Jom kita cuba baca lebih lanjut lagi mengenai katak yang paling kecil dan katak yang paling besar di dunia!
Katak Paling Kecil di Dunia
Katak Paedophyrne amauensis ini ditemui di Papua New Guinea. Dengan ukuran sepanjang 7.7 milimeter, katak kecil ini hanya bersaiz seekor lalat rumah. Malah katak ini juga merupakan pemegang rekod, vertebrata yang paling kecil di dunia. Dipercayai juga katak ini berevolusi menjadi semakin kecil bagi membolehkan mereka untuk memakan invertebrata kecil yang tidak dimakan oleh pemangsa yang besar.
Katak Paling Kecil di Malaysia
Manakala gambar di atas pula adalah gambar katak yang paling kecil di Malaysia. Ditemui oleh seorang pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Taman Negara Kubah, Matang, Sarawak. Katak kecil ini berukuran 10.6 - 12.9 milimeter, namun mampu untuk mengeluarkan bunyi yang sangat kuat. Katak yang lebih kecil daripada duit syiling dua puluh sen ini juga dikatakan pernah ditemui di Hutan Hujan Tropika dan Amazon yang memang terkenal dengan kepelbagaian spesis kataknya.
Katak Paling Besar di Dunia
Inilah spesies katak yang paling besar dalam dunia, iaitu katak Conraua Goliath! Boleh membesar sehingga 33 sentimeter dan bole mencapai seberat 3 kg, katak ini banyak ditemui di negara Cameroon dan Equatorial Guinea. Dengan saiz yang sebesar itu, katak ini hidup dengan memakan katak kecil, anak ular, anak kura-kura dan ketam, selain daripada memakan satu spesies tumbuhan akuatik iaitu Dicraeia warmingii.
Oleh sebab saiznya yang aneh, maka katak ini juga merupakan haiwan impian bagi para penggemar binatang eksotik untuk disimpan sebagai binatang peliharaan. Justeru itu, kerajaan Cameroon telah menetapkan, hanya 300 ekor sahaja yang boleh dieksport keluar setiap tahun bagi apa-apa tujuan.
Katak Paling Besar di Malaysia
Ini pula dikatakan katak yang paling besar ditemui di Malaysia, iaitu katak spesies Lithobates Catesbeianus yang mempunyai saiz panjang melebihi 40 sentimeter dan seberat 2 kilogram. Ditemui di kawasan hutan di Gerik, Perak katak tersebut juga ditawarkan kepada orang ramai yang berminat untuk membelinya pada harga RM130 sekilogram.
3 Ulasan
Erkk...geli betoi ngan katak. Yg kecik ok la...tgk yg besau tuh, mak aiiii... :)
BalasPadamhu3.. paling tak tahan, sebab budak2 tuh rilek jer boleh buat haiwan peliharaan..
BalasPadamMohon share article ni boleh??? Menariklah! suka suka
BalasPadam