About Me

Persenyawaan dan Kehamilan : Hebatnya Ciptaan Tuhan!


persenyawaan antara sperma dan ovum menghasilkan zigot

KISAH SPERMA DAN OVUM
Sperma dan ovum merupakan pasangan yang diciptakan sejak dari dulu lagi. Walaupun berlainan sifat dan saiz, namun mereka lah pasangan paling ideal yang diciptakan oleh Sang Pencipta. Sperma merupakan sel yang paling kecil dalam badan manusia, manakala pasangannya Ovum adalah sel yang paling besar dalam badan manusia!
 
Dalam berjuta-juta sperma yang dipindahkan ke ovari wanita, hanya beberapa ratus sahaja yang aakan berjaya sampai ke tiub Fallopio. Dan dalam beberapa ratus sperma itu, hanya satu sahaja yang akan berjaya bercantum dengan ovum. Sperma yang paling laju, paling cergas, paling baik! Sila bersyukur..

Hebatnya lagi, apabila ada satu sperma yang berjaya bercantum dengan ovum, secara automatik sperma tadi akan merembeskan sejenis bendalir yang akan membentuk perlindungan ke seluruh ovum, menyebabkan sperma lain kehampaan terhalang daripada memasuki ovum tadi.


BAGAIMANA KEHAMILAN BOLEH BERLAKU?


Bagaimana kehamilan boleh berlaku : pengovulan, persenyawaan, penempelan, sperma, ovum, zigot, embrio, fetus, bayi

Proses pertama bermula selepas seminggu wanita mengalami haid. Pada hari ke-13,14,15 dalam kitar haid bagi seseorang wanita, ovari akan menghasilkan benih perempuan, iaitu juga dikenali sebagai ovum. Proses ini dinamakan proses Pengovulan.

 Seterusnya, ovum tadi akan bergerak ke Tiub Fallopio, dan akan bercantum dengan sperma di sini, bagi membentuk zigot. Proses ini pula dinamakan proses Persenyawaan.

Zigot yang sudah sedia tersenyawa itu akan bergerak ke uterus, atau pun juga lebih dikenali sebagai dinding rahim. Di sini akan berlaku proses Penempelan, bermaksud zigot tadi yang sudah menjadi embrio dalam perjalanannya akan menempel dan membesar di dinding rahim tersebut menjadi fetus dan akhirnya menjadi bayi.


 PROSES PERKEMBANGAN BAYI


Bagi proses perkembangan bayi dari yang lebih realistik , sila lah tonton video yang saya serta kan di atas. Sangat bermanfaat kepada kita semua! WAJIB TONTON

p/s: Jangan ditahan-tahan air mata tuh. Kalau rasa nak menangis, sila menangis jer.. Hanya manusia yang berhati batu je tak nangis kalau tengok video kat atas. Ingat jasa mak ok!!    
T - T


Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. past tengok video tuh yang tak tahan tuh..

    BalasPadam
  2. Boleh refresh balik ilmu didada, terima kasih cikgu..macam xsanggup je nk tgk video..ish

    BalasPadam
  3. tuh lah.. pelik kan , camna la orang boleh tak hargai ibu sendiri.. tengok video nih, confirm dia nangis..

    BalasPadam
  4. benih tu dah baik...parents pula yg corakkan..

    BalasPadam
  5. mmg indah cikgu... apatah lagi ibu yg alaminya.. Alhamdulillah.. diberi rezeki utk rasa nikmat dan anugerah ini.. Alhamdulillah...

    BalasPadam
  6. rase nk nngis pulak ....bile tgk macam mana ibu kita berkorban demi kita...tapi tulah ramai yang x hargai pengorbana si ibu...

    BalasPadam
  7. sye susah nk keluarkan air mata krna dah bnyk video spt ini sye tgk walaupun dah bnyk tetapi kesakitan yg perit boleh rasa lagi

    BalasPadam
  8. Saya nak tahu.. tempoh lamakah sprma itu boleh berada didlam tiub itu sekiranya proses persenyawaan tidak terjdi ?

    BalasPadam
  9. terbaik arrrrrrrrr

    BalasPadam