About Me

11 Rumah Kaca Yang Paling Menakjubkan di Dunia

Rumah kaca memang merupakan sesuatu yang boleh menarik perhatian kita dengan cepat. Keunikan tersendiri yang ada pada rumah kaca menyebabkan ramai juga dalam kalangan kita yang menyimpan impian untuk memiliki rumah kaca yang hebat.

Jom kita lihat 11 rumah kaca yang paling menakjubkan di seluruh dunia.



Rumah Kaca Yang Paling Menakjubkan di Dunia

Rumah ini adalah rumah konsep yang dibina oleh pereka dan juga arkitek yang bergiat cergas di Milano, Carlo Santambrogio



Rumah Kaca Yang Paling Menakjubkan di Dunia


Leonardo Glass Cube ini terletak di Bad Driburg, Jerman direka oleh 3Deluxe. Disiapkan pada Mei 2007, pavilion ini digunakan bagi tujuan mesyuarat korporat.



Rumah Kaca Yang Paling Menakjubkan di Dunia
dRMM Architecture telah menghasilkan rumah yang sangat menakjubkan ini, iaitu rumah jenis sliding.




Rumah Kaca Yang Paling Menakjubkan di Dunia

The Watervilla Kortenhoef ini terletak di Belanda. Ianya merupakan sebuah perumahan mewah tepi tasik yang menyediakan pemandangan panorama terus ke dalam rumah penghuni kediaman.



Rumah Kaca Yang Paling Menakjubkan di Dunia


 Rumah "House R 128" oleh Werner Sobek Architects ini menyediakan 4 buah apartmen yang terletak di Stuttgart, Jerman.



Rumah Kaca Yang Paling Menakjubkan di Dunia


Stahl Haouse, Case House 22 - 1635 ini terletak di Persiaran Woods, Los Angeles, California, USA. Rumah ini banyak digunakan bagi penerbitan TV dan filem.



Rumah Kaca Yang Paling Menakjubkan di Dunia


 Rumah unik dengan 2 balkoni ini dicipta oleh Bassam El-Okeily daripada Mesir.



Rumah Kaca Yang Paling Menakjubkan di Dunia


 The Dune House terletak di selatan perkampungan Thorpeness di Suffolk. Anda boleh keluar dari ruang tamu dan terus ke pantai bagi menikmati keindahan panorama. Boleh juga sekadar menonton terus daripada bilik tidur dan bilik mandi.



Rumah Kaca Yang Paling Menakjubkan di Dunia


 Rumah di atas pokok dalam hutan ini terletak berdekatan dengan pantai di Pittwater, 30 km ke utara dari Sidney. Rumah yang dikenali sebagai The Church Point Home ini dicipta oleh Firma Utz Sanby.



Rumah Kaca Yang Paling Menakjubkan di Dunia


Rumah hasil ilham Kiyonobu Nakagame & Associates ini terletak di Minami-Boso, Chiba , Jepun



Rumah Kaca Yang Paling Menakjubkan di Dunia


Rumah kaca di Changgyeonggung Botanical Garden ini dibina pada 1907 dan merupakan rumah kaca Korea yang pertama.  Bangunan ini direka oleh Hayato Fukuba dan dibina oleh syarikat dari Perancis.




Catat Ulasan

3 Ulasan