Selalu dapat soalan bonus daripada adik-adik pelajar, "
Cikgu, macam mana air laut boleh jadi masin?" "
Garam tuh datang dari mana?"
Anda pula, bagai mana? Pernah terfikir kenapa air laut masin?
Berikut adalah keterangannya..
Semua jenis air termasuk air hujan, mengandungi kimia pelarut yang
dipanggil garam. Tetapi bukan semua air mempunyai rasa masin. Para
saintis menganggarkan bahawa laut mengandungi lebih kurang 50 kuadrilion
ton bahan-bahan pelarut. Sekiranya garam di laut boleh dikeluarkan, ia
dapat membentuk sebuah permukaan tanah yang besar daripada yang sedia
ada. Permukaan garam itu nanti boleh mencapai ketebalan kira-kira 500
kaki dan ketinggian yang sama dengan bangunan yang mempunyai 40 tingkat.
Air laut diklasifikasikan sebagai pepejal larut dalam cecair yang
sangat lemah. Kebanyakan
garam dalam laut wujud akibat proses pemecahan
batu-batu igneus yang disebabkan oleh cuaca dan hakisan. Bahan-bahan
mineral ini akan dibawa ke laut apabila hujan turun. Terdapat juga
garam
secara semulajadi di lantai laut akibat proses pereputan.
Sumber-sumber lain adalah daripada
sisa-sisa letupan gunung berapi.
Sungai Mississipi, Amazon dan Yukon akan mengalir ke Teluk Mexico,
lautan Atlantik dan Pasifik yang dipercayai mempunyai tahap kemasinan
yang tinggi. Kenapa air laut tidak seperti air sungai? Tahap kemasinan
laut adalah disebabkan beberapa pengaruh dan proses.
Pada permulaannya laut tidaklah begitu masin tetapi apabila
hujan
pertama melanda dunia lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu
menyebabkan proses pemecahan batu-batan. Kemudian batu-batan ini terus
diangkut ke sungai dan laut oleh aliran hujan dan menyebabkan tahap
kemasinan air laut bertambah. Sungai yang mengalir dari Amerika
Syarikat dipercayai membawa bahan-bahan pelarut sebanyak 225 juta tan
ke dalam laut. Kiraan terbaru juga menunjukkan kira-kira enam tan dari
Australia dan 120 tan dari Eropah yang mengalirkan bahan pelarut.
Ini bermakna
sungai akan membawa empat bilion tan garam pelarut ke
dalam laut. Laut juga menerima jumlah garam pelarut yang sama daripada
proses-proses semulajadi yang berlaku di dasarnya. Laut mengalami
kekurangan bahan-bahan mineral. Tetapi laut akan sentiasa menerima
bilangan input dan output secara seimbang.
Para saintis telah menjalankan kajian ke atas air laut lebih berkurun
lama dahulu, tetapi
masih tidak memahami tentang kandungan bahan kimia
yang terkandung dalam laut. Ini kemungkinan daripada kurangnya kaedah
yang tepat dan prosedur untuk mengukur juzuk air laut. Masalah yang
dihadapi oleh para saintis ialah saiz laut meliputi lebih 70% permukaan
bumi. Manakala kandungan bahan kimia semulajadi air laut juga
mempengaruhi juzuk air laut. Sebanyak 72 elemen kimia telah dijumpai
dalam air laut, tetapi dalam bilangan yang kecil sahaja. Elemen-elemen
ini bergabung dalam pelbagai bentuk unsur yang mudah larut di lantai
lautan. Bahan yang mendap daripada larutan juga mempunyai kaitan dengan
perubahan kemasinan laut.
Ahli jurutera marin melaporkan tahap kemasinan dan larutan kimia dalam
air laut terdiri daripada
klorida, sodium dan magnesium. Tahap
kemasinan diukur dengan simbol o/oo.
Tahap kemasinan laut akan berubah
mengikut peredaran masa dan mengambil masa yang lama. Fenomena ini
disebabkan oleh faktor-faktor seperti pencairan ais, pengaliran air
sungai, proses sejatan, hujan, salji, angin, arus ombak dan perubahan
laut apabila berlaku pencampuran garam secara melintang dan menegak.
Laut Merah dan Teluk Parsi mempunyai jumlah kemasinan yang paling
tinggi kira-kira 40 o/oo, di mana kadar proses sejatannya amat tinggi.
Lautan Atlantik Utara juga mempunyai tahap kemasinan yang agak tinggi
kira-kira 37.9 o/oo. Antara bahagian yang paling masin di Atlantik
Utara adalah lautan Sargasso yang terletak di Pulau Canary. Laut
Sargasso merupakan kawasan yang mempunyai rumpai laut terapung di
permukaan laut dikenali sebagai “sargassum”. Laut ini mendapat nama
sempena rumpai laut terapung itu. Tahap kemasinan laut Sargasso adalah
berpunca daripada suhu air terlalu tinggi kira-kira 83F. Suhu tinggi
akan menyebabkan kadar proses penyejatan yang tinggi kerana tidak ada
aliran air biasa.
Kemasinan paling rendah hanya terdapat di lautan Antartik dan Artik.
Lautan Baltik pula mempunyai tahap kemasinan kira-kira 5 hingga 15
o/oo. Manakala tahap kemasinan Laut Hitam pula adalah lebih kurang 20
o/oo. Tahap kemasinan perairan Miami, Florida akan berubah daripada
34.8 o/oo pada bulan Oktober dan meningkat ke 36.4 o/oo pada bulan Mei
dan Jun.
Kadang-kadang
air sungai akan mengalir dan bercampur dengan air laut.
Ini ditunjukkan dalam pengumpulan data daripada kajian yang dijalankan
di Sungai Columbia. Dengan menggunakan penyurih radioaktif, saintis
daripada Universiti Oregon dapat mengesan jumlah aliran air sungai ke
laut.
Kawasan perairan laut terbuka bebas daripada pengaruh permukaan tanah.
Biasanya jumlah kandungan garam adalah kira-kira 33 o/oo hingga 38
o/oo. Purata tahap kemasinan air laut pula kira-kira 35 o/oo. Purata
tahap kemasinan diperoleh pada tahun 1884 oleh William Di Eemar yang
menjalankan kajian analisis kimia dengan mengambil 77 sampel air laut
di seluruh bahagian dunia.
Hidupan laut juga memainkan peranan penting dalam laut. Laut bukan
sahaja agen garam tetapi juga bertindak sebagai
pembekal bekalan gas
oksigen kepada hidupan laut. Contohnya tiram, kerang, dan kepah
mendapat kalsium daripada laut
untuk membentuk rangka dan kulit.
Hidupan laut seperti ketam, udang, udang kara dan tetirip memerlukan
sejumlah besar garam galian
untuk membina badan. Terumbu karang dibentuk
dengan bantuan kalsium karbonat lebih kurang berjuta-juta tahun
dahulu. Plankton juga memerlukan kandungan mineral laut u
ntuk hidup
dengan subur.
8 Ulasan
ohhh macam tu... thanks.. nice info... ;)
BalasPadaminshaAllah.. semoga semua beroleh manfaat .. ;)
BalasPadamIni pegawai memerintah sy yg pernah bg tau. Cuba bayangkan jika air laut tawar? Dan berapa ramaikah manusia pada masa sekarang? Jika air laut tawar bagaimanakah ia mampu untuk mencernakan sisa buangan kita selaku manusia.bukan setakat sisa buangan seperti najis sahaja yg dimaksudkan malah lebih dari itu. Maksudnya disini segala apa benda yang dibuang ke laut akan dicernakan oleh air masin untuk dilupuskan secara semulajadi (mungkin) contohnya jika seseorang mati lemas dilaut kulitnya akan segera menjadi kembang dan busuk
BalasPadamya... setuju tuh saya.. lagi satu disebabkan air laut masin jugak lah, segala benda2 hidup yg masuk dalam tuh jadik tak berbau.. ;)
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAssalamualaikum, cikgu! boleh tak terangkan pula berkenaan dengan air sungai? kenapa air sungai tawar dan tidak masin serta apakah bahan kimia atau unsur yang menyebabkan air sungai tidak sama rasanya dengan air laut?
BalasPadamTerima kasih... Info yang bermanfaat cikgu...:)
BalasPadamterima kasih atas info ini.
BalasPadam