About Me

Tips Belajar Mudah Ingat Dari Ulama Terkenal

Tips Belajar Supaya Ilmu Mudah Diingat dan Tidak Dilupakan
 
Tips Menuntut Ilmu Mudah Belajar : Ikhlas, Faham, Hafal, Tulis, Amal, Sebar

Dua poin paling penting agar ilmu yang dipelajari mudah diingati dan tidak dilupakan adalah ikhlas di dalam menuntut ilmu dan kemudian beramal dengan ilmu tersebut.

Abdullah bin Al-Mubarak, seorang tabi’ut tabi’in yang juga merupakan ulama hadis yang sangat terkenal, memberikan kepada kita enam poin di dalam menuntut ilmu.

Pertama, husnu al-niyyah (niat yang ikhlas). Kedua, husnu al-fahm (kefahaman yang baik). Ketiga, al-hifzhu (hafalan). Keempat, al-kitaabatu (penulisan). Kelima, al-‘amalu (beramal). Keenam, an-nasyru (sebarkan).

Keenam-enam poin ini membantu untuk menghadamkan ilmu. Di antara cara untuk memudahkan kita mengingati adalah dengan mengamalkannya.

Setelah itu, sampaikan atau ceritakan kepada orang. Apabila kita mengajar orang, ilmu itu akan menjadi lebih mantap.

Ilmu juga perlu "diikat" dengan kita menulisnya. Kata Imam Asy-Syafi’I rahimahullah,


الْعِلْمُ صَيْدٌ وَالْكِتَابَةُ قَيْدُهُ
Ilmu adalah buruan dan tulisan adalah ikatannya,
قَيِّدْ صُيُوْدَكَ بِالْحِبَالِ الْوَاثِقَهْ
Ikatlah buruanmu dengan tali yang kuat,
فَمِنَ الْحَمَاقَةِ أَنْ تَصِيْدَ غَزَالَةً
Termasuk kebodohan kalau kamu memburu kijang,
وَتَتْرُكَهَا بَيْنَ الْخَلاَئِقِ طَالِقَهْ
Setelah itu kamu tinggalkannya terlepas begitu sahaja.
Ikutilah enam kaedah yang disebutkan itu iaitu; ikhlas, faham, hafal, tulis, amal, dan sebar!

Wallaahua’lam.


kredit to : http://ustazfathulbari.wordpress.com/2013/02/17/agar-ilmu-mudah-diingati-dan-tidak-dilupakan/


 

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. cara ini juga lah saya amalkan masa belajar dulu..memang terbukti berkesan..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.. semoga perkongsian ini bagi banyak manfaat lagi..

    BalasPadam