dihargai dalam sukan besbol atau sofbol.
Perkara yang menjadikan nya penting untuk dijaga adalah kerana semakin selesa
sesuatu glove itu, semakin baik permainan boleh dilakukan. Di sini saya sertakan
10 tips penjagaan glove supaya lebih tahan lama.
TIPS 01 : "Break in" glove dengan cara yang betul
Glove
yang baru masih keras dan belum berbentuk. Oleh itu, baca arahan daripada
pengeluar glove anda cara yang terbaik untuk memelihara glove supaya sentiasa
berada dalam keadaan yang baik. Langkah terbaik untuk break in sesebuah glove
adalah dengan bermain dengannya! Jangan paksa glove anda dengan kaedah lama
seperti merendam, memanaskan, mengetuk dan lain-lain.
TIPS 02: Sapu conditioner / minyak yang sesuai
Conditioner
berfungsi untuk mengelakkan daripada glove menjadi kering dan pecah-pecah.
Pemilihan conditioner yang sesuai pula penting dalam menentukan jangka hayat glove
anda. Jangan guna sabun biasa atau Vaselin untuk melembapkan glove anda.
Sebaliknya gunakan conditioner yang sesuai, seperti Mizuno Strong Oil dan
Wilson Pro Stock. Tetapi ingat, jangan sampai berlebihan.
TIPS 03: Jangan
duduk atas glove
Perbuatan
ini hanya boleh menyebabkan glove anda hilang bentuk asli nya. Glove juga akan
hilang kekenyalan kulit nya, sekaligus mempercepatkan kadar kerosakan glove.
TIPS 04: Simpan
sebiji bola dalam glove
Jika
anda tidak menggunakan glove, simpan sebiji bola di dalam glove tersebut,
supaya ia kekal dalam bentuk nya. Jika mahu simpan glove dalam jangka masa yang lebih panjang, masukkan bola dan ikat dengan tali getah.
TIPS 05: Jangan
baling atau campak glove
Perbuatan
seperti ini sudah tentu merosakkan glove. Ingat, glove juga sama seperti alatan
sukan lain yang perlu dijaga rapi bagi menjamin kualiti nya yang memuaskan.
TIPS 06: Jangan
rendam dalam air
Jangan
rendam glove anda dalam air, sekalipun niat anda untuk membersihkan nya. Apa
yang anda buat hanya lah merosakkan kulit dan menambahkan lagi risiko untuk
glove tersebut kering dan merekah.
TIPS 07: Kedudukan
poket yang betul
Sekiranya
anda berniat untuk meletakkan glove anda ke lantai, sila pastikan kedudukan
poket yang betul supaya ianya tidak merosakkan glove.
TIPS 08: Selalu
ketatkan ikatan/tali
Sentiasa
pastikan ikatan dan tali yang terdapat pada glove anda berada dalam keadaan
yang ketat dan baik. Kebiasaannya, kulit akan hilang sedikit kekenyalan nya
dalam jangka masa tertentu.
TIPS 09: Baiki
kerosakan kecil dengan cepat
Sekiranya
anda dapat mengenalpasti ada bukaan kecil pada glove anda, pastikan anda segera
membaiki kerosakan kecil tersebut. Ini adalah bagi mengurangkan kadar kerosakan
yang lebih teruk.
TIPS 10: Jemur
di tempat yang redup
Jika
glove anda basah, keringkan dengan secepat mungkin di bawah cahaya yang redup
dengan aliran udara yang baik. Jangan sesekali untuk terfikir memasukkan glove
anda ke dalam oven atau pun mesin basuh!
Selamat beramal
0 Ulasan