Sejarah perkembangan struktur atom bermula sejak lebih 100 tahun dahulu. Bermula dengan John Dalton yang mengatakan atom adalah seperti bola sfera yang keras, sehinggalah dikemaskini oleh JJ Thomson, Ernest Rutherford, Neils Bohr dan akhir sekali disempurnakan oleh James Chadwick. Jom kita lihat struktur atom yang terakhir itu..
Atom sebenarnya terdiri daripada 3 lagi zarah yang lebih kecil, iaitu proton, neutron dan elektron. Ketiga-tiga ini kita panggil zarah subatom (sebahagian daripada atom).
Proton dan neutron berada dalam nukleus bagi sesuatu atom, manakala elektron pula mengelilingi nukleus.
Proton bercas positif, elektron bercas negatif dan neutron pula neutral (tidak bercas).
Nombor proton = bilangan proton
Nombor nukleon = bilangan proton + bilangan neutron
6 Ulasan
terima kasih cikgu...nota dan grafik yg sgt membantu
BalasPadamsemoga beroleh manfaat yer!
Padamcikgu...kenapa bab 2 ni x lengkap?
BalasPadamBtul ke ni? http://YouthToEarn.com/?ref=208225
BalasPadamterima kasih atas nota yang cg bagi ini.. ia sangat membantu
BalasPadamVery useful notes...
BalasPadam